#1. Membantu mengawal kandungan gula dalam darah

Mungkin ada dalam kalangan kita yang belum tahu bahawa rempah ratus ini sebenarnya mampu membantu mengurangkan impak gula dalam darah anda.
Ia berfungsi dengan merendahkan kadar pencernaan setiap kali selepas makan sekali gus mengurangkan peningkatan gula dalam darah selepas makan.
Dalam pada itu, rempah ratus ini sebenarnya mempunyai potensi untuk membantu individu yang menghidap diabetes jenis 2 dengan memperbaiki kebolehan tindak balas tubuh badan mereka terhadap insulin.
Ini sekali gus akan membuat kandungan gula dalam darah mereka kembali normal.
Menurut kajian yang diterbitkan pada Disember 2003 oleh Diabetes Care, pengambilan rempah ratus ini walaupun hanya sekadar 1 gram setiap hari sebenarnya mampu untuk menurunkan kandungan gula dalam darah, triglycerides, kolesterol jahat (LDL) serta kolesterol secara keseluruhannya.
Selain itu, rempah ratus ini juga sebenarnya bersifat antioksidan yang sangat kuat.
Jika hendak dibandingkan dengan pelbagai lagi rempah ratus yang lain seperti buah pala, halia, liku, pudina, anise dan vanila serta pelbagai lagi bahan pengawet makanan BHA (butylated hydroxyanisole), BHT (butylated hydroxytoluene) dan propyl gallate, antioksidan dalam rempah ini lebih tinggi!
Baca juga:
#2. Kulit kayu manis dapat merangsang fungsi otak
Bukan sahaja dengan mengambilnya sebagai makanan boleh memulihkan kebolehan tubuh badan untuk menngawal glukosa malahan membaunya sahaja sudah boleh membantu merangsang fungsi otak!
Menurut sebuah kajian pada tahun 2004 oleh Dr. P. Zoladz, mengunyah gula-gula getah berperisa kulit kayu manis atau sekadar membaunya sahaja mampu untuk menggalakkan proses kognitif peserta kajian ini.
Menerusi kajian tersebut, didapati bahawa pengambilan rempah ratus ini mampu membantu peserta meningkatkan markah ujian yang dijalankan dari aspek visual, motor dan pelbagai lagi program yang berasaskan komputer.
#3. Baik untuk jantung dan kesihatan kolon

Buat anda yang belum tahu, rempah ratus ini sebenarnya adalah sumber yang sangat kaya dengan serat dan mangan selain juga sangat tinggi kandungan kalsium.
Gabungan antara kalsium dengan serat di dalam rempah ratus ini sangat penting dan boleh membantu dalam pelbagai kondisi kesihatan.
Kedua-dua serat dan kalsium ini sebenarnya dapat menggabungkan garam hempedu dan membantu menyingkirkannya daripada tubuh badan kita.
Dengan membuangnya daripada sistem, ia dapat membantu meminimakan kerosakan terhadap sel kolon sekali gus mengurangkan risiko kanser kolon.
Apabila garam hempedu ini dibuang, tubuh badan perlu menguraikan kolesterol untuk membuat garam hempedu yang baharu.
Proses ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol sekali gus mengelakkan risiko serangan sakit jantung atau atherosclerosis.
#4. Membantu mengurangkan penggumpalan darah
Cinnamaldehye atau turut dikenali sebagai cinnamic aldehyde sudah lama diketahui mempunyai keupayaan untuk menambahbaikkan platelet darah.
Ya, platelet darah mungkin memang akan tergumpal bersama di dalam kondisi kecemasan seperti kecederaan fizikal sebagai satu cara untuk menghentikan pendarahan.
Namun, dalam kondisi yang normal, penggumpalan darah yang terlalu banyak boleh menghalang pengaliran darah ke seluruh tubuh badan kita.
Cinnaldehyde yang terdapat di dalam rempah ratus ini pula akan dapat membantu penggumpalan darah yang terlalu banyak.
Caranya, ia akan menghalang pelepasan asid lemak yang dinamakan asid arachidonic daripada membran platelet serta mengurangkan pembentukan molekul yang dinamakan thromboxane A2.
#5. Kulit kayu manis dapat mengurangkan aktiviti mikrob

Bukan sahaja rempah ratus ini bersikap antiradang, ia juga sebenarnya tergolong di dalam makanan antimikrob.
Menurut kajian, ia mempunyai kebolehan untuk membantut atau membunuh pertumbuhan bakteria seperti fungus ataupun yis yang sangat bermasalah dan berbahaya iaitu Candida.
Dalam satu ujian makmal, pertumbuhan yis yang sangat tahan dengan ubat antikulat yang biasa digunakan iaitu flukonazol, berjaya dihentikan hanya dengan menggunakan ekstraknya.
Tambahan itu, para pengkaji turut menyatakan bahawa rempah ratus ini bukan sahaja boleh berfungsi sebagai bahan pengawet yang efektif malahan juga mampu menambahbaikkan rasa sup lobak merah itu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen