Cuba bayangkan bahagian kulit ayam yang ranggup dan dimakan ketika masih panas-panas… Hmmm… Sedapnya! Tetapi ada yang kata kulit ayam bahaya dan ia adalah punca berlakunya masalah kesihatan seperti kanser payudara, betul ke?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Kulit ayam bahaya untuk kesihatan?
Pastinya anda pernah mendapat teguran yang mengatakan bahawa chicken skin tidak elok untuk dimakan.
Kononnya ia boleh menjadi punca kanser payudara. Sampaikan ada yang membuangnya setiap kali ingin memakan ayam.
Tetapi adakah ia satu fakta yang sahih atau sekadar kepercayaan tidak tepat?
Hakikatnya bahagian kulit ini tidaklah seburuk yang anda fikirkan. Malahan terdapat beberapa manfaat tentangnya yang baik untuk kesihatan
Haaa…mesti curious ingin mengetahuinya, bukan? Jom teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Manfaat kulit ayam
Sememangnya chicken skin terdiri daripada lemak. Malahan, kebanyakan lemak yang ada di dalam haiwan adalah lebih tepu, iaitu boleh meningkatkan risiko kolesterol dan penyakit jantung jika diambil secara berlebihan.
Walau bagaimanapun, menurut Harvard School of Public Health majoriti lemak yang terdapat pada kulit merupakan lemak tidak tepu yang sihat.
U.S. Department of Agriculture(USDA) National Nutrient Database melaporkan 1 auns (bersamaan lebih kurang 28 gram) kulit mengandungi kira-kira 3 gram lemak tepu bersama 8 gram lemak tidak tepu.
Malahan Harvard School of Public Health memberitahu, memasak ayam dengan kulit akan dapat membantu mengekalkan kelembapan ayam ketika dimasak dan menjadikannya lebih beraroma.
Jadi sekiranya anda tidak mahu ayam anda menjadi kering dan hambar pada rasanya, mungkin anda boleh membiarkan kulit pada ayam yang ingin dimasak.
Tetapi adakah itu sahaja manfaat chicken skin?
1. Tidak menyerap minyak
Ayam goreng biasanya dianggap sebagai makanan yang berminyak kerana ia perlu digoreng di dalam kuali yang dipenuhi minyak, bukan? Ala-ala kaedah deep-fry.
Tetapi sebenarnya bahagian kulit daripada ayam ini bertindak sebagai kerak dan menghalang penyerapan minyak pada daging ayam.
Oleh sebab itu, ayam yang digoreng akan berada dalam keadaan lembap dan sedap untuk dimakan.
2. Tidak perlu menambah banyak garam
Bahagian kulit daripada ayam ini merupakan 1 bahagian yang lazat. Jadi anda tidak perlu menambah terlalu banyak garam pada masakan ayam anda.
Sedikit garam sahaja sudah mampu menjadikan hidangan ayam anda lazat. Keadaan ini sudah tentu baik untuk kesihatan jantung anda.
[embed-health-tool-bmi]
Cara pengambilan kulit ayam terbaik untuk kesihatan
Mungkin selepas ini, anda tidak perlu mengelak untuk memakan ayam bersama kulitnya lagi.
Ini kerana berdasarkan penjelasan di atas, ternyata bahagian kulit ini memberikan manfaat kepada kesihatan serta menambahkan rasa makanan anda.
Walau bagaimanapun, pengambilannya dalam jumlah yang banyak sudah tentu tidak baik untuk kesihatan anda.
Jadi di bawah disenaraikan 4 perkara yang perlu anda buat semasa memakan ayam bersama kulitnya.
1. Tidak makan secara berlebihan
Elakkan daripada memakan chicken skin secara berlebihan. Walaupun ia mempunyai kandungan lemak tidak tepu yang lebih banyak berbanding lemak tepu, namun pengambilan secara berlebihan tetap boleh menambah kandungan kalori dalam badan anda.
Baca juga:
- Cuba Resipi Nuget Ayam Homemade Ini, Lebih Sihat & Bernutrisi Untuk Anak Di Rumah!
- Ibu-Ibu Muda Boleh Cuba 2 Teknik Potong Ayam Ini Di Rumah, Barulah Mak Mentua Kagum
2. Jangan goreng sehingga terlalu kering
Bagaimana yang dikatakan goreng sehingga terlalu kering? Goreng terlalu kering dalam konteks ini adalah seperti ia menjadi kerepek. Keadaan ini pastinya akan menyebabkan ia kehilangan nilai nutrisi dalam kulit sehingga membahayakan kesihatan anda.
3. Elakkan menyalut kulit ayam dengan tepung
Pastinya ramai yang menyukai ayam yang digoreng bersalut tepung, bukan?
Walau bagaimanapun, ia bukanlah 1 pilihan yang tepat dan baik untuk kesihatan anda. Ini kerana penggunaan tepung hanya akan membuat lebih banyak minyak diserap ke dalam kulit.
Keadaan ini sekali gus boleh menyebabkan pertambahan kandungan lemak dan kalori pada bahagian kulit.
4. Pengeringan pada kertas penyerap minyak
Sebaiknya, selepas menggoreng, pastikan anda menggunakan kertas penyerap minyak. Ia adalah untuk membantu menghilangkan lebihan minyak yang terdapat pada kulit.