backup og meta

Benarkah Masak Menggunakan 'Air Fryer' Boleh Menyebabkan Kanser?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 07/06/2023

    Benarkah Masak Menggunakan 'Air Fryer' Boleh Menyebabkan Kanser?

    Alat memasak air fryer sering diiklankan sebagai peralatan memasak yang selamat dan sihat untuk digunakan.

    Bayangkan anda boleh memasak tanpa menggunakan minyak. Ia merupakan satu bentuk revolusi yang menakjubkan!

    Penggunaan alat memasak air fryer semakin popular berikutan tahap kesedaran terhadap gaya hidup sihat dan bahaya makanan bergoreng.

    Di negara maju seperti Amerika sebagai contoh, 40% sumber makanan harian datangnya daripada produk makanan beku seperti kentang goreng dan sosej.

    Maka dalam konteks tersebut, penggunaan air fryer dilihat sebagai alternatif untuk mengurangkan risiko kesihatan dengan cara mengehadkan (atau tidak menggunakan langsung) jumlah minyak di dalam masakan.

    Walau bagaimanapun, timbul persoalan mengenai tahap keselamatan penggunaan air fryer terhadap tahap kesihatan umum.

    Adakah ia benar-benar sihat dan selamat? Betul ke ura-ura yang menyatakan air fryer boleh menyebabkan kanser.

    Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Perbandingan di antara alat memasak air fryer dengan kaedah masakan lain

    Pengilang telah mencipta air fryer untuk menghasilkan makanan yang sihat. 

    Lazimnya, makanan yang sering digunakan bersama dengan alatan ini jenis yang perlu digoreng menggunakan minyak. 

    Ia tidak boleh menggantikan cara penyediaan makanan sihat tradisional lain seperti memanggang.

    Makanan bergoreng mempunyai kandungan lemak yang sangat tinggi jika ia digoreng bersama dengan minyak.

    Sebagai contoh, 100 gram ayam goreng mengandungi 13.2 gram lemak. Jika dibandingkan dengan berat ayam yang sama tetapi dipanggang, nilai lemak ayam goreng adalah jauh lebih tinggi.

    100 gram ayam panggang mengandungi 0.39 gram lemak.

    Alat memasak airfryer hanya memerlukan sedikit sahaja minyak bagi menggoreng makanan untuk mendapatkan tekstur yang lebih kurang sama dengan makanan yang digoreng rendam dengan minyak.

    Perkara ini menjadi pilihan mereka yang ingin mengamalkan pemakanan sihat tanpa mengorbankan tekstur rasa pada juadah yang diambil.

    Penggunaan minyak sayuran dalam teknik memasak goreng rendam sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung dan kadar proses radang yang tinggi.

    Terdapat juga kaedah memasak lain yang jauh lebih sihat seperti memanggang, bakar dan sebagainya.

    Namun, ia tidak boleh memberikan kerangupan makanan seperti apa yang dihasilkan oleh peralatan memasak air fryer.

    Kebaikan yang anda boleh nikmati

    alat memasak

    Terdapat pelbagai jenis kebaikan yang boleh anda nikmati melalui penggunaan alat memasak air fryer.

    Antaranya adalah seperti berikut:

  • Penggunaan air fryer boleh membantu menurunkan berat badan. Oleh sebab pengambilan makanan berminyak sering dikaitkan dengan masalah obesiti, air fryer boleh menghasilkan makanan bebas minyak dan rendah kalori. Jika ditambah dengan pantang larang lain seperti tidak ambil minuman bergula dan sebagainya, kadar penurunan berat badan adalah lebih optimum.
  • Air fryer lebih selamat daripada makanan yang bergoreng dengan minyak rendaman. Anda hanya perlu buka ruangan, isi makanan, tutup dan putarkan suis masa mengikut durasi yang sesuai mengikut jenis makanan. Jika anda menggoreng makanan menggunakan minyak, ia boleh terpercik atau lebih bahaya, anda boleh tercelup jari ke dalam minyak panas.
  • Makanan yang digoreng di dalam minyak boleh menyebabkan terbentuknya kompaun akrilamide. Ia merupakan sejenis kompaun berbahaya yang terbentuk semasa anda menggoreng makanan. Menurut Agensi Kajian Kanser Antarabangsa (IARC), kompaun tersebut boleh menyebabkan kanser. Penggunaan peralatan memasak air fryer boleh menghindarkan risiko tersebut.
  • Risiko penyakit kronik rendah apabila anda mengurangkan pengambilan makanan bergoreng. Ia merupakan kelebihan bagi mereka yang memilih untuk menggunakan air fryer.
  • Keburukan penggunaan alatan memasak air fryer

    alat memasak

    Bukan perkara baik sahaja yang boleh anda nikmati bersama dengan air fryer, setiap peralatan juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Air fryer tidak menjamin tahap kesihatan makanan yang dimasak. Walaupun ia  boleh menyediakan alternatif yang lebih sihat, namun jika makanan asas itu sendiri tidak sihat, ia masih boleh menyebabkan masalah kesihatan kelak. Antara contoh makanan yang boleh memberi impak negatif adalah daging berproses dan makanan beku yang kaya dengan lemak trans.
  • Air fryer boleh menghasilkan kompaun berbahaya. Memang ia boleh menghindarkan pembentukan akrilamid. Pun begitu, kompaun berbahaya lain seperti kompaun hidrokarbon aromatik polisiklik masih boleh terhasil kesan daripada masakan menggunakan air fryer. Kompaun tersebut boleh menyebabkan kanser.
  • Makanan yang dihasilkan tetap bergoreng. Seperti yang anda sedia maklum, makanan bergoreng tidak baik untuk kesihatan. Tidak kiralah jika ia tidak menggunakan sebarang minyak sekalipun.
  • Konklusi

    Dapatan kajian berkaitan dengan kesan makanan yang disediakan oleh air fryer terhadap kesihatan masih lagi terhad.

    Apa yang kita tahu setakat ini, jika dilihat secara keseluruhan, penggunaan alat memasak air fryer sememangnya boleh memberikan banyak manfaat berbanding dengan makanan yang digoreng di dalam minyak.

    Sekiranya anda risau akan risiko untuk mendapat masalah kesihatan kesan daripada penggunaan air fryer dalam penyediaan makanan, rujuk doktor atau pakar pemakanan bertauliah sekarang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan