Senaman Angkat Berat Bagus Untuk Meningkatkan Kesihatan Jantung & Mengurangkan Risiko Strok

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Menurut kajian, senaman mengangkat berat selama satu jam atau kurang setiap minggu boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok secara signifikan.

Kajian tersebut mengevaluasi hampir 12,600 individu dewasa selama lebih 10 tahun. Saintis menemui bahawa senaman rintangan dalam kadar yang sedikit setiap minggu mengurangkan antara 40% hingga 70% masalah kardiovaskular.

Namun, melakukan lebih banyak senaman angka berat tidak memberikan manfaat tambahan.

“Latihan rintangan tidak hanya memberikan anda bentuk badan yang cantik tetapi ia mempunyai manfaat kesihatan secara langsung terhadap jantung,” kata Dr Alon Gitig, doktor pakar jantung di Mount Sinai Riverside Medical Group di Yonkers, New York.

Senaman angkat berat menggunakan rintangan otot untuk menguatkan serta membina otot. Contoh senaman rintangan lain ialah tekan tubi, duduk tegak (sit-ups), dan tujahan (lunges).

Ketua kajian tersebut, Duck-chul Lee berkata, “Secara tradisional, angkat berat adalah untuk para atlet. Sebab itu saya berpandangan bahawa bukti mengenai manfaat kesihatannya adalah kurang terutamanya kepada jantung.” Lee ialah seorang Profesor Madya dalam bidang kinesiology di Iowa State University.

“Ramai mengetahui bahawa berlari atau senaman kardio adalah baik untuk kesihatan sistem kardiovaskular tetapi manfaat sukan angkat berat terhadap jantung tidak dikaji dengan mendalam sebelum ini,” beliau menambah.

Dalam kajian lain, Lee dan rakannya mendapati bahawa angkat berat selama kurang satu jam setiap minggu juga mengurangkan risiko kolesterol tinggi dan sindrom metabolik, iaitu kumpulan keadaan yang meningkatkan risiko diabetes.

Kajian berkaitan risiko penyakit jantung dan strok itu melibatkan hampir 12,600 individu dewasa (umur purata 47 tahun) yang menjalani sekurang-kurangnya dua pemeriksaan klinikal antara tahun 1987 dan 2006. Mereka melaporkan dengan sendiri kadar senaman rintangan yang dilakukan dan susulan dibuat selepas 5 hingga 10 tahun.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa manfaat senaman rintangan ke atas risiko penyakit jantung dan strok adalah tidak bergantung kepada senaman aerobik seperti berjalan atau berlari.

Jika dibanding dengan mereka yang tidak mengamalkan senaman rintangan, mereka yang melakukan satu hingga tiga kali senaman rintangan sehingga 59 minit seminggu mengalami pengurangan risiko sehingga 70%.

Walau bagaimanapun, kajian tersebut tidak membuktikan bagaimana senaman angka berat boleh mencegah penyakit jantung dan strok, hanya kaitan antara keduanya sahaja.

Tambahan pula, kajian yang dijalankan hanya melibatkan lelaki dan wanita berkulit putih tanpa melibatkan bangsa dan warganegara lain yang mungkin mempunyai tahap kesihatan berbeza.

Namun, manfaat dari senaman ini tetap ada dan seharusnya diamalkan oleh semu orang.

Bagaimana jika anda tiada akses kepada peralatan angkat berat atau gimnasium? Berkebun atau mengangkat barang selepas membeli belah juga boleh dilakukan sebagai alternatif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Itu Kolesterol? Ini Maklumat Mengenainya Yang Wajib Anda Tahu

    Apabila berkaitan dengan gaya hidup dan pemakanan sihat, kolesterol mempunyai reputasi buruk kerana sering dianggap jahat. Ketahui info lengkap tentangnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Jantung, Kolesterol 11/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini 10 Amalan Perlu Buat Ketika Menginjak Usia Emas

    Ada beberapa amalan gaya hidup sihat untuk warga emas yang boleh diikuti. Berikut adalah tabiat hidup sihat yang dicadangkan untuk dilakukan. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Aktif Di Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 08/01/2021 . 4 minit bacaan

    Maklumat Aritmia Jantung Yang Anda Wajib Tahu: Jenis, Diagnosis & Rawatan

    Aritmia jantung adalah keadaan kesihatan yang melibatkan degupan jantung tidak normal (atau sekata), sama ada ia berdegup terlalu perlahan atau laju...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Degupan Jantung, Kesihatan Jantung 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Wah! Rupa-rupanya Ada Banyak Manfaat Jika Berenang Pada Waktu Malam

    Kita semua tahu akan manfaat berenang, ia adalah senaman sihat yang menguatkan otot seluruh badan. Namun, apakah kesan berenang di waktu malam pada tubuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Badan Sihat, Senaman Kardio & Ketahanan 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan sihat untuk jantung

    Ini 29 Makanan Boleh Dimakan & MESTI Elak Selepas Alami Serangan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/02/2021 . 3 minit bacaan
    faedah bersenam

    Rimas, Tapi Ini Sebab Mengapa Perlu Bersenam Sambil Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
    jam tidur

    Sering Mengantuk Kerana Tidak Cukup Tidur? Ini Cara Nak Kira Jam Tidur Ikut Peringkat Usia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    sakit dada kiri

    Ramai Meninggal Dalam Kereta Akibat Serangan Jantung, Ini 8 Perkara Penting WAJIB Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan