home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Larangan Merokok di Kawasan Awam: Kejayaan untuk Masyarakat!

Larangan Merokok di Kawasan Awam: Kejayaan untuk Masyarakat!

Pada bulan Januari tahun 2019, larangan merokok di kawasan awam membabitkan semua tempat makan di seluruh negara telah dilaksanakan. Larangan tersebut menyebabkan perokok tidak boleh merokok dalam kawasan 3 meter radius (10 kaki) dari objek paling jauh (kerusi, meja, etc) dalam restoran atau tempat makan awam tersebut. Larangan ini telah pun dinyatakan oleh pihak kerajaan pada hujung tahun 2018 dan menurut Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM), larangan ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama atau fasa didikan berlangsung sepanjang 6 bulan pertama bagi tahun 2019 dan ia bertujuan untuk menyuntik kesedaran kepada perokok akan larangan yang sedang berjalan. Fasa kedua pula adalah fasa di mana larangan penuh berkuat kuasa di mana seorang perokok yang didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman maksimum RM10,000 ataupun penjara selama 2 tahun.

Menghirup udara yang lebih segar

Larangan merokok tersebut telah mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada pihak awam seperti yang dilihat dalam ruang komentar di platform media sosial. Ia selari dengan kehendak mereka yang sudahpun serik dengan asap rokok di ruang awam. Larangan merokok ini bertujuan untuk melindungi masyarakat umum, khususnya mereka yang tidak mahu langsung terdedah kepada asap rokok ketika berada di ruang awam atau daripada ancaman merokok secara pasif. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), daripada 8 juta kematian tahunan akibat produk tembakau, 1.2 juta daripada angka tersebut adalah daripada perokok pasif. Perlindungan ke atas orang awam ini turut didorong oleh penemuan kajian yang menyatakan tidak ada paras pendedahan rokok pasif yang selamat. Pelaksanaan larangan ini membawa udara baru yang lebih segar ke ruang makan awam, khususnya untuk mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, yang berupaya untuk mendapat serangan akut apabila terdedah kepada asap rokok.

Merokok di kawasan awam kini semakin sukar

Salah satu sebab lain ia disambut baik dan dianggap kejayaan buat masyarakat adalah kerana larangan kali ini memberi kuasa kepada pegawai kesihatan dan juga orang awam dalam mengambil tindakan kepada mereka yang didapati melanggar undang-undang. Ini kerana secara teknikalnya, larangan merokok di tempat awam seperti hospital, klinik, premis kerajaan, universiti dan juga kompleks membeli-belah telah lama dilaksanakan. Namun yang demikian, larangan yang sebelum ini tidak disertakan dengan penguatkuasaan yang padu. Ini menyebabkan perokok tanpa rasa segan silu dengan bersahaja merokok di kawasan awam, dan orang awam dan pihak penguatkuasa pula tidak berani untuk bersuara atau mengambil tindakan. Kini, orang awam boleh menyalurkan maklumat atau gambar perokok terus kepada pihak berkuasa melalui saluran khusus dalam aplikasi seperti WhatsApp. Sifat sambil lewa yang kronik dalam penguatkuasaan sebelum ini langsung tidak membantu dalam menambah baik statistik kematian dan juga morbiditi akibat produk tembakau di Malaysia. Dengan penguatkuasaan yang lebih padu dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pihak KKM, keyakinan dan kepercayaan orang awam terhadap impian udara yang lebih bersih dapat dikembalikan. Larangan di peringkat nasional ini kelak akan menjadikan asap rokok di tempat awam sesuatu yang jarang dilihat.

Ambil bahagian dan mainkan peranan anda dalam perjuangan untuk mendapatkan paru-paru yang lebih bersih. Semua orang mempunyai tanggungjawab kolektif dalam melindungi orang lain khususnya mereka yang rentan.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan ataupun rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 15/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x