backup og meta

Asyik Sedu Saja? Ini 5 Cara EFEKTIF Nak Cepat Hilangkannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    Asyik Sedu Saja? Ini 5 Cara EFEKTIF Nak Cepat Hilangkannya!

    “Hic”, secara tiba-tiba anda mengalami sedu. Aduh…kenapa boleh jadi begini, ada presentation sekejap lagi.

    Macam mana cara untuk hilangkannya? Ada masalah diafragma ke? Apa maksud sedu yang sebenar?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Masalah Pernafasan, sila dapatkan di sini.

    Kenapa boleh mengalami sedu?

    Jika mengalami sedu untuk 1 atau 2 kali, mungkin kelihatan comel tetapi apabila terjadi berulang-kali, ia akan menimbulkan rasa jengkel bukan sahaja untuk diri anda, malah orang sekeliling.

    Masalah tersedu atau hiccups boleh berlaku kepada sesiapa: lelaki, wanita, dewasa mahupun bayi kecil. 

    Apa maksud sedu?

    Tersedu berlaku pada bahagian bawah badan, iaitu di diafragma. Ia adalah 1 otot berbentuk kubah di antara paru-paru dan perut. Ia memainkan peranan penting dalam pernafasan.

    Apa itu diafragma?

    Kenapa sedu tiba tiba?

    mengalami sedu
    Makan terlalu laju juga boleh sebabkan sedu.

    Kenapa sedu tiba tiba ya?

    Biasanya, diafragma akan mengecut saat anda menyedut udara ke dalam paru-paru. Kemudian, ia akan kembali kepada keadaan biasa ketika proses menghembuskan nafas berlaku. Ini adalah untuk membolehkan udara mengalir keluar daripada paru-paru melalui hidung dan juga mulut.

    Walau bagaimanapun, anda akan mengalami sedu jika terdapat sesuatu yang mengganggu diafragma, menyebabkan pengecutan secara tiba-tiba. Situasi seperti itu akan memaksa anda untuk menyedut udara ke dalam tekak, yang akan menyentuh kotak suara. 

    Jika berlaku keadaan tersebut, tali vokal (vocal cords) akan tertutup secara tiba-tiba dan menghasilkan bunyi “hic” – maka anda pun mengalami sedu.  

    Punca sedu

    Diafragma merupakan otot yang terletak di bawah paru-paru yang berfungsi untuk mengawal pernafasan. Seperti yang dinyatakan di atas, sedu boleh berlaku apabila otot diafragma mengecut tanpa kawalan.

    Selalunya masalah sedu akan hilang dengan sendiri. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya sedu, seperti:

    • Pengambilan minuman berkarbonat
    • Pengambilan minuman beralkohol
    • Makan terlalu cepat dalam kuantiti yang banyak
    • Mengalami tekanan atau keterujaan emosi
    mengalami sedu
    Antara makanan boleh kurangkan stres anda.
    • Perubahan suhu secara mendadak
    • Tabiat merokok
    • Menelan udara ketika mengunyah gula-gula getah atau ketika menghisap gula-gula
    • Memakan makanan pedas

    Mengalami sedu lebih 2 hari

    Dalam sesetengah kes sedu yang berlaku, ia mungkin berlaku untuk tempoh lebih daripada 2 hari. Jika keadaan ini berlaku, terdapat beberapa faktor yang boleh mendasarinya. Ia terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:

    1. Kerosakan atau kerengsaan pada saraf 

    Keadaan ini berlaku apabila terdapat kerosakan atau kerengsaaan pada saraf vagus atau phrenic yang berfungsi mengawal otot diafragma. Antara faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan atau kerengsaan pada saraf tersebut adalah:

    • Terdapat benda lain seperti rambut pada bahagian telinga yang menyentuh gegendang telinga 
    • Wujud tumor, sista atau goiter pada bahagian leher
    • Refluks gastroesophageal
    • Sakit pada bahagian tekak atau laringitis

    2. Gangguan sistem saraf pusat

    Berlaku apabila terdapat kerosakan, jangkitan atau tumor dalam sistem saraf pusat. Keadaan seperti ini berlaku kesan daripada trauma yang dialami. Ia boleh mengakibatkan gangguan dalam sistem kawalan normal badan, sekali gus menjejaskan refleks sedu.

    Contoh keadaan trauma yang boleh menjadi punca:

    3. Gangguan metabolik dan pengambilan ubatan tertentu

    Beberapa masalah gangguan metabolik dan penggunaan ubat-ubatan tertentu juga boleh mengakibatkan berlakunya sedu untuk tempoh yang panjang, antaranya:

    Cara hilangkan sedu

    mengalami sedu
    Sedu membuatkan badan jadi kurang selesa.

    Jika anda mengalami sedu, pastinya anda akan cuba untuk mencari jalan menghilangkannya, bukan? Air sudah minum bergelas-gelas, tetapi kenapakah masih tersedu?

    Jangan risau, berikut dikongsikan 5 cara bagi membantu menyingkirkan sedu yang boleh dicuba. Semoga berjaya!

    1. Kawal pernafasan sebagai cara hilangkan sedu

    Ini adalah 1 teknik yang dikatakan dapat membantu menghilangkan masalah sedu. Anda perlu menarik nafas secara perlahan-lahan dan menghembusnya juga dalam cara yang perlahan.

    Anda boleh cuba untuk menarik nafas dalam kiraan 5 saat dan menghembuskannya juga dalam kiraan yang sama. Ulang kaedah ini sehingga sedu hilang. 

    1. Bernafas menggunakan beg kertas

    Jika anda ingin mencuba cara begini, ambil beg kertas dan letakkan di mulut anda: tarik nafas dan hembuskannya ke dalam beg itu.

    Kaedah ini dapat meningkatkan tekanan separa karbon dioksida dalam darah dan membuatkan diafragma bertindak lebih dalam untuk memberikan lebih oksigen. Walau bagaimanapun, elakkan daripada menggunakan beg plastik, okay?

    1. Tutup hidung ketika menelan sebagai cara hilangkan sedu

    Cara ini juga dikatakan berkesan dalam membantu menghilangkan sedu. Kaedahnya adalah dengan menggunakan jari menutup hidung. Pada ketika itu, anda perlu mencuba untuk menelan air. Cubalah, mungkin berkesan untuk anda.

    1. Bertenang

    Seperti yang dimaklumkan, masalah sedu boleh hilang dengan sendiri. Jadi mungkin anda boleh mengalihkan fokus anda daripada memikirkan tentang sedu ini. Anda boleh mencuba mendengar muzik, membaca majalah atau bermain permainan video. 

    Perkara biasa

    Tersedu adalah 1 perkara biasa dan akan hilang selepas beberapa tempoh. Namun jika sedu itu berterusan melebihi 48 jam, anda perlu mendapatkan pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui jika terdapat masalah kesihatan yang mendasari.

    Paling penting, jangan memandang remeh isu ini, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan