Jeragat adalah antara masalah kulit yang mungkin tidak mengundang bahaya, tetapi ia memberi kesan kepada kecantikan dan keyakinan diri. Persoalannya, adakah cara hilangkan jeragat dengan kunyit bagus untuk anda amalkan?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Jeragat adalah antara masalah kulit yang mungkin tidak mengundang bahaya, tetapi ia memberi kesan kepada kecantikan dan keyakinan diri. Persoalannya, adakah cara hilangkan jeragat dengan kunyit bagus untuk anda amalkan?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Ia merupakan masalah kulit yang amat membimbangkan di mana kulit akan mula bertompok kecil dan berwarna gelap terutama di wajah termasuk dahi, pipi dan hidung sekali gus menjejaskan penampilan individu.
Mungkin ramai orang keliru di antara isu jerawat dan jeragat. Untuk pengetahuan anda semua, jerawat adalah masalah berkenaan liang pori manakala jeragat adalah masalah berkaitan pigmentasi pada kulit.
Tidak sama dengan jerawat, jeragat bukan disebabkan oleh minyak tetapi diakibatkan oleh faktor risiko di bawah:
Akibatnya, jeragat akan memberi kesan kepada tona kulit dan membuatkannya tidak sekata. Apabila ia sudah melarat, jeragat sudah tentu boleh menjejaskan tahap kecantikan dan keyakinan diri!
Ramai orang kata bahawa cara hilangkan jeragat guna bahan dapur adalah sangat berkesan. Maka, bahan dapur yang popular seperti lidah buaya, teh hijau, oat dan lain-lain dipercayai boleh menjadi penawar cela kulit ini.
Pun begitu, ada satu cara hilangkan jeragat dengan kunyit yang mungkin paling berkesan berbanding dengan cara-cara lain kerana tumbuhan ini memang terkenal dengan manfaat terhadap organ terbesar iaitu kulit.
Persoalannya, kenapa kunyit bagus untuk kulit? Ini kerana ia mampu untuk membantu merawat masalah berikut:
Buktinya, kajian terbitan Journal of Clinical Aesthetic Dermatology menyatakan bahawa penggunaan topeng muka kunyit selama sekitar satu bulan mungkin akan dapat memudarkan jerawat sebanyak 14 peratus.
Ya, mungkin benar jika kunyit itu bagus untuk masalah kulit terutama jerawat tetapi bagaimana pula dengan jeragat?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa kunyit tinggi dengan bahan aktif bernama kurkumin yang berupaya mengurangkan penghasilan dan perembesan hormon melanin pada kulit individu.
Buat anda yang belum tahu, melanin merupakan hormon yang bakal bertanggungjawab memberikan warna pada kulit manusia sekali gus mengawal setiap aktiviti serta tindak-tanduk pigmentasi kulit kita semua.
Dalam erti kata mudah, anda mungkin boleh gunakan cara hilangkan jeragat dengan kunyit ini sebagai salah satu usaha atau ikhtiar alternatif. Namun, pengamalan ubatan serta rawatan klinikal masih lagi diperlukan!
Sekiranya anda ingin menggunakan kunyit pada kulit bagi membantu merawat jeragat, bagaimana pula caranya?
Pertama, anda boleh cuba menggunakan kunyit di dalam bentuk topeng muka atau masker sama ada daripada produk yang kalian beli di pasaran atau buat sahaja sendiri di rumah dengan bahan-bahan asli atau natural.
Apa yang individu perlukan hanyalah 1 paket serbuk kunyit yang telah direndamkan ke dalam air dan dijadikan dalam bentuk pes sebelum disapukan pada kulit. Ya, kaedah ini memang sangat mudah, cepat dan berkesan.
Untuk buat ia lebih berkesan, anda boleh mencampurkan putih telur ke dalam ramuan topeng muka kunyit tadi kerana bahan dapur ini dipercayai boleh membantu merawat dan menghindarkan jeragat daripada kembali.
Bukan itu sahaja, tepung beras juga merupakan bahan dapur yang dipercayai mempunyai kemampuan sama. Ia juga tidak sukar kerana anda hanya perlu mencampurkan bahan ini ke dalam ramuan masker kunyit kalian.
Konklusinya, cara hilangkan jeragat dengan kunyit mungkin akan berkesan bergantung kepada individu itu sendiri. Pun begitu, kajian lanjut masih diperlukan bagi mengetahui keberkesanan dan keselamatannya untuk kulit!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen