What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

11 Manfaat Rebung Yang Mungkin Tiada Siapa Tahu Jika Tidak Baca Artikel Ini!

11 Manfaat Rebung Yang Mungkin Tiada Siapa Tahu Jika Tidak Baca Artikel Ini!

Meskipun anda pernah dengar atau lihat tumbuhan ini, tidak kurang ramai yang tahu bahawa terdapat banyak manfaat rebung terhadap tubuh badan bukan? Jom terus baca artikel ini!

Sebenarnya, tumbuhan ini sangat kaya dengan pelbagai jenis nutrisi penting seperti yang berikut:

Kalori 42
Lemak 0.5 g / 0%
Lemak tepu 0.1 g / 0%
Lemak tidak tepu 0.2 g
Lemak tidak tepu tunggal 0 g / 0%
Kolesterol 0 mg / 0%
Sodium 6 mg / 0%
Potasium 805 mg / 23%
Magnesium 1%
Karbohidrat 8 g / 2%
Serat 3.3 g / 13%
Gula 4.5 g
Protein 3.9 g / 7%
Zat besi 4%
Vitamin A 0%
Kalsium 2%
Vitamin C 10%
Vitamin D 0%
Vitamin B-6 20%
Vitamin B-12 0%

Apa manfaat rebung yang anda boleh dapat?

Jangan pula anda rasa terkejut jika kami kata ada banyak manfaat rebung, terus baca di bawah:

Manfaat rebung#1. Membantu mencegah kanser

Seperti mana juga tumbuhan lain, sayuran ini juga mengandungi phytonutrients yang boleh berfungsi sebagai antioksidan yang sangat kuat.

Kita sudah sedia maklum bahawa antioksidan adalah salah satu daripada sebatian penting yang mampu menghalang tubuh badan kita daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.

Paling bahaya, ini akan mengakibatkan kerosakan pada DNA sekali gus meningkatkan risiko kondisi kanser.

Selain itu juga, sayuran ini turut mengandungi chlorophyll yang mampu membantu menghalang mutasi sel.

manfaat rebung

#2. Membantu merendahkan kolesterol

Menurut kajian yang dijalankan oleh Jhon dan Park dari Washington State University, didapati bahawa sayuran ini akan memberi kesan positif kepada kolesterol dalam darah.

Rebung juga mengandungi serat yang sangat tinggi sekali gus menjadikannya sebagai salah satu peranan yang penting dalam usaha merendahkan kolesterol dalam darah.

Pengambilannya dalam amaun yang banyak dan kerap mampu mengurangkan kadar LDL (kadar ketumpatan lipoprotein) yang juga dikenali sebagai lemak yang jahat.

#3. Membantu memperbaiki sistem penghadaman

Seperti mana yang diketahui ramai, serat adalah nutrien yang sangat penting untuk memastikan sistem penghadaman kekal sihat.

Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi nutrien ini akan menyebabkan pelbagai masalah terhadapnya.

Jadi, pengambilan rebung yang sangat kaya dengan serat pasti akan membantu.

Ia bukan sahaja akan membantu melancarkan pergerakan usus anda malahan juga membantu memastikan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.

Manfaat rebung #4. Membantu merawat sembelit

Selain sangat bagus untuk sistem penghadaman, serat juga dikenali dengan keupayaan semula jadinya untuk membantu merawat masalah sembelit.

Serat di dalam sayuran ini akan membantu melembutkan najis agar ia lebih mudah melepasi saluran usus besar sekali gus melegakan masalah sembelit.

Jadi, selalu tambahkan rebung ke dalam diet anda jika anda tidak mahu masalah sembelit ini berulang lagi.

manfaat rebung

#5. Membantu mengurangkan berat badan

Untuk pengetahuan anda, sayuran ini juga sangat rendah kalori dan lemak.

Ini menjadikan rebung sebagai salah satu daripada sajian yang sangat sempurna buat individu yang sedang mencuba untuk mengurangkan berat badan mereka.

Selain itu, pengambilannya juga boleh membuat anda berasa kenyang lebih lama.

Ini sekali gus akan mengurangkan pengambilan makanan dan berat badan anda juga.

#6. Membantu menormalkan metabolisma badan

Sayuran ini juga mengandungi amaun mangan tinggi yang boleh membantu proses pembentukan enzim metabolik.

Pengambilannya boleh membantu menormalkan metabolisma dengan membekalkan tubuh badan dengan mangan.

#7. Membantu merendahkan tekanan darah

Selain itu, sayuran ini mengandungi kandungan serat yang sudah pasti akan memberi kesan kepada tekanan dalam darah anda.

Bukan itu sahaja, kandungan potasium yang tinggi di dalam rebung juga akan dapat membantu mengawal kestabilan cecair dalam tubuh badan sekali gus mengekalkan tekanan dalam darah yang sentiasa normal.

#8. Membantu mencegah serangan jantung

Phytonutrients yang terkandung di dalam sayuran ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam memastikan fungsi jantung selalu berada dalam kondisi yang baik.

Menurut kajian, phytosterols yang juga terkandung di dalamnya mampu mencegah kolesterol LDL terurai dalam tubuh badan.

Kolesterol ini akan berisiko meningkatkan serangan jantung. Dalam pada itu, ia juga mengandungi potasium yang juga sangat penting untuk mengawal kadar degupan jantung yang normal.

manfaat rebung

Manfaat rebung #9. Membantu mencegah diabetes

Kandungan serat yang tinggi di dalam rebung mampu melambatkan proses penyerapan gula ke dalam darah jadi ia akan memastikan kadar glukosa sentiasa kekal di paras normal selepas makan.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi adalah sangat berbahaya dan ia akan mengakibatkan rintangan insulin yang sekali gus akan meningkatkan risiko diabetes.

Manfaat rebung #10. Membantu mencegah anemia

Zat besi adalah mineral yang penting untuk pembentukan sel darah merah.

Kekurangannya boleh mengakibatkan anemia, satu kondisi di mana sel darah merah sangat rendah lalu memberi kesan kepada peredaran oksigen terhadap keseluruhan tubuh badan.

Pengambilan sayuran ini yang kaya zat besi mungkin dapat membantu.

#11. Membantu meningkatkan sistem imunisasi

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa manfaat rebung sebenarnya sangat kaya dengan mineral, vitamin dan antioksidan yang mampu meningkatkan fungsi sistem imun untuk melawan penyakit.

Antioksidan yang terdapat di dalamnya mampu menguatkan lagi sel imun untuk melawan radikal bebas dan menghalang ia daripada masuk ke dalam tubuh badan yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif kepada tubuh badan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Bamboo Shoot as a Potential Source of Dietary Fiber for Food fortification, https://worldbamboo.net/wbcxi/papers/Bisht,%20M.S.,%20Nirmala%20Chongtham,%20Oinam%20Santosh.pdf, Accessed Aug 2 2019.
  2. Nutritional Properties of Bamboo Shoots: Potential and Prospects for Utilization as a Health Food, https://www.researchgate.net/publication/230469523_Nutritional_Properties_of_Bamboo_Shoots_Potential_and_Prospects_for_Utilization_as_a_Health_Food, Accessed Aug 2 2019.
  3. 13 Interesting Bamboo Shoots Benefits, https://www.organicfacts.net/health-benefits/other/health-benefits-of-bamboo-shoots.html, Accessed Aug 2 2019.
  4. Nutritional value of bamboo shoots, https://www.cabi.org/nutrition/news/21501, Accessed Aug 2 2019.
  5. 6 Proven Benefits of Bamboo Shoots, https://healthyfocus.org/benefits-of-bamboo-shoots/, Accessed Aug 2 2019.

 

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 6 hari lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan