backup og meta

Apa Itu Resipi Sihat?

Apa Itu Resipi Sihat?

Untuk menjaga kesihatan tubuh badan dengan lebih baik, kita mestilah memantau pemakanan harian kita. Ini termasuklah melalui resepi makanan sihat yang perlu diamalkan oleh setiap individu. Apakah yang dimaksudkan dengan resipi atau resepi diet sihat? 

Definisi

Apa maksud resepi makanan sihat?

Berdasarkan definisi yang dikeluarkan oleh Mirriam-Webster Dictionary, sihat bermaksud bermanfaat untuk keadaan fizikal, mental, atau emosi seseorang.

Ia juga membawa makna kondusif atau berkaitan dengan kesihatan yang baik atau mengurangkan risiko penyakit.

Makanan sihat membawa makna sebarang jenis makanan yang memberikan kita vitamin, mineral, protein, serat dan lemak sihat apabila dimakan.

Oleh itu, bagi mendefinisikan resepi makanan sihat, ia boleh dikatakan sebagai resipi yang mengandungi kandungan sayur-sayuran, buah-buahan, daging tanpa lemak, kekacang, produk tenusu rendah lemak dan lemak sihat.

Gabungan jenis-jenis makanan seperti ini yang memberikan kita nutrisi yang amat diperlukan untuk kesihatan tubuh. 

Kandungan Resipi

Apa yang perlu diperhatikan dalam resepi makanan sihat?

Merancang resepi diet sihat tidaklah sesukar yang disangka.

Sekiranya anda mengetahui teknik dan langkah yang betul, ia boleh dijadikan sebagai satu rutin dalam kehidupan seharian anda.

Berikut ialah lima teknik yang perlu ada dalam menyediakan resepi diet sihat.

#1. Kurangkan penggunaan gula, garam dan juga lemak

resepi makanan sihat

Penggunaan gula, garam dan juga lemak berperanan sebagai bahan perasa utama dalam masakan.

Tanpa gula, garam dan juga lemak, masakan pasti menjadi kurang enak atau tawar.

Namun, untuk menyediakan resepi makanan sihat, anda perlu mengurangkan penggunaan ketiga-tiga bahan ini.

Bagaimana untuk melakukannya? Ikut langkah di bawah ini.

  • Gula: Jika sebelum ini anda menggunakan 2 sudu gula dalam secawan air, kurangkan kepada satu sudu sahaja atau ⅓ daripada jumlah tersebut. Anda juga boleh menggunakan alternatif pemanis lain sebagai ganti gula seperti stevia dan perasa vanila. Di negara barat, mereka gemar untuk menambahkan jenis rempah tertentu bagi menaikkan rasa minuman yang diminum. Ini termasuklah kulit kayu manis, bunga cengkih dan juga serbuk buah pala
  • Garam: Bagi hidangan yang memerlukan banyak garam sebagai bahan perasa, anda boleh mengurangkannya kepada separuh daripada jumlah yang biasa digunakan
  • Lemak: Bagi makanan yang menggunakan lemak dalam pembuatannya seperti roti, cuba gunakan separuh sahaja lemak seperti marjerin atau mentega. Anda boleh menggantikan separuh lagi dengan menggunakan bahan pengganti lemak yang berasaskan buah-buahan yang ada dijual di pasar raya 

#2. Gantikan dengan bahan yang lebih sihat

Penggunaan bahan makanan yang lebih sihat bukan sahaja mengurangkan lemak dan kalori, tetapi ia juga meningkatkan jumlah nutrisi dalam resepi makanan sihat anda.

Sebagai contoh, jika anda mengambil roti putih sebelum ini, gantikannya dengan jenis roti pita atau roti gandum penuh.

resepi makanan sihat

Jika anda menggunakan jenis susu penuh krim sebelum ini, gantikannya dengan susu rendah lemak atau susu tanpa lemak.

Begitu juga dengan hidangan yang berasaskan daging, kurangkan penggunaan daging dan tambahkan lebih banyak sayur-sayuran dalam resepi diet sihat. 

#3. Kurangkan sesetengah bahan yang tidak perlu

resepi makanan sihat

Bagi mengurangkan pengambilan kalori, cuba kurangkan pengambilan bahan-bahan seperti toppings, condiments atau perasa dan juga keju.

Bagi bahan seperti toppings, elakkan penambahan bahan seperti ini dalam masakan anda. Antaranya ialah krim putar, frosting dan juga coklat urai.

Bagi bahan perasa atau condiments pula, ia sememangnya mengandungi lebih banyak garam, gula dan juga kalori.

Oleh itu, cuba kurangkan penggunaan condiments seperti sayur dan buah jeruk, sos, mayones dan bahan pencicah lain.

Begitu juga dengan keju, kurangkan kepada separuh penggunaan sahaja setiap kali anda menyediakan resepi makanan sihat. 

#4. Ubah gaya masakan anda

Jika sebelum ini anda biasa menggoreng ikan, cuba tukar kepada teknik memasak yang lebih sihat seperti memanggang, stim atau membakar ikan.

Selain itu, anda juga boleh merebus dan menyalai ikan tersebut.

Kurangkan penggunaan minyak dan lemak yang berlebihan dalam masakan anda untuk mengurangkan pengambilan kalori. 

#5. Kurangkan saiz hidangan

Ada sesetengah makanan yang mungkin mengandungi kandungan gula, garam dan lemak yang tinggi.

Oleh itu, untuk mengurangkan pengambilan bahan-bahan seperti ini, anda boleh mengecilkan saiz hidangan anda.

Gunakan pinggan, sudu atau gelas yang lebih kecil sebagai tip mengurangkan saiz hidangan. 

Pinggan Sihat Malaysia

Amalkan Pinggan Sihat Malaysia

Selain daripada bahan dan kaedah menyediakan resepi diet sihat, anda juga perlu mengetahui kaedah pemakanan yang betul sebagai salah satu teknik pemakanan sihat.

Pinggan Sihat Malaysia merupakan satu panduan pemakanan sihat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia bertujuan mempromosikan kaedah dan resepi makanan sihat kepada rakyat Malaysia untuk diamalkan setiap hari. Ia juga lebih dikenali dengan konsep ‘suku suku separuh’.

Ini kerana, suku pinggan disarankan untuk diambil dengan sumber protein seperti ikan, daging atau ayam.

Suku pinggan yang kedua perlu diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi, roti, dan ubi-ubian.

Manakala baki separuh pinggan dipenuhi dengan sumber buah-buahan dan juga sayur-sayuran sahaja. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/Healthy-eating-what-to-put-on-your-plate

https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/HealthyLiving/healthy-cooking-tips

https://medlineplus.gov/recipes/

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/healthy-recipes/art-20047004

https://www.moh.gov.my/index.php/dl/554756755a584a6961585268626938794d4445334c314a31616e567259573476546b4e45494449774d546376554746755a485668626c39516157356e5a32467558314e7061474630583031686247463563326c6858794e7a645774316333567264584e6c6347467964576866526b6c4f515577756347526d

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

Makanan Seimbang Pencegah Penyakit Kronik? Jom Amalkan Pinggan Sihat Malaysia!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan