Kesan ini juga dapat dilihat pada sel-sel kanser lain seperti sel kanser kulit, prostat, serviks, paru-paru dan payudara.
Namun, masih banyak kajian lanjutan diperlukan memandangkan kajian ini masih lagi kurang dijalankan ke atas manusia.
#4. Boleh membantu mengurangkan simptom PMS
Ada kajian yang menunjukkan bahawa saffron mungkin boleh membantu sindrom pra haid (PMS) wanita.
Dalam kalangan wanita berumur 20 hingga 45 tahun, pengambilan 30 miligram saffron setiap hari lebih berkesan berbanding plasebo dalam merawat sindrom PMS seperti sakit kepala, mudah marah dan rasa mengidam.
#5. Membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, antara kebaikan saffron ialah ia boleh membantu mengurangkan pengambilan snek dengan cara menyekat selera makan.
Dalam satu kajian yang telah dijalankan selama lapan minggu, pengambilan suplemen saffron membantu mengurangkan selera makan, indeks jisim tubuh, lilitan pinggang, dan jumlah jisim lemak.
Ada teori yang menyatakan bahawa saffron meningkatkan mood anda, sekali gus mengurangkan keinginan anda untuk mengambil snek.
#6. Boleh bertindak sebagai bahan afrodisiak
Apa itu afrodisiak? Afrodisiak merupakan bahan-bahan yang boleh membantu merangsang keinginan seksual seseorang individu.
Kajian telah menunjukkan bahawa saffron mungkin mempunyai sifat afrodisiak, terutamanya dalam kalangan mereka yang mengambil ubat antidepresan.
Selain itu, analisis enam kajian menunjukkan bahawa pengambilan saffron boleh meningkatkan fungsi ereksi, libido, dan kepuasan keseluruhan secara signifikan.
#7. Kebaikan saffron: Boleh memperbaiki memori pesakit Alzheimer
Antara kebaikan saffron yang kurang diketahui ramai ialah manfaatnya dalam memperbaiki fungsi otak.
Kandungan antioksidan yang terdapat pada saffron berpotensi memperbaiki fungsi kognitif dan memori pesakit yang menghidap Alzheimer.
Bagaimana untuk membuat teh saffron?

Anda kini sudah tahu kebaikan minum air saffron. Tetapi, adakah anda tahu cara untuk menyediakan teh saffron?
Caranya amatlah mudah. Anda hanya perlu merendam helaian saffron ke dalam air panas.
Tuangkan sedikit air panas ke dalam cawan yang mengandungi sekitar lima helai saffron dan rendamkannya selama lima minit.
Dalam masa yang sama, masak secawan air di atas dapur dan masukkan air rendaman saffron tadi ke dalam air mendidih. Didihkan di atas dapur selama lima minit lagi.
Apabila air telah masak, tunggu ia sejuk sedikit dan tambahkan madu atau perahan limau mengikut kesukaan anda.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen