Kegagalan jantung kongestif itu apa? Adakah ia merupakan kondisi atau komplikasi pada organ jantung yang bahaya serta boleh menyebabkan maut? Jom baca artikel ini untu tahu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.
Definisi
Apa itu Kegagalan Jantung Kongestif?
Kegagalan jantung kongestif atau CHF, adalah istilah perubatan yang digunakan untuk keadaan di mana otot jantung tidak dapat mengepam jumlah darah yang mencukupi dan mengakibatkan kesan yang berbahaya kepada seseorang.
- Jantung tidak dapat mengepam jumlah darah yang mencukupi untuk tubuh badan.
- Darah yang terganggu didalam jantung menyebabkan tekanan yang lebih pada dinding jantung.
- Jantung terpaksa berkerja keras dan meregang untuk mengisi lebih banyak darah.
- Buah pinggang bertindak balas dan menyebabkan tubuh badan menyimpan lebih banyak cecair dan garam yang membuatkan pembengkakkan pada sesetengah organ. Ini akhirnya mengakibatkan air berlebihan di dalam tubuh badan individu.
Kegagalan jantung kongestif berlaku di antara salah satu bahagian jantung.
Biasanya, ia berlaku di bahagian kiri jantung dan boleh bergerak ke bahagian kanan jantung sekiranya tiada rawatan yang sepatutnya.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Kegagalan Jantung Kongestif?
Kegagalan jantung adalah penyakit kronik, di mana ia tidak datang secara tiba-tiba. Kebiasaan simptomnya termasuk:
- Denyutan nadi yang tidak stabil;
- Keletihan;
- Batuk berdarah berserta nafas yang memberat;
- Hilang selera makan;
- Muntah;
- Sesak nafas;
- Membuang air kecil secara tiba-tiba pada waktu malam;
- Naik berat badan yang mendadak;
- Rasa sakit dada;
- Bengkak pada perut, bahagian kaki dan buku lali.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Punca
Apakah punca kondisi ini berlaku?
Penyebab ia berlaku adalah komplikasi pada sakit jantung yang merosakkan otot jantung.
Penyakit jantung ini termasuk tekanan darah tinggi, serangan jantung, cardiomyopathy atau masalah otot dan injap jantung, jangkitan, rentak jantung yang tidak normal, anemia atau kekurangan darah merah, penyakit tirod, masalah pada paru-paru dan cecair yang berlebihan di dalam badan.
Faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya?
Banyak faktor yang boleh membuatkan kegagalan jantung yang lebih teruk:
- Tekanan darah tinggi;
- Penyakit arteri koronari:penyempitan arteri boleh menghalang pembekalan darah yang tinggi oksigen ke jantung, menyebabkan otot jantung lemah.
- Serangan jantung: Otot jantung boleh rosak sekiranya serangan jantung berlaku. Ini bermaksud jantung tidak dapat melakukan kerjanya seperti biasa.
- Diabetes: Penyakit kencing manisboleh menyebakan risiko darah tinggi dan penyakit arteri koronari.
- Beberapa jenis ubat diabetes:Ubat-ubatan seperti rosiglitazone (Avandia) dan pioglitazone (Actos) boleh menyebakan risiko kegagalan jantung pada sesetengah individu.Walaupun begitu, anda seharusnya tidak menghentikan pengambilan ubat yang telah ditetapkan untuk anda.Berunding dengan doktor sekiranya ada pilihan ubatan yang lain.
- Gangguan ketika tidur: Sekiranya anda tidak dapat bernafas secara normal ketika tidur, ia akan menyebabkan pengurangan oksigen dalam darah dan meningkatkan risiko rentak jantung yang tidak normal. Kedua masalah ini menyebabkan jantung menjadi lemah;
- Kecacatan jantung sejak lahir atau konginetal;
- Penyakit injap jantung;
- Jangkitan: Jangkitan yang viral menyebabkan kerosakan pada otot jantung.
- Penggunaan alkohol berlebihan: Minum terlalu banyak minuman beralkohol menjejaskan fungsi jantung dan menyebabkan kegagalan jantung.
- Merokok: Merokok meningkatkan risiko kegagalan jantung.
- Berat badan berlebihan atau obesiti: Individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan mempunyai kadar risiko penyakit kardiovaskular yang lebih tinggi.
- Rentak jantung yang tidak normal: rentak jantung yang tidak tetap terutama ketika rentak yang sangat cepat menyebabkan otot jantung lemah dan mengakibatkan kegagalan jantung.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Kegagalan Jantung Kongestif didiagnosis?
Pemeriksaan pada badan boleh menunjukkan kelainan tersebut seperti bengkak kaki, dan masalah pada paru-paru yang mengakibatkan individu tersebut tercungap-cungap.
Untuk rawatan lanjut, doktor akan meminta anda untuk melakukan X-ray dan ia dapat dikenal pasti sekiranya anda mempunyai masalah jantung atau paru-paru.
Ekokardiogram atau ujian echo menggunakan gelombang bunyi untuk melihat aktiviti pada jantung, memaparkan saiz jantung dan masalah pada otot dan injap jantung, sekiranya ada.
Bagaimana pesakit Kegagalan Jantung Kongestif dirawat?
Doktor bersama anda boleh mempertimbangkan rawatan yang berbeza bergantung kepada keseluruhan kesihatan dan perkembangan keadaan anda.
Rawatan:
Ada beberapa jenis rawatan yang boleh digunakan untuk merawat CHF:
- Angiotensin-converting enzyme inhibitors (ACE inhibitors) merupakan kaedah pembukaan pada saluran darah yang sempit untuk meningkatkan peredaran darah. Kaedah vasodilators adalah cara lain bagi anda yang tidak boleh melakukan ACE inhibitors.
- Beta-blockers boleh mengurangkan tekanan pada darah dan memperlahankan rentak jantung yang laju.
- Diuretics pula mampu mengurangkan cecair berlebihan dalam badan. CHF boleh menyebabkan pengeluaran jumlah air yang melampau dalam badan dari sepatutnya.
Pembedahan:
Sekiranya rawatan tidak lagi efektif, prosedur pembedahan mungkin diperlukan. Angioplasty, adalah pembedahan untuk membuka arteri yang tersumbat, antara pilihan lain.
Pakar Kardiologi anda juga boleh mempertimbangkan melakukan pembedahan pembetulan injap jantung untuk membolehkan injap tersebut tutup dan buka secara betul.
Maka, anda perlu cari cara mencegah kegagalan jantung ini agar ia tidak buat membuat anda merana nanti!
[embed-health-tool-heart-rate]