backup og meta

3 Perkara Ini PENTING Demi Jantung Yang Sihat, Jom Sama-Sama Kita Amalkan!

3 Perkara Ini PENTING Demi Jantung Yang Sihat, Jom Sama-Sama Kita Amalkan!

Anda tahu cara nak tahu jantung sihat atau tidak? Disebabkan itu, kepentingan menjaga kesihatan jantung itu perlu diutamakan. Bagaimana? Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

Pentingnya amalkan tips kesihatan organ ini

Walaupun terdapat masalah jantung disebabkan genetik atau diwarisi, ia tidak bermakna anda boleh mengabaikan kepentingan menjaga kesihatan jantung.

Malah terdapat kebanyakan kes berkaitan jantung berlaku kesan amalan kesihatan yang buruk. 

Dengan mengubah dan mengamalkan gaya hidup lebih baik, ia secara tidak langsung anda dapat mengawal banyak perkara yang boleh mempengaruhi kesihatan jantung.

Ada individu yang dengan mudahnya dapat mengamalkan gaya hidup sihat. 

Tidak kurang juga yang hanya melakukannya setelah didiagnosis dengan gejala penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi atau bacaan kolesterol tinggi.

Jika tidak pasti bagaimana hendak memulakannya, anda boleh menambah satu amalan yang baik untuk penjagaan jantung dari masa ke masa.

Tips menjaga kesihatan jantung

kepentingan menjaga kesihatan jantung

Berikut antara beberapa petua amalan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit jantung:

Kepentingan menjaga kesihatan jantung #1. Bersenam secara berkala

Sentiasa aktif akan membantu mengekalkan tahap kesihatan diri seiring pertambahan usia.

Bersenam secara berkala dapat mengurangkan tekanan, menguatkan otot, meningkatkan pergerakan serta menghindari pertambahan berat yang berlebihan

Dapat mengawal tekanan membantu mengurangkan serangan jantung dan strok. Ia juga sering dikaitkan dengan risiko tekanan darah tinggi.

Senaman yang dilakukan juga dapat menurunkan bahaya terkena plak pada arteri.

Anda tidak perlu mendaftar sebagai ahli gim atau membeli alatan mahal untuk bersenam. Kunci utamanya adalah untuk bangun dan bergerak!

Lakukan aktiviti berjalan kaki, memilih tangga berbanding lif, melakukan tekan tubi atau duduk tubi mahupun menari.

Dicadangkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 2 jam 30 minit aktiviti intensiti sederhana bagi dewasa dalam tempoh seminggu. 

Kanak-kanak juga perlu bergerak aktif. Galakkan anak anda untuk bersenam 1 jam setiap hari.

kepentingan menjaga kesihatan jantung

#2. Makan secara sihat, antara tips untuk jaga jantung

Kepentingan menjaga kesihatan jantung dari aspek pemakanan adalah melibatkan keseimbangan.

Pemakanan sihat dan seimbang haruslah terdiri daripada buah-buahan, sayuran, bijian, kekacang dan protein tanpa lemak.

Jika ia adalah amalan anda setiap hari, tidak salah untuk sekali-sekala memanjakan diri dengan memakan sesuatu yang digemari.

Jangan rasa bersalah jika anda memakan sesuatu sebagai ganjaran untuk diri kerana mengamalkan pemakanan yang sihat.

Cuma jangan terlalu kerap, ya?

Pilihlah sayuran dengan pelbagai variasi warna bagi memastikan anda mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan. 

Kurangkan atau elakkan pengambilan makanan diproses, seperti makanan sejuk beku, dan makanan siap dimakan – kerepek kentang.

Cari makanan yang rendah kandungan garam.

Tukarkan minuman tenaga dan karbonat dengan air kosong. Ini kerana jumlah gula di dalam kedua-dua minuman tersebut adalah tinggi dan sudah tentu tidak bagus untuk kesihatan!

Sasarkan pengambilan cecair harian sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.

Tips menjaga kesihatan organ ini #3. Berhenti merokok

kepentingan menjaga kesihatan jantung

Kita semua sedia maklum bahawa merokok adalah satu tabiat yang tidak baik untuk kesihatan diri secara amnya.

Ia menyebabkan barah, merosakkan paru-paru dan paling utama ia tidak bagus untuk hati anda.

Merokok meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit jantung. Tabiat ini juga boleh merosakkan lapisan arteri.

Kenapa antara kepentingan menjaga kesihatan jantung adalah dengan tidak merokok?

Terdapat banyak kajian membuktikan bahawa tabiat ini adalah penyebab utama penyakit jantung koronari – punca serangan jantung

Jika anda adalah seorang perokok, ini adalah masa yang terbaik dan tepat untuk berhenti.

Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda untuk melaksanakannya, seperti ubatan tertentu serta kaedah berhenti merokok lain, antaranya tampal nikotin.

Jangan memilih vaping untuk berhenti merokok kerana ia tidak membantu.

Elakkan juga daripada menjadi perokok pasif.

Amalan gaya hidup bebas asap rokok adalah yang terbaik untuk mengurangkan risiko penyakit jantung!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. KEEP YOUR HEART HEALTHY, https://www.healthy-heart.org/keep-your-heart-healthy/, Accessed Dec 10 2021.
  2. 5 Things to Do Every Day to Keep Your Heart Healthy, https://health.clevelandclinic.org/5-things-to-do-every-day-to-keep-your-heart-healthy/, Accessed Dec 10 2021.
  3. 6 Healthy Habits to Strengthen Your Heart, https://www.templehealth.org/about/blog/6-healthy-habits-strengthen-your-heart, Accessed Dec 10 2021.
  4. How to Help Prevent Heart Disease At Any Age, https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-lifestyle/how-to-help-prevent-heart-disease-at-any-age, Accessed Dec 10 2021.
  5. Daily habits that will keep your heart healthy, https://www.caba.org.uk/help-and-guides/information/10-ways-keep-your-heart-healthy, Accessed Dec 10 2021.

 

Versi Terbaru

18/07/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tekan Pergelangan Tangan Untuk Periksa Nadi? Ini Cara Yang Betul

Degupan Jantung Laju Normal Ke? Ini Punca Dan Rawatannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan