backup og meta

Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 07/04/2021

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Sembilan bulan sudah berlalu, tetapi wabak penyakit berjangkit COVID-19 masih lagi membelenggu seantero dunia.

    Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan gelombang ketiga virus corona, dengan jumlah peningkatan kes yang amat menakutkan.

    Semakin ramai rakyat kita menjadi mangsa virus corona, tanpa mengira umur, jantina mahupun bangsa. Jika anda risau tentang coronavirus, anda boleh melakukan swab test COVID di klinik yang di senarai oleh kerajaan.

    Tetapi, pernahkah anda terfikir sama ada kita boleh mendapat jangkitan COVID-19 kali kedua atau seterusnya? Mari ikuti artikel ini yang menyimpulkan banyak kajian berkenaan dengan kes COVID-19.

    Sementara itu, ketahui statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia:

    [covid_19]

    Bolehkah COVID-19 menyerang anda buat kali kedua?

    Mendapat jangkitan COVID-19 buat kali pertama sudah merisaukan, apa lagi kalau anda dijangkiti buat kali kedua dan seterusnya kan?

    Para saintis telah menemui bukti kukuh pertama bahawa individu boleh dijangkiti semula dengan virus corona.

    Artikel berkaitan:

    Kelvin To, Ahli Mikrobiologi bahagian klinikal di Universiti Hong Kong (HKU) menjelaskan, kes itu membuktikan segelintir pesakit tidak mempunyai imuniti seumur hidup meskipun telah terdedah kepada virus tersebut sebelumnya.

    Bukan itu sahaja, seorang wanita tua daripada China yang didiagnosis menghidap COVID-19 pada bulan Februari dan pulih sepenuhnya telah diuji positif sekali lagi, 6 bulan selepas kes pertama.

    Kedua-dua kes itu tidak mempunyai kontak rapat dengan pesakit kes positif, tetapi kuarantin tetap dijalankan untuk kedua-dua kes tersebut bagi mengurangkan penularan virus.

    Malangnya, kes jangkitan semula ini tidak berpusat di China dan Hong Kong sahaja.

    virus corona

    Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 25 tahun dari Nevada, Amerika Syarikat hadir untuk menerima rawatan bagi gejala jangkitan virus biasa yang berlaku pada diri beliau.

    Beliau menunjukkan simptom yang serupa pada dua masa yang berbeza, iaitu pertama semasa ujian saringan komuniti pada April 2020, manakala kali kedua berlaku pada awal Jun 2020.

    Kedua-dua ujian yang diambil beliau menunjukkan keputusan positif, meskipun terdapat dua ujian negatif yang dilakukan pada Mei 2020.

    Selain daripada mendapat jangkitan virus ini buat kali kedua, banyak kajian mendedahkan jangkitan kedua lazimnya lebih simptomatik dan teruk berbanding kali pertama.

    Kenali antibodi terhadap virus COVID-19

    senarai klinik swab test

    Sistem imun tubuh kita boleh melawan jangkitan dengan menghasilkan antibodi terhadap virus.

    Sebelum ini, terdapat beberapa pakar berpendapat bahawa individu yang pulih daripada jangkitan COVID-19 akan mempunyai antibodi yang menawarkan perlindungan terhadap jangkitan semula.

    Namun, seberapa kuat tindak balas imun dan berapa lama antibodi tersebut berada di dalam sistem tubuh kita masih belum diketahui sepenuhnya.

    Pakar penyakit berjangkit menegaskan bahawa imuniti terhadap koronavirus lain yang diketahui, termasuklah virus yang menyebabkan selesema biasa lazimnya hanya bertahan selama 3 hingga 6 bulan.

    wabak penyakit berjangkit

    Kajian jangkitan semula daripada Hong Kong mendapati, jangkitan kedua daripada baka virus yang sedikit berbeza daripada yang pertama, sehingga mengesahkan keupayaan virus ini menghasilkan jangkitan semula pada masa akan datang.

    Meskipun begitu, Dr Stephanie Stovall, Pengarah Perubatan Pencegahan Jangkitan di Lee Health mengatakan bahawa kita tidak seharusnya berasa tertekan mengenai perkara ini.

    Menurut beliau, banyak saintis yang menjangkakan keadaan seperti ini berlaku dengan virus corona.

    Baca juga: 

    • Orang Dengan Masalah OCD Atau ‘Anxiety’ Menderita Ketika PKP? INI 5 Cara Atasinya!

    • PKP Disambung BERSEBAB Untuk Perangi COVID-19, Ini 29 Langkah Cegah Virus- PASTI BERHASIL!

    Beliau turut berkongsi pendapat mengenai pesakit dijangkiti semula dalam masa terdekat, iaitu jarak masa 4 hingga ke 6 bulan setelah pulih daripada jangkitan pertamanya.

    Ini seterusnya membuktikan bahawa imuniti jangka panjang mungkin tidak akan berlaku secara semula jadi selepas jangkitan COVID-19.

    “Dengan virus COVID-19 dan selesema biasa seperti koronavirus dan rhinovirus lain, tubuh kita akan menghasilkan antibodi yang boleh dikesan.

    “Namun, ada kemungkinan bahawa antibodi ini sama ada tidak bertahan buat tempoh lama atau tidak kuat untuk mencegah jangkitan semula,’ sambung Dr Stovall lagi.

    Jadi, apakah yang boleh anda lakukan untuk elak positif COVID kali kedua?

    Cara terbaik untuk mengelakkan diri anda daripada positif COVID kali kedua ialah isolasi di rumah semasa kes sedang naik secara mendadak kini, terutama sekali jika anda mempunyai sistem imun yang lemah.

    Akhir kata, amalkan penjarakan sosial, pakailah topeng muka seperti yang disarankan dan jagalah kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun mahupun hand sanitizer. Jika anda risau akan keselamatan diri anda, anda boleh melakukan swab test COVID di klinik yang di senarai oleh kerajaan.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 07/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan