Penghidap penyakit lelah atau asma yang bakal menjalani prosedur pembedahan perlukan pemerhatian lebih teliti sebelum dibenarkan berbuat demikian.
Ini kerana risiko pembedahan menjadi berganda jika pesakit mempunyai sejarah penyakit asma yang tidak terkawal.
Serangan asma masih boleh berlaku sebelum, ketika dan selepas pembedahan dijalankan.
Adakah anda atau sesiapa yang anda kenali menghidap asma dan perlu menjalani prosedur pembedahan?
Tidak perlu risau lagi. Semua persoalan anda akan terjawab selepas membaca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Sepintas lalu tentang penyakit lelah atau asma
Asma atau bahasa mudahnya lelah, merupakan penyakit kronik paru-paru yang disebabkan oleh keradangan salur udara dan tindak balas keterlaluan salur pernafasan, menyebabkan penghasilan mukus (lendir) yang banyak.
Gejala asma adalah seperti dada ketat, sukar bernafas, nafas berbunyi berdehit dan batuk. Ini kerana salur udara menjadi sempit dan terhalang oleh mukus yang berlebihan.
[embed-health-tool-bmi]
Antara penyebab serangan asma adalah cuaca yang sejuk, jangkitan virus atau bakteria pada salur pernafasan, alahan, senaman atau aktiviti yang berat serta faktor persekitaran seperti habuk, asap dan sebagainya.
Penghidap asma selalunya dibekalkan dengan inhaler atau penyedut asma.
Terdapat dua jenis inhaler iaitu jenis penyelamat yang digunakan ketika serangan asma dan satu lagi jenis pengawal untuk mencegah episod asma.
Bagi mengetahui kawalan asma seseorang, mereka selalunya dibekalkan dengan Diari Asma yang mengandungi pelan tindakan kawalan asma.
Pelan ini termasuk rekod kekerapan serangan dalam seminggu, senarai alergen atau punca serangan asma yang dikenal pasti, nama ubat-ubatan termasuk inhaler yang digunakan dan sejarah perubatan lain.
Malahan lawatan ke klinik atau hospital bagi rawatan susulan juga disertakan dalam diari ini.
Penghidap lelah, ini persediaan menghadapi prosedur pembedahan!
Selalunya doktor yang merawat anda akan memastikan kawalan penyakit lelah memuaskan sebelum merujuk kepada pakar bius.
Jika tidak, ada beberapa langkah yang akan diambil untuk mengoptimumkan kawalan asma seseorang pesakit.
- Menilai fungsi paru-paru penghidap penyakit lelah
- Membuat ujian spirometri atau ujian fungsi paru-paru iaitu sebuah ujian yang dijalankan untuk menilai keupayaan paru-paru anda
- Ia mengukur isipadu dan kelajuan udara semasa menarik dan menghembus nafas
- Anda hanya perlu bernafas pada mesin khas yang disediakan
- Sinar X dada juga diperlukan untuk memastikan paru-paru dalam keadaan baik
- X-ray dada dapat melihat struktur paru-paru dan organ di sekitarnya seperti jantung, salur udara dan tulang belakang
- Sebarang keabnormalan pada x-ray dada mungkin berisiko mendatangkan komplikasi ketika pembedahan
- Sejarah perubatan yang lebih lanjut
- Kawalan asma yang baik adalah serangan asma kurang 3 kali seminggu, tiada batuk di waktu malam atau apabila melakukan aktiviti senaman, tiada sejarah kemasukan ke wad atau ICU
- Cara pemakaian inhaler yang betul dan memastikan inhaler berfungsi seperti yang sepatutnya
- Sejarah alahan terutamanya kepada ubat tertentu
Sekiranya didapati anda mempunya kawalan penyakit asma yang tidak memuaskan, doktor akan memberi ubat yang lebih baik dan berkesan bagi memastikan anda tidak mendapat serangan asma ketika pembedahan.
Baca juga: