10 Cara Bertahan Semasa Musim Selesema dan Flu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), orang dewasa yang biasa boleh dijangkakan menghidap sebanyak dua atau tiga kali selesema dalam setahun. Selain daripada mencuci tangan yang baik dengan penggunaan sabun, terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko mendapat selesema. Ikuti langkah-langkah berikut bagi mengelakkan diri anda daripada mudah mengalami selesema semasa atau memberikan kelegaan dengan cepat akibat selesema yang dialami ketika musim selesema.

#1. Makan yogurt ketika bersarapan

Untuk pengetahuan anda, kultur hidup yang membantu memudahkan kesukaran pencernaan di dalam perut, juga boleh membantu menghindarkan diri anda daripada mendapat selesema. Pada tahun 2011, saintis mendapati bahawa individu yang mengambil probiotik melalui suplemen atau makanan yang difermentasi (seperti yogurt atau kimchi), mempunyai sehingga 12% kurang jangkitan pernafasan bahagian atas. Selain itu, terdapat satu lagi kajian yang dilaksanakan pada tahun 2012 yang membandingkan dua kumpulan pelajar-pelajar kolej yang sedang mengalami selesema. Kumpulan pertama yang mengambil suplemen probiotik dengan kandungan bakteria Lactobacillus rhamnosus sembuh dua hari lebih awal daripada kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini juga mempunyai 34% simptom yang kurang teruk berbanding kumpulan kedua.

#2. Hirup udara luar dan bersenam

Jika anda menghabiskan masa anda di dalam ruang yang dikongsi bersama individu lain yang dijangkiti selesema, ia boleh menjadikan anda berisiko mendapat jangkitan yang sama. Cuba buka tingkap dan biarkan udara luar masuk ke dalam ruangan tersebut. Peredaran udara yang sempurna boleh membuatkan partikel virus bawaan udara beredar keluar ruangan dan lebih sukar untuk virus tersebut menjangkiti individu lain. Selain daripada membuka tingkap, anda juga boleh keluar rumah untuk mengambil udara dengan cara bersenam. Tambahan lagi, senaman boleh meningkatkan fungsi sistem imun yang menyebabkan anda sukar untuk jatuh sakit. 

#3. Jauhkan diri daripada individu yang bersin

Anda mungkin tidak tahu bahawa kuman yang dibawa dalam partikel hasil daripada bersin boleh bergerak sejauh 6 meter. Jika terdapat sesiapa di sebelah atau berdekatan anda yang sedang bersin atau batuk, beralihlah ke tempat lain bagi memastikan anda tidak berisiko untuk mendapat jangkitan. Begitu juga jika anda merupakan individu yang bersin atau batuk, cuba jauhkan diri anda daripada orang lain atau sekurang-kurangnya menutup mulut dan hidung anda ketika anda bersin. 

#4. Berkumur dengan air garam bersuhu suam

Untuk pengetahuan anda, garam sebenarnya membantu membunuh patogen. Berkumur dengan campuran setengah sudu teh garam dalam secawan air suam, boleh mengurangkan keradangan pada tekak selain membantu mengurangkan mukus atau lendir yang mempunyai kuman. Walaupun anda tidak mempunyai sakit tekak, berkumur dengan campuran air dan garam mampu mengelakkan simptom-simptom selesema daripada berlaku. Kajian yang dijalankan pada tahun 2005 menyatakan bahawa individu sihat yang berkumur tiga kali dalam sehari dalam tempoh dua bulan semasa musim selesema dan flu, mempunyai kurang simptom selesema berbanding mereka yang tidak berkumur. 

#5. Makan cendawan

Penyelidikan baharu yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition menyatakan bukti mengenai kesan cendawan dalam meningkatkan sistem imun manusia. Individu yang makan cendawan shiitake yang telah dimasak setiap hari selama sebulan menunjukkan bilangan sel T yang lebih tinggi dan kurang mengalami keradangan. Begitu juga dengan jenis-jenis makanan sihat yang lain juga. Pastikan anda mendapat buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida yang cukup dalam diet, yang boleh membantu melawan radikal bebas. Penyelidikan daripada University of California, Berkeley mencadangkan bahawa brokoli, dan kubis memberikan kesan yang terbesar dalam berbanding jenis sayur-sayuran lain.

#6. Manfaatkan rutin tidur

Manfaatkan waktu malam anda dengan tidur dan berehat dengan waktu yang lebih lama atau mencukupi. Satu kajian yang diterbitkan dalam Archives of Internal Medicine mendapati bahawa individu yang tidur kurang daripada tujuh jam, memiliki hampir tiga kali ganda pendedahan terhadap selesema berbanding individu yang tidur selama sekurang-kurangnya lapan jam.

#7. Pengambilan cecair yang mencukupi

Sebarang cecair seperti minuman membantu mengeluarkan lendir yang dihasilkan oleh tubuh badan apabila anda sakit. Apabila lendir yang dipenuhi kuman berkurangan, ia lebih mudah untuk keluar daripada sistem tubuh badan anda. Pilihan minuman yang baik adalah air kosong, jus oren, atau minuman panas yang dapat meredakan sakit tekak, seperti teh atau sup ayam.

#8. Makan madu

Madu dipercayai menjadi salah satu agen antimikrob. Konsistensinya yang pekat dan bersirap boleh menyalut tekak dan memberikan kelegaan terhadap tekak sedang yang mengalami iritasi.

#9. Pastikan diri sentiasa bersih

Adalah sangat penting untuk anda mencuci tangan dengan kerap. Sabun biasa dan air suam akan membantu membunuh kuman. Hanya pastikan anda menggosok tangan dengan kuat selama 15 hingga 20 saat. Dan jangan berhenti membasuhnya walaupun sudah jatuh sakit. Dengan membasuh tangan anda dengan kerap, anda mengurangkan penyebaran penyakit, kata Dr. Thomas Weida, profesor dalam bidang perubatan keluarga dan komuniti di Pusat Perubatan Hershey, Penn State University.

#10. Jauhkan diri anda daripada kawasan sesak

Jangan sesekali berasa malu atau serba salah untuk menjauhkan diri anda daripada berkumpul dalam sekelompok manusia yang ramai. Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 menunjukkan bahawa mereka yang gemar bersosial lebih cenderung untuk mendapat flu berbanding mereka yang kurang bersosial. Ini kerana virus flu amat menggemari keadaan yang sesak. Lebih ramai individu yang berada di sekeliling anda, maka anda akan menjadi lebih mudah untuk mendapat virus flu dari individu lain. Kami faham bahawa agak sukar untuk mengelakkan diri daripada bersesak-sesak dengan orang ramai terutamanya jika anda adalah pengguna tetap bas dan LRT, tetapi cubalah untuk melakukan langkah-langkah pencegahan yang mampu mengurangkan risiko. Gunakan topeng mulut atau mask jika anda keluar rumah dan sentiasa menggunakan alcohol rub atau hand sanitizer terutama sekali setelah anda menyentuh permukaan yang mudah terdedah kepada kuman.

Langkah-langkah kebersihan dan pemakanan yang sihat dan bernutrisi merupakan kunci penting dalam memberikan kelegaan semasa mengalami selesema atau flu. Jika selesema atau flu anda masih lagi tidak sembuh dan mengambil masa yang lebih lama berbanding biasa, berjumpalah dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan. Pemeriksaan awal adalah penting bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau masalah kesihatan yang lebih serius.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baharu 2021. Ada beberapa pengajaran dan memori daripada tahun 2020 yang mungkin takkan dilupakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Memasuki alam prasekolah, ibu bapa pasti risau akan masalah kesihatan kanak kanak. Ini 10 penyakit paling kerap menjangkiti anak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Kesihatan Anak, Penyakit Kanak-Kanak 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Menyusu Turut Berisiko Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

    Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Kesihatan Anak, Penyakit Kanak-Kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Flu Memang Berbahaya Terhadap Kesihatan, Terutamanya Buat Wanita Yang Sedang Hamil?

    Rasanya ramai yang sudah tahu bahaya virus influenza ini bukan? Namun ada kajian terbaharu yang kata wanita hamil lebih berisiko! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Influenza, Kesihatan Pernafasan 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suntikan vaksin pneumococcal

    Bukan Bayi Saja Kena Suntik, WARGA EMAS Pun Sama! Ada 5 Vaksin Orang Tua Mesti Ambil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    rawatan hospital

    Bukan Semua Pesakit COVID-19 Perlu Masuk Hospital, KECUALI Yang Ada 11 GEJALA Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/02/2021 . 4 minit bacaan
    petua hilangkan selsema

    Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit selesema

    Kerap Alami Selesema? Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Selesema

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/01/2021 . 4 minit bacaan