backup og meta

Amalkan 8 Tip Pemakanan Ini, Barulah Jantung Anda Lebih Sihat & Bebas Penyakit!

Amalkan 8 Tip Pemakanan Ini, Barulah Jantung Anda Lebih Sihat & Bebas Penyakit!

Arteri koronari tersumbat boleh menjadi punca penyakit jantung koronari. Namun, dengan pemakanan seimbang, keadaan itu boleh dielakkan. 

Nak tahu bagaimana? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

Kaitan pemakanan dengan masalah jantung koronari

Penjagaan pemakanan penting kerana masalah jantung koronari ini boleh bertambah buruk secara perlahan-lahan.

Plak yang terkumpul pada arteri boleh mengurangkan aliran darah ke jantung.

Kesan arteri tersumbat, ia boleh mengakibatkan wujudnya gejala seperti sakit dada dan sesak nafas.

Sekiranya punca penyakit jantung koronari dibiarkan tanpa sebarang rawatan, serangan jantung atau keadaan jantung terhenti secara tiba-tiba (sudden cardiac arrest) cenderung untuk berlaku.

Kedua-dua keadaan tersebut berisiko mengancam nyawa!

Pengambilan ubatan tertentu dapat melindungi daripada komplikasi serius.

Doktor mungkin akan menetapkan beta-blocker untuk mengurangkan tekanan darah dan ubatan lain bagi melebarkan arteri dan meningkatkan aliran darah.

arteri koronari

Makanan menyebabkan arteri koronari tersumbat

Sekiranya anda merupakan pesakit jantung koronari, amat penting untuk anda mengawal pengambilan kolesterol, tekanan darah dan berat badan.

Penjagaan di atas juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kesihatan keseluruhan anda.

Untuk mencapainya, terdapat makanan tertentu yang harus dihindari kerana dipercayai menjadi punca penyakit jantung koronari.

Ini terutamanya makanan tinggi lemak dan natrium (garam), seperti:

  • Mentega
  • Krimer bukan tenusu
  • Makanan bergoreng
  • Daging diproses
  • Pastri
  • Potongan bahagian daging tertentu
  • Makanan ringan seperti kerepek kentang, biskut, pai dan aiskrim

Kebanyakan makanan di atas juga tinggi kandungan natrium yang dapat memburukkan lagi masalah jantung koronari sedia ada dan menyumbang kepada tekanan darah tinggi

Makanan tinggi natrium lain yang harus dielakkan termasuk:

  • Penambah rasa seperti mayones dan sos tomato
  • Makanan dibungkus
  • Kebanyakan makanan yang disediakan di restoran

8 tip elakkan arteri koronari tersumbat

Berikut beberapa petua bagi mengelakkan punca penyakit jantung koronari terjadi:

1. Bekalan buah dan sayuran

Pastikan bekalan buah-buahan dan sayuran segar siap untuk dimakan sentiasa ada dalam peti sejuk anda.

Anda juga boleh memotongnya terlebih dahulu sebagai snek untuk dinikmati sebelum waktu hidangan utama.

Untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan, pelbagaikan jenis variasi buah dan sayuran.

Anda juga disarankan untuk bersederhana dalam pengambilan sayuran berkanji seperti ubi kentang dan ubi keledek bagi membantu menguruskan berat dan risiko penyakit kardiovaskular.

2. Kurangkan saiz hidangan

Mengurangkan saiz hidangan dipercayai dapat membantu anda untuk mengawal pengambilan kalori, lemak dan garam.

3. Tambahan herba

arteri koronari

Apa kata anda tambahkan pelbagai jenis ramuan, rempah dan campuran perasa tanpa garam bagi menggantikan bahan perasa seperti MSG?

4. Baca label dapat bantu cegah arteri koronari tersumbat

Sentiasa semak label semasa membeli makanan dalam tin bagi menghindari pengambilan terlalu banyak lemak dan natrium.

Carilah alternatif makanan yang rendah dengan garam.

5. Ikan berlemak

Ikan berlemak tinggi kandungan asid lemak omega-3 dan kaya dengan sifat antiradang.

Antara ikan berlemak adalah:

  • Tuna 
  • Ikan salmon
  • Ikan tenggiri
  • Ikan sardin
  • Ikan bilis

Anda boleh mengambil ikan berlemak dalam hidangan makanan hingga 2x seminggu.

6. Protein rendah lemak bagus menjaga arteri koronari

Pengambilan protein juga menyumbang kepada kesihatan keseluruhan. Tetapi sebaiknya pilihlah lean protein atau protein rendah lemak.

Antara sumber pilihan yang ada:

  • Kacang pis dan lentil
  • Telur
  • Kacang soya
  • Daging tanpa lemak
  • Daging ayam tanpa kulit

7. Bijirin penuh

arteri koronari

Bijirin penuh semula jadi mengandungi lebih banyak serat berbanding bijirin yang diproses dan dapat membantu menyeimbangkan glukosa darah.

Saiz hidangan bijirin penuh seharusnya tidak lebih ¼ pinggan makanan.

Antara jenis bijirin adalah:

  • Roti 
  • Nasi 
  • Pasta 
  • Oat 
  • Barli 
  • Quinoa

8. Kacang

Kekacang adalah makanan tambahan yang sihat dalam diet individu.

Terdapat pelbagai jenis kacang boleh dipilih dan dimakan sebagai makanan ringan atau tambahan kepada salad mahupun sarapan pagi.

Jika ingin mengekalkan berat seimbang, anda harus mengetahui saiz hidangan kekacang yang boleh diambil dalam sehari. 

Ini kerana kandungan kalorinya yang tinggi boleh menjadi punca penyakit jantung koronari.

Untuk lebih kepastian tentang penyakit arteri koronari, tanyakan dan bincangkan kepada doktor. 

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diet for Coronary Artery Disease: Making Smarter Food Decisions for Better Health, https://www.dignityhealth.org/articles/diet-for-coronary-artery-disease-making-smarter-food-decisions-for-better-health, Accessed Jun 27 2021.
  2. The American Heart Association Diet and Lifestyle Recommendations, https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/nutrition-basics/aha-diet-and-lifestyle-recommendations, Accessed Jun 27 2021.
  3. Coronary Artery Disease: How Your Diet Can Help, https://www.aafp.org/afp/2003/0415/p1769.html, Accessed Jun 27 2021.
  4. Heart-healthy diet: 8 steps to prevent heart disease, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/heart-healthy-diet/art-20047702, Accessed Jun 27 2021.
  5. Prevention – Coronary heart disease, https://www.nhs.uk/conditions/coronary-heart-disease/prevention/, Accessed Jun 27 2021.

Versi Terbaru

18/07/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tekan Pergelangan Tangan Untuk Periksa Nadi? Ini Cara Yang Betul

Degupan Jantung Laju Normal Ke? Ini Punca Dan Rawatannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan