Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda harus menghubungi doktor jika anda mengalami mana-mana perkara berikut:
- Berkekalan melebihi 3 minggu;
- Menghalang anda dari tidur;
- Disertai dengan demam melbihi 38°C;
- Menghasilkan lender yang berubah warna;
- Disertai dengan nafas berbunyi atau sesak nafas.
Punca
Apakah Punca Bronkitis Kronik?
Ia kebiasaannya disebabkan oleh virus, selalunya virus yang sama menyebabkan demam dan selsema (influenza. Antibiotik tidak membunuh virus. Jadi, ubat jenis ini tidak berguna dalam kebanyakan kes bronkitis.
Sebab paling kerap ialah merokok. Pencemaran udara atau dan habuk atau gas toksik di dalam persekitaran atau tempat kerja juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Bronkitis Kronik?
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
- Merokok. Mereka yang merokok atau hidup bersama perokok adalah berisiko untuk bronkitis akut dan kronik.
- Ketahanan diri lemah. Ini mungkin disebabkan oleh penyakit akut lain seperti demam, atau keadaan kronik yang melemahkan sistem imun anda. Dewasa tua, bayi dan kanak-kanak muda lebih cenderung kepada jangkitan.
- Terdedah kepada bahan rengsa di tempat kerja. Risiko anda menghidapi bronkitis adalah lebih tinggi jika anda bekerja sekitar bahan rengsa paru-paru tertentu seperti gandum atau tekstil atau terdedah kepada wap kimia.
- Refluks perut. Serangan pedih ulu hati yang berterusan boleh merengsa tekak anda dan membuatkan anda lebih cenderung untuk mendapat bronkitis.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen