backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Manfaat Buah Pala dari Aspek Kesihatan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

Manfaat Buah Pala dari Aspek Kesihatan

Buah pala merupakan antara rempah popular yang menawarkan pelbagai jenis manfaat dan kelebihan dari aspek kesihatan seperti melegakan kesakitan, mengurangkan rasa sakit, menghilangkan insomnia serta memperbaiki fungsi otak. Berikut adalah beberapa manfaat buah pala dari aspek kesihatan yang perlu anda ketahui.

Apa itu buah pala?

Merupakan sejenis rempah yang berasal dari benih pokok pala hijau – Myristica fragrans – ia dikatakan berasal dari Maluku atau Kepulauan Rempah di Indonesia dan turut ditemui di India Selatan. Buah pala mempunyai aroma yang menyenangkan dan memberikan sedikit rasa manis.

Manfaat buah pala

  1. Melegakan kesakitan

Individu yang mempunyai keadaan penyakit kronik seperti kanser, penyakit keradangan dan diabetes kerap menderita disebabkan kesakitan yang berterusan. Menurut Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan, Perpustakaan Perubatan Kebangsaan Amerika Syarikat, minyak pala, yang terhasil daripada benih pala, terbukti sebagai analgesik dan menyembuhkan kesakitan kronik.

  1. Mengurangkan insomnia
  2. Merupakan antara cara untuk memberikan seseorang individu kualiti tidur yang lebih baik dan digunakan secara bertahun-tahun. Mencampurkan sedikit serbuk buah pala ke dalam susu suam dipercayai membantu untuk tidur. Dalam kajian yang tidak terkawal yang dilakukan oleh Naidu et al., ke atas 251 pesakit, dengan menggunakan kapsul herba yang mengandungi serbuk buah pala, selama 4 minggu, mendapati setiap individu yang mengambil bahagian menyedari pengurangan masalah insomnia yang dihadapi sebelum ini.

    1. Membantu pencernaan

    Dikatakan merupakan antara sumber yang berkesan untuk merawat masalah berkaitan pencernaan. Pakar pemakanan menyarankan bahawa serat yang terkandung di dalam rempah ini dapat membantu fungsi pergerakan usus yang tidak teratur. Pengambilan buah pala secara teratur bukan sahaja dapat merangsang pencernaan tetapi ia juga dikatakan dapat merawat masalah usus.

    1. Sumber antioksidan

    Badan memerlukan sejumlah antioksidan, bukan sahaja untuk merawat sel kanser atau radikal bebas tetapi juga untuk mencegah kerengsaan kronik dan kerosakan oksidatif. Pakar pemakanan menyarankan untuk mencampurkan rempah, seperti buah pala, ke dalam apa juga bentuk makanan atau minuman dalam kehidupan seharian anda. Antioksidan apabila digabungkan dengan nutrien lain seperti tembaga, kalium, zat besi – merupakan gabungan yang hebat untuk melawan penyakit kronik seperti asma, Alzheimer dan kemurungan.

    1. Kesihatan mulut

    Masalah kesihatan oral adalah antara penyakit yang tidak disedari kerana ia tidak menyakitkan dan boleh mengakibatkan kanser mulut apabila ia tidak mendapat rawatan sewajarnya. Buah pala boleh membantu merawat pelbagai masalah berkaitan kesihatan mulut seperti kaviti, gusi berdarah, sakit gigi dan sebagainya. Tambahan pula, bakteria pada gigi yang menyebabkan kesakitan gigi dan tidak mendapat rawatan segera boleh menyebabkan kerosakan gigi. Buat pala dikatakan berperanan sebagai sumber antibakteria yang sangat berkuasa. Mencampurkan buah pala ke dalam makanan dikatakan berkesan untuk kesihatan mulut dan dapat melegakan kesakitan gigi.

    1. Merawat jerawat

    Muka berjerawat boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan diri dan berisiko mengakibatkan tekanan teruk yang akhirnya mewujudkan lebih banyak jerawat. Jerawat yang muncul mungkin boleh dihilangkan dengan menggunakan pelbagai jenis ubatan tetapi akhirnya ia pasti meninggalkan parut. Mempunyai peranan sebagai antibakteria, buah pala dikatakan dapat mencegah bakteria penyebab jerawat. Anda boleh meletakkan campuran serbuk pala dengan air ke bahagian yang mempunyai parut jerawat dan ia akan mulai pudar dalam masa beberapa minggu. Dengan menambahnya ke dalam makanan juga dapat membantu melawan jerawat.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    • Tanda-tanda Kemurungan
    • Bolehkah Madu Merawat Asma?
    • Menghidap Asma Ketika Dewasa, Apakah Puncanya?
    • Makanan Punca Jerawat
    • Jerawat Dewasa: Apakah Sebabnya?
    • Penafian

      Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



      Disemak secara perubatan oleh

      Dr. Amy Kor

      Dokter Umum · Hello Health Group


      Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

      ad iconIklan

      Adakah artikel ini bermanfaat?

      ad iconIklan
      ad iconIklan