Asma merupakan penyakit kronik yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan meradang, sekali gus menyukarkan proses pernafasan.
Asma merupakan penyakit kronik yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan meradang, sekali gus menyukarkan proses pernafasan.

Dalam situasi tertentu, ada individu yang mengalami serangan asma ketika inhaler tiada bersama.
Walaupun inhaler kekal sebagai rawatan utama, mengetahui cara merawat asma tanpa inhaler sebagai langkah sementara boleh membantu mengurangkan simptom sebelum mendapatkan rawatan perubatan.
Pada masa yang sama, penting juga untuk memahami cara menangani asma bagi mengelakkan serangan berulang.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Asma memerlukan penjagaan yang berterusan dan pengurusan yang betul pada setiap masa. Kehidupan anda bergantung sepenuhnya kepadanya.
Sebelum mengetahui cara merawat asma tanpa inhaler, pertama sekali yang penting untuk dilakukan adalah, anda harus mengetahui punca serangan asma berlaku.
Pencemaran udara, pendedahan kepada kerengsaan seperti habuk, asap rokok dan haiwan kesayangan, keadaan fizikal dan kecemasan emosi semuanya boleh mencetuskan serangan asma.
Jika anda kerap mengalami serangan asma, ia mungkin menandakan penyakit tersebut belum dikawal dengan baik. Antara faktor yang boleh menyebabkan serangan asma berulang ialah:
Mengenal pasti pencetus asma dapat membantu mengurangkan risiko serangan pada masa hadapan.
Serangan asma boleh jadi ringan atau teruk. Berhati-hati dengan simptom umum ini:
Anda harus mendapatkan rawatan perubatan serta-merta sekiranya anda mengalami simptom serangan asma teruk seperti:
Ya. Walaupun kebanyakan pesakit asma dapat mengawal penyakit ini dengan baik, serangan asma yang teruk boleh menjadi kecemasan perubatan dan berpotensi mengancam nyawa jika tidak dirawat segera.
Dapatkan rawatan kecemasan dengan segera jika anda mengalami:
Jangan tunggu sehingga simptom menjadi semakin teruk sebelum mendapatkan bantuan.
Berikut cara menangani asma yang boleh anda cuba sekiranya tiada inhaler:

Mengetahui cara merawat asma tanpa inhaler boleh membantu sebagai langkah sementara ketika berlaku serangan ringan dan inhaler tidak dapat digunakan.
Sekiranya simptom tidak berkurang atau semakin teruk, segera dapatkan rawatan kecemasan.
Pengurusan asma yang baik, termasuk mengenal pasti pencetus dan mematuhi pelan rawatan, merupakan cara menangani asma yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko serangan berulang.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Asthma treatment: 3 steps to better asthma control. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/asthma/in-depth/asthma-treatment/art-20044284, Accessed on June 6, 2023
Versi Terbaru
10/07/2026
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa