backup og meta

“Bagaimana Nak Kurangkan Kolesterol Dalam Badan?” Buat 14 Petua Ini Sekarang!

“Bagaimana Nak Kurangkan Kolesterol Dalam Badan?” Buat 14 Petua Ini Sekarang!

Kolesterol yang terlalu tinggi dalam badan bukanlah satu perkara yang baik untuk kesihatan. Ia boleh menyebabkan penyakit lain seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Oleh itu, anda perlulah kurangkan kadar kolesterol dalam badan dengan kadar segera. Apakah cara kurangkan kolestrol? Lihat petua-petua di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

Cara kurangkan kolestrol? Ketahui apa itu kolesterol terlebih dahulu

Kolesterol adalah sejenis lemak yang terdapat dalam setiap sel tubuh kita.

Ia memainkan peranan penting dalam pembentukan hormon, vitamin D, dan bahan-bahan yang membantu pencernaan makanan.

cara kurangkan kolestrol
Panduan bacaan kolesterol yang boleh diikuti.

Namun, terlalu banyak kolesterol dalam darah boleh meningkatkan risiko penyakit seperti sakit jantung dan juga strok.

Kesan jika terlalu banyak kolesterol dalam badan

Kolesterol pada tahap yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kesan sampingan atau komplikasi penyakit berbahaya kepada tubuh kita.

Berikut adalah kesan-kesan utama jika kolesterol terlalu banyak:

  • Penyumbatan arteri: Kolesterol yang berlebihan boleh menyebabkan plak terbentuk dalam arteri lalu menyebabkan arteri menyempit dan mengeras
  • Penyakit jantung: Arteri yang tersumbat akan mengurangkan aliran darah ke jantung dan meningkatkan risiko serangan jantung
  • Strok: Plak boleh menyekat aliran darah ke otak lalu menyebabkan strok
  • Tekanan darah tinggi: Arteri yang menyempit akan meningkatkan lagi tekanan darah anda
  • Penyakit arteri koronari: Penyempitan arteri koronari boleh mengganggu bekalan darah ke jantung anda
  • Angina: Keadaan ini berlaku apabila jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi
  • Penyakit kardiovaskular lain: Kolesterol yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah lain yang berkaitan dengan jantung dan saluran darah anda

Cara kurangkan kolesterol secara semulajadi

cara kurangkan kolestrol
Ikan salmon kaya dengan kolesterol baik yang bagus untuk jantung.

Terdapat banyak amalan atau tabiat yang boleh membantu anda mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Antara cara kurangkan kolesterol secara semulajadi yang perlu diamalkan ialah:

  • Makan makanan berasaskan tumbuhan: Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh
  • Kurangkan lemak trans: Elakkan makanan yang mengandungi lemak trans seperti makanan segera atau makanan bergoreng
  • Senaman: Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau berenang selama 30 minit sehari juga dapat mengurangkan kolesterol dalam badan anda
  • Berhenti merokok: Merokok boleh meningkatkan kolesterol jahat dan mengurangkan kolesterol baik
  • Kurangkan pengambilan alkohol: Bagi mereka yang mengambil minuman beralkohol, kawal pengambilan minuman tersebut
  • Makan ikan: Ikan seperti salmon kaya dengan asid lemak omega-3 yang baik untuk jantung
  • Kurangkan gula: Gula berlebihan dalam diet juga boleh meningkatkan kolesterol. Oleh itu, kurangkan gula dalam minuman dan makanan anda

Cara kurangkan kolesterol secara tradisional

cara kurangkan kolestrol
Pengambilan kunyit boleh membantu mengelakkan arteri mengeras yang berkaitan dengan kolesterol.

Selain daripada cara-cara di atas, ada juga beberapa cara kurangkan kolesterol dengan cepat secara tradisional.

Antara cara kurangkan kolestrol yang boleh anda cuba ialah:

  • Kunyit: Kunyit mempunyai kesan antiradang yang membantu dalam mengurangkan keradangan kronik. Keradangan kronik adalah antara faktor utama arteri mengeras
  • Bawang putih: Membantu mengurangkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik
  • Teh hijau sebagai cara kurangkan kolesterol secara tradisional: Teh hijau pula mengandungi antioksidan yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan
  • Halia: Halia boleh membantu dalam mengurangkan pengoksidaan kolesterol jahat
  • Daun kari: Daun kari kaya dengan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam melawan tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol dalam arteri

Cara kurangkan kolestrol tidak menggantikan nasihat doktor

Mengawal tahap kolesterol adalah penting untuk kesihatan jantung kita.

Dengan mengamalkan cara kurangkan kolesterol secara semula jadi dan tradisional yang dinyatakan di atas, kita boleh menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan kolesterol.

Perhatian!

Perlu diingat bahawa cara kurangkan kolestrol ini tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan profesional.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Top 5 lifestyle changes to improve your cholesterol. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/reduce-cholesterol/art-20045935. Diakses pada Oktober 31, 2023. 

11 foods that lower cholesterol. https://www.health.harvard.edu/heart-health/11-foods-that-lower-cholesterol. Diakses pada Oktober 31, 2023.

How to lower your cholesterol. https://www.nhs.uk/conditions/high-cholesterol/how-to-lower-your-cholesterol/. Diakses pada Oktober 31, 2023.

How to lower your cholesterol. https://www.healthdirect.gov.au/how-to-lower-cholesterol. Diakses pada Oktober 31, 2023.

How do I lower my cholesterol? your 5 top questions answered. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/risk-factors/high-cholesterol/five-top-questions-about-lowering-cholesterol. Diakses pada Oktober 31, 2023.

Versi Terbaru

05/07/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini 5 Tanda Biasa Hipertensi! Pantau Tekanan Darah Anda Guna Alat Ini

10 Jenis Makanan Berkolesterol Yang WAJIB Diambil, Baik Untuk Jantung!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan