Bolehkah Niasin Menaikkan Tahap Kolesterol Baik?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    Bolehkah Niasin Menaikkan Tahap Kolesterol Baik?

    Bagi orang yang mempunyai tahap kolesterol yang tidak diingini, apabila diet dan senaman gagal membantu mereka memperbaikinya, mereka memerlukan ubat yang ditetapkan. Sebagai tambahan kepada statin, niasin adalah satu lagi ubat yang dikenali kerana keupayaannya untuk meningkatkan HDL – kolesterol “baik” sambil mengurangkan LDL – kolesterol “jahat”. Walau bagaimanapun, niasin tidak boleh digunakan untuk setiap pesakit, apatah lagi dengan kesan sampingannya.

    Apakah itu niasin?

    Niasin (asid nikotinik) juga dikenali sebagai vitamin B3. Tubuh menggunakan niasin untuk menukarkan makanan menjadi tenaga. Juga, niasin menyumbang kepada kesejahteraan sistem saraf, sistem pencernaan dan kulit. Kebanyakan masa, seseorang itu boleh mendapat cukup niasin melalui diet, malah mereka boleh memperolehinya dalam bentuk multivitamin harian juga.

    Walaupun niasin diklasifikasikan sebagai makanan tambahan, apabila digunakan dalam dos tinggi, ia sebenarnya adalah ubat. Justeru itu, sebarang ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan yang mungkin dan perlu diambil di bawah penyeliaan doktor. Di samping itu, niasin yang dijual di kaunter boleh berbeza-beza dalam ramuan, rumusan, kesan serta risiko. Oleh itu, membeli di kedai ubat boleh mengelirukan dan mengambilnya tanpa arahan doktor adalah berbahaya. Terdapat juga kebimbangan mengenai seseorang yang sepatutnya mengambil atau tidak boleh mengambil niasin kerana keputusan yang mengecewakan mengenai sifat-sifat ubat anti-kolesterol dikeluarkan.

    Apakah manfaat niasin?

    Dalam rawatan kolesterol, matlamat utama adalah untuk mengurangkan tahap LDL. Statin mempunyai kesan yang lebih baik untuk tujuan ini. Walau bagaimanapun, apabila ingin meningkatkan tahap HDL, niasin lebih berkesan. Selain itu, niasin dapat menurunkan trigliserida dalam darah, mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Hasilnya, bagi mereka yang mengalami kesulitan menahan statin, HDL yang sangat rendah dan / atau trigliserida yang tinggi, niasin mungkin menjadi pilihan yang baik.

    Walaupun niasin dapat meningkatkan HDL, kajian terbaru menunjukkan bahawa mengambil niasin tidak dapat menurunkan kadar kematian, serangan jantung atau strok.

    Apakah risiko menggunakan niasin dalam dos yang tinggi?

    Masalah terbesar pengambilan niasin adalah membuatkan seseorang itu mengalami kemerahan muka yang kuat, terutama pada bahagian muka dan atas badan. Kemerahan muka adalah tidak berbahaya, tidak bertahan lama dan berkurangan selepas beberapa ketika. Walau bagaimanapun, disebabkan ia memberikan kesan yang tidak diingini pada wajah, ramai yang membuat keputusan untuk berhenti menggunakan ubat ini.

    Niasin dalam dos tinggi juga boleh mengakibatkan perut meragam dan kulit gatal. Lebih penting lagi, pengambilan ubat ini boleh meningkatkan risiko:

    • Tahap gula dalam darah tinggi
    • Jangkitan
    • Kerosakan hati
    • Strok
    • Pendarahan

    Apakah cara alternatif untuk meningkatkan HDL?

    Perubahan gaya hidup di bawah ini boleh membantu:

    • Berhenti merokok
    • Ikuti rancangan pemakanan yang sihat
    • Lakukan senaman yang betul

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan