Bagaimanakah Diafragma Berfungsi?

Ditulis oleh Morteza Tafakory · Fisioterapi · Hello Health Group


Disemak pada 03/12/2019

    Bagaimanakah Diafragma Berfungsi?

    Diafragma atau thoracic diaphragm merupakan sebuah lapisan otot yang terletak di bawah tulang rusuk manusia. Mempunyai bentuk seakan-akan payung terjun, ia akan memisahkan kaviti toraks tulang rusuk, di mana jantung dan paru-paru terletak daripada kaviti abdomen yang terdapat pada perut, hati dan lain-lain organ. Ia juga berfungsi untuk mengawal pernafasan di mana ia akan mengembang dan menguncup untuk membenarkan pengaliran udara daripada/ke paru-paru.

    Cembung seperti dinding bawah kaviti toraks dan cengkung seperti dinding atas kaviti abdomen, otot ini berfungsi di beberapa lokasi tertentu. Ia bermula daripada proses xiphoid di penghujung sternum atau tulang dada dan daripada 6 tulang rusuk paling bawah sehingga ke tengah. Sementara bahagian bawah berfungsi pada kedua-dua lumbar vertebrae pada tulang belakang dan lumbocostal arch, iaitu tepian bukaan diafragma, melalui psoas utama, iaitu otot pinggang flexor untuk udara melepasinya. Perlu diketahui bahawa otot ini mempunyai beberapa lubang di dalamnya yang menunjukkan di mana stuktur vertikal, termasuklah tulang belakang, psoas utama serta otot quadratus lumborum, esofagus dan beberapa arteri utama untuk udara melepasinya.

    Otot ini mempunyai fungsi yang paling signifikan dalam membantu manusia bernafas. Bahagian abdomen terutamanya otot transverse abdominus akan membantu penghembusan nafas dengan meletakkan tekanan pada kaviti toraks. Diafragma juga akan membantu dalam proses penyedutan nafas. Untuk melakukan ini, ia akan mengembang lalu mengurangkan tekanan pada kaviti toraks dan membenarkan paru-paru untuk mengembang. Ini akan menghasilkan sedutan sekaligus membenarkan udara untuk masuk. Hubungan antara dua kumpulan otot iaitu abdomen dengan diafragma dikenali dalam anatomi sebagai antagonistik.

    Selain itu, peranan lain otot ini adalah berkaitan dengan fungsinya di dalam kaviti abdomen. Tekanan intra-toraks akan berkurangan semasa difragma berkembang lalu menyebabkan tekanan pada kaviti abdomen meningkat. Oleh itu, otot ini akan mengembang untuk meningkatkan tekanan intra-abdomen semasa aktiviti seperti muntah, pembuangan air kecil dan air besar. Ia akan memberikan tekanan kepada esofagus semasa berkembang lalu menghalang asid perut daripada keluar kembali ke kawasan toraks esofagus, iaitu kondisi yang dipanggil sebagai asid refluks. Ia juga menjadi punca sedu terjadi, yang disebabkan oleh kekejangan pada otot yang selalunya disebabkan oleh makan terlalu cepat.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Morteza Tafakory

    Fisioterapi · Hello Health Group


    Disemak pada 03/12/2019

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan