Selain itu, merokok juga meningkatkan risiko banyak penyakit lain termasuk gastrik dan kanser paru-paru. Langkah kerajaan untuk mewartakan restoran sebagai kawasan larangan merokok ialah satu langkah yang positif ke arah mengawal pengunaan produk tembakau.
3. Genetik mungkin memainkan peranan
Salah satu jenis COPD adalah disebabkan oleh genetik iaitu Alpha-1 Antitrypsin deficiency (A1AD). Ia sangat jarang berlaku dan merupakan satu-satunya jenis yang dikaitkan dengan genetik.
Pesakit A1AD mengalami kekurangan sejenis enzim yang dihasilkan oleh hati untuk melindungi paru-paru. Kekurangan enzim ini membuatkan paru-paru lebih terdedah kepada penyakit.
4. Diagnosis mungkin agak rumit
Memandangkan penyakit ini paling banyak berlaku dalam kalangan perokok, simptom yang ditunjukkan semasa di peringkat awal penyakit mungkin tidak jelas. Simptom seperti batuk dan susah bernafas dianggap biasa dalam kalangan perokok. Jadi, mereka lebih cenderung untuk mengabaikannya.
Bantuan perubatan hanya akan dicari selepas keadaan sudah menjadi semakin teruk. Kesannya, ramai pesakit tidak dapat bertahan lama.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen