backup og meta

Nak Guna PCR Atau RTK Untuk Test COVID-19? Kenali Bezanya Agar Tak Keliru Lagi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/06/2022

    Nak Guna PCR Atau RTK Untuk Test COVID-19? Kenali Bezanya Agar Tak Keliru Lagi!

    Walaupun sudah lama kita berdepan dengan wabak COVID-19, namun masih ramai yang tidak mengetahui beza RTK dan PCR, dua ujian yang sering digunakan untuk mengesan COVID.

    Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai ujian RT-PCR, tetapi bagaimana pula dengan ujian RTK-Ag? Jika anda sudah biasa menggunakan kit ujian kendiri, kit inilah sebenarnya ujian RTK-Ag!

    Tidak dinafikan, ada banyak beza PCR dan RTK. Jika anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, mari ikuti penjelasan kami mengenai beza RTK dan PCR dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Apakah beza RTK dan PCR?

    beza rtk dan pcr

    Pasti ramai yang sudah tahu mengenai beza RTK dan PCR. Ujian RTK-Ag selalunya akan dilakukan terlebih dahulu sebelum melakukan ujian PCR yang lebih mahal.

    Walau bagaimanapun, kedua-dua ujian ini digunakan secara meluas di negara kita untuk mengesan jangkitan COVID-19.

    Tetapi, apakah beza RTK dan PCR? Secara amnya:

    1. Ujian RT-PCR COVID-19 dilakukan untuk mengesan material genetik virus COVID-19 atau serpihannya. Buat masa ini, RT-PCR merupakan kaedah yang paling tepat untuk menentukan jangkitan COVID-19. Walau bagaimanapun, ujian ini memakan masa berjam-jam untuk dilakukan.
    2. Ujian Antigen (RTK-Ag) dapat mengesan serpihan protein pada permukaan virus yang dikenali sebagai antigen. Ujian antigen ini selalunya memakan masa 15 hingga 30 minit untuk dilakukan.

    Apakah maksud ujian RT-PCR COVID-19?

    beza rtk dan pcr

    Ujian RT-PCR (real time reverse transcription–polymerase chain reaction) merupakan sejenis ujian molekular COVID-19 yang digunakan untuk menganalisis spesimen dari saluran pernafasan.

    Sejak Februari 2020, ujian PCR telah digunakan secara meluas untuk mengesan COVID-19 disebabkan ketepatannya. Kaedah ini juga telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Ujian ini sangat sensitif, tepat dan pantas. Ia dapat memberikan diagnosis paling singkat selama 3 jam. Walau bagaimanapun, kebanyakan makmal memerlukan masa antara 6 jam hingga 2 hari untuk mengeluarkan keputusan.

    RT-PCR bukanlah sebuah teknologi baharu. Negara-negara lain telah menggunakan teknologi ini untuk mengesan penyakit lain seperti virus Ebola dan Zika.

    Baca juga:

    Bagaimana pula dengan ujian RTK-Ag?

    beza rtk dan pcr

    Kit ujian pantas RTK-Ag juga boleh digunakan untuk mengesan COVID-19. Disebabkan ujian ini cepat, pantas dan murah, individu yang mengesyaki diri sendiri atau ahli keluarga dijangkiti COVID-19 digalakkan untuk melakukan ujian kendiri menggunakan kit ini.

    Ujian ini hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk menunjukkan keputusan. Kit ini juga boleh didapati secara meluas di klinik, farmasi atau pasar raya berdekatan. 

    Ini merupakan salah satu beza RTK dan PCR – ujian RTK mudah didapati manakala ujian PCR pula perlu dilakukan di fasiliti tertentu.

    Selain itu, anda juga boleh menggunakan kit ujian pantas ini untuk memeriksa sama ada anda bebas COVID-19 atau tidak sebelum menghadiri majlis sosial, sebarang acara yang diadakan di tempat yang sempit atau sebelum pulang ke kampung halaman.

    Ada banyak jenis ujian RTK-Ag yang berbeza. Oleh sebab itu, pastikan anda sentiasa mengikut arahan yang tertulis di belakang kit kerana ia mungkin berbeza mengikut jenama.

    Jadi, ujian manakah yang lebih tepat?

    Setelah mengetahui perbezaan RTK dan PCR, pasti ramai yang ingin tahu ujian manakah yang lebih tepat.

    Ujian RTK-Ag dapat menghasilkan keputusan yang lebih pantas. Namun, ia tidak sesensitif ujian RT-PCR.

    Malah, keputusannya juga tidak boleh dipercayai 100%, lebih-lebih lagi jika individu yang dijangkiti belum mengalami sebarang simptom.

    Untuk mengesahkan keputusan ujian RTK-Ag, anda boleh melakukan ujian RT-PCR. Ujian ini dapat memberikan keputusan yang tepat. Walau bagaimanapun, keputusan hanya dapat diperoleh selepas 6 hingga 48 jam.

    Bila saya perlu lakukan ujian COVID-19?

    norma baharu

    Secara idealnya, anda perlu melakukan kedua-dua ujian jika mengalami sebarang simtom COVID-19 seperti:

    1. Demam.
    2. Batuk.
    3. Sesak nafas.
    4. Keletihan.
    5. Sakit badan.
    6. Pening kepala.
    7. Hilang deria rasa atau bau.
    8. Sakit tekak.
    9. Hidung berair.
    10. Loya atau muntah-muntah.
    11. Cirit-birit.

    Simptom selalunya muncul dalam masa 2 hingga 14 hari selepas pesakit terdedah kepada virus. Keseriusannya pula berbeza mengikut individu.

    Anda juga boleh melakukan ujian COVID-19 jika mempunyai kontak rapat yang telah dijangkiti. Jika keputusannya negatif, anda boleh lakukan ujian semula dalam masa 1 hingga 2 hari selepas ujian pertama.

    Sama jugalah jika anda ingin menghadiri mana-mana acara sosial seperti kenduri kahwin atau ingin melawat orang tua di kampung. Pastikan anda lakukan ujian COVID-19 menggunakan kit ujian kendiri sebelum menghadiri apa-apa acara.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan