Jika alami selesema, apakah ubat yang biasa anda gunakan? Anda mesti pernah menggunakan ubat selsema yang mengantuk bukan? Jika anda mahu guna ubat selsema dewasa yang bagus, boleh lihat senarai ubat selsema tak mengantuk di sini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Ubat selsema dewasa yang bagus (tidak mengantuk)
Flu atau selsema adalah antara penyakit yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Selesema biasa terjadi bersama beberapa keadaan lain seperti batuk dan demam.
Oleh itu, cadangan ubat-ubatan di bawah merupakan gabungan ubat yang boleh digunakan bagi merawat masalah batuk dan demam ketika anda selesema.
Untuk mengatasi gejala dan keadaan ketika selesema ini, terdapat pelbagai jenis ubat selsema mengantuk atau ubat selsema tak mengantuk yang boleh ditemui di pasaran.
Namun, ada sesetengah ubat selsema dewasa yang bagus boleh menyebabkan rasa mengantuk. Jadi, mari kita lihat senarai ubat selsema tak mengantuk yang boleh anda cuba.
#1. Paracetamol
Paracetamol adalah ubat penahan sakit ketika selesema dan pelega gejala demam.
Ia bertindak dengan menghalang bahan kimia di dalam otak yang melepaskan kesakitan.
Paracetamol juga membantu menurunkan suhu badan apabila demam berlaku.
Walaupun selamat jika diambil mengikut dos yang betul, akan tetapi ia boleh membahayakan hati jika diambil dalam dos yang berlebihan.
#2. Ibuprofen
Ibuprofen juga adalah sejenis ubat penahan sakit ketika selesema dan bersifat antiradang.
Selain itu, ia juga boleh menurunkan suhu ketika demam.
Ibuprofen bertindak dengan mengurangkan hormon yang menyebabkan keradangan dan kesakitan di dalam badan.
#3. Naproxen
Hampir sama seperti Ibuprofen, ubat selsema dewasa yang bagus seperti Naproxen juga mempunyai kesan antiradang.
Ia membantu meredakan kesakitan yang disebabkan oleh keradangan seperti masalah sinus atau resdung.
Ubat ini juga boleh membantu melegakan gejala demam.
#4. Pseudoephedrine
Pseudoephedrine adalah dekongestan yang membantu meredakan masalah hidung tersumbat.
Ia berfungsi dengan mengecilkan saluran darah di dalam hidung agar udara boleh mengalir dengan lancar.
#5. Ubat selsema dewasa yang bagus: Phenylephrine
Phenylephrine merupakan dekongestan yang bertujuan untuk mengurangkan bengkak di dalam saluran hidung.
Bahan ini berfungsi dengan cara mengecilkan pembuluh darah di dalam membran mukus hidung, yang seterusnya membantu mengurangkan pembengkakan dan penghasilan lendir.
Ini akan membolehkan udara mengalir dengan lebih lancar melalui hidung.
Kesannya, ia boleh membantu mengurangkan gejala hidung tersumbat yang sering kali menjadi masalah bagi mereka yang mengalami flu atau selesema.
#6. Dextromethorphan
Dextromethorphan adalah sejenis ubat batuk yang bertindak dengan cara mengganggu sambungan saraf di otak, yang bertanggungjawab untuk refleks batuk.
Oleh itu, ia berkesan untuk mengurangkan batuk yang tidak produktif atau batuk kering.
Penting untuk diingat bahawa ubat ini tidak mengubati punca yang menyebabkan batuk, tetapi hanya meredakan simptomnya.
Jika batuk berterusan untuk tempoh yang lama, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor.
Jadi, ia berkesan untuk merawat batuk yang biasa terjadi bersama-sama selesema.
#7. Guaifenesin
Guaifenesin merupakan ubat yang membantu dalam merawat batuk berkahak.
Ia bekerja dengan menipiskan kahak atau lendir yang ada dalam saluran udara dan memudahkan proses mengeluarkannya ketika anda batuk.
Ubat ini memudahkan proses pernafasan dan mengurangkan kesesakan di dada.
Guaifenesin juga boleh membantu dalam mengurangkan kekerapan batuk dengan membersihkan saluran udara yang tersumbat oleh kahak.
Sekiranya batuk tidak mereda dalam tempoh tertentu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut.
#8. Ubat selsema dewasa yang bagus: Antihistamin yang tidak mengantuk
Berbeza dengan antihistamin biasa yang boleh menyebabkan rasa mengantuk, antihistamin jenis ini seperti Cetirizine dan Loratadine bertindak dengan menghalang tindakan histamin.
Histamin adalah sejenis bahan kimia yang menyebabkan reaksi alergi dan selesema.
Ubat ini membantu mengurangkan gejala lain selesema dan alergi seperti:
- mata berair
- hidung berair
- gatal
Kesimpulan
Apa yang anda perlu tahu tentang ubat selsema?
Bagi mereka yang tidak mahu mengalami kesan mengantuk akibat ubat selsema dewasa yang bagus, ubat selsema kuning, ubat selsema biru atau lain-lain boleh dijadikan sebagai pilihan alternatif.
Namun, sentiasa mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan sebarang pengambilan ubat selsema dewasa yang bagus.