backup og meta

5 Tip Mudah Pakai 'Pressure Cooker', Barulah Tak Rosak Dan Selamat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/11/2022

    5 Tip Mudah Pakai 'Pressure Cooker', Barulah Tak Rosak Dan Selamat!

    Takut nak guna periuk tekanan? Bimbang jika periuk ‘meletup’ ketika memasak? Jangan risau, pressure cooker bukanlah satu peralatan yang sukar untuk digunakan. Malah, ia sangat selamat! Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai ciri-ciri pressure cooker terbaik di Malaysia.

    Periuk tekanan yang dijual di pasaran pada zaman sekarang tidak lagi seperti dulu. Ia telah dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang menjadikannya sangat selamat untuk digunakan di rumah.

    Kini, hampir semua pressure cooker mempunyai lubang udara untuk melepaskan lebihan wap dalam periuk. Malah, penutupnya juga mempunyai kunci yang tidak boleh dibuka sehinggalah tekanan dalam periuk kembali normal.

    Ingin membeli pressure cooker? Mari ikuti tip kami untuk mencari pressure cooker terbaik dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Mengapa anda perlu beli pressure cooker?

    1. Dapat memasak dengan pantas.
    2. Tidak menggunakan banyak tenaga berbanding cara konvensional.
    3. Masa memasak yang pantas membolehkan vitamin dan mineral dalam makanan dikekalkan.
    4. Pressure cooker terbaik mempunyai suhu dan tekanan tinggi, membantu menguatkan lagi perisa masakan.

    Tip menggunakan pressure cooker terbaik, barulah selamat!

    Bagi ibu-ibu yang suka memasak, pressure cooker merupakan salah satu peralatan yang wajib di rumah. Periuk tekanan dicipta untuk mengurangkan masa memasak sebanyak 50%, terutamanya masakan yang perlu dimasak lama seperti daging dan sebagainya.

    Bukan itu sahaja, memasak menggunakan pressure cooker juga dapat memastikan semua nutrisi hidangan terpelihara dengan baik.

    Jika anda tidak pernah gunakan pressure cooker sebelum ini, inilah masa terbaik untuk bermula! Mari ikuti tip penggunaan periuk tekanan agar anda dapat menggunakannya seperti seorang pro!

    1. Pressure cooker terbaik mempunyai ciri keselamatan yang baik

    pressure cooker terbaik

    Jika anda baru sahaja beli pressure cooker, pertama sekali, pastikan anda baca dulu arahannya!

    Setiap model mungkin mempunyai cara penggunaan yang berbeza. Periksa setiap bahagian dan pastikan semuanya lengkap dan tidak rosak.

    Periuk tekanan terbaik selalunya dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan. Malah, ada juga pengilang yang menggalakkan pengguna menukar cincin getah (getah yang mengelilingi penutup periuk) setiap tahun, bergantung kepada kekerapan anda menggunakan pressure cooker.

    Sebelum masak, pastikan periuk tekanan benar-benar bersih. Sebarang makanan yang tertinggal pada kawasan penutup boleh menyebabkan cincin getah merekah dan pecah.

    2. Jangan penuhkan periuk tekanan dengan air

    Jangan sesekali isikan pressure cooker dengan terlalu banyak air. Jika tidak, cecair tersebut mungkin akan keluar melalui lubang udara di bahagian penutup. Ini akan membuatkan periuk tekanan anda mudah rosak.

    Makanan seperti kacang atau bijirin (seperti nasi, oat dan sebagainya) akan mengembang semasa masak, jadi pastikan anda isi separuh sahaja periuk dengan air.

    Sebagai panduan:

    1. Makanan yang banyak air, seperti sup: Jangan isi lebih daripada ½ periuk dengan air.
    2. Sayur-sayuran dan daging: Penuhkan 2/3 periuk termasuk air.
    3. Makanan yang boleh mengembang seperti nasi atau pasta: Jangan isi periuk lebih daripada 1/3.

    3. Tetapi, jangan pula lupa isi air!

    pressure cooker terbaik

    Periuk tekanan memasak menggunakan wap. Tanpa air, tidak adalah wap yang terhasil. Pressure cooker anda tidak dapat berfungsi dengan baik jika anda tidak menggunakan air yang mencukupi.

    Selalunya, tidak ada masalah jika anda mematuhi resipi yang khas untuk periuk tekanan. Namun, anda mungkin perlukan sekurang-kurangnya ½ cawan air atau cecair lain untuk memastikan wap dapat terbentuk.

    Jika wap tidak terbentuk, buka pressure cooker untuk melepaskan wap terlebih dahulu. Kemudian, tambah lebih banyak air sehinggalah anda mencapai tekanan yang sesuai untuk memasak.

    Baca juga:

    4. Keluarkan wap dengan cara yang selamat

    Anda boleh keluarkan wap dengan 3 cara yang selamat. Pertama, tutup elektrik dan biarkan periuk sejuk. Kedua, lalukan air sejuk pada penutup periuk tekanan dan ketiga, gunakan lubang udara untuk melepaskan wap tersebut.

    Kebanyakan pressure cooker terbaik di Malaysia mempunyai lubang udara untuk membolehkan wap keluar dengan selamat.

    Pastikan anda lindungi tangan, muka dan badan daripada wap yang terbebas daripada periuk tekanan. Pakai sarung tangan dan jauhkan badan daripada pressure cooker sebelum membuka penutupnya ya!

    5. Basuh pressure cooker dengan baik

    pressure cooker terbaik

    Semua peralatan dapur, termasuklah periuk tekanan perlu dibasuh dengan baik.

    Tetapi, jangan sesekali rendam periuk anda dalam air. Basuh periuk dengan air paip dan buka dahulu gelang getahnya untuk memastikan semua bahagian dapat dicuci dengan sempurna.

    Elakkan menyimpan makanan terlalu lama dalam periuk. Sebolehnya, alihkan makanan tersebut dan cuci pressure cooker anda serta-merta.

    Setelah dibasuh, keringkan pressure cooker anda. Elakkan terus simpan di dalam almari. Pastikan penutupnya disimpan secara terbalik.

    Tip beli pressure cooker terbaik untuk keluarga anda

    Sebelum beli periuk tekanan, pastikan anda beli mengikut jumlah ahli keluarga dan kekerapan anda memasak.

    Tip membeli pressure cooker:

    • Untuk keluarga 3-4 orang, periuk tekanan yang bersaiz 3-5 liter sudah mencukupi
    • Keluarga yang lebih besar (5+ lebih orang) perlukan periuk tekanan bersaiz 3-5 liter
    • Jika anda duduk seorang diri, pressure cooker bersaiz 1-1.5 liter adalah yang terbaik

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan