backup og meta

Anda Ada Masalah Obesiti & Sering Sakit Lutut? Hanya 1 Cara Ini Boleh Merawatnya!

Anda Ada Masalah Obesiti & Sering Sakit Lutut? Hanya 1 Cara Ini Boleh Merawatnya!

Masalah ‘lutut longgar’ mungkin kerap terjadi kepada anda yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti kerana ia adalah salah satu punca sakit lutut.

Secara logiknya, anda mungkin boleh mentafsirkan masalah ini adalah disebabkan tekanan daripada jisim tubuh badan yang tinggi terpaksa ditampung oleh anda.

Persoalannya, apa anda boleh buat untuk menyingkirkan punca sakit lutut yang satu ini? Tenang, jom teruskan membaca artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

[embed-health-tool-bmi]

Realiti masalah obesiti di Malaysia

Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015 menyatakan bahawa setiap 1 dalam 2 orang dewasa di negara kita adalah obes.

Jika dilihat dari segi peratus, kajian yang sama telah mendapati bahawa 51% (lebih daripada separuh) masyarakat kita mengalami masalah berat badan berlebihan ini.

Ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang paling gemuk di dalam benua Asia (33% berat badan berlebihan dan 18% obesiti).

Angka yang dilihat akan bertambah ini adalah sangat membimbangkan kerana obesiti diketahui mampu membawa kepada pelbagai jenis komplikasi yang bahaya.

Selain penyakit-penyakit kronik, obesiti juga dipercayai adalah antara punca sakit lutut terjadi!

punca sakit lutut

Obesiti adalah antara punca sakit lutut?

Untuk pengetahuan anda, obesiti boleh jadi punca sakit lutut kerana berat badan yang berlebihan itu sudah pasti akan menyebabkan tekanan pada sendi di lutut.

Ini kemudiannya akan membawa kepada kerosakan sendi lutut dan artritis pramatang jika ia dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

Jika dilihat dari sudut matematik, setiap 1 paun berat badan yang berlebihan akan membawa kepada penambahan 4 paun tekanan pada sendi di lutut anda.

Angka ini bermakna jika individu itu mempunyai berat badan berlebihan sebanyak 100 paun maka tekanan pada sendi di lutut akan bertambah sebanyak 400 paun.

Akibatnya, ia akan jadi punca sakit lutut yang lama-kelamaan akan menyebabkan kemerosotan sendi, tulang dan otot di sekitar kawasan lutut penderita obesiti.

Apa yang anda boleh buat untuk rawat?

Seperti yang anda mungkin sudah boleh teka, tiada jalan mudah lain untuk merawat masalah ini daripada terus berlaku dan berulang selain menurunkan berat badan.

Terdapat banyak manfaat yang boleh anda dapat dengan menurunkan berat badan termasuklah:

#1. Mengurangkan risiko sakit lutut

Sesuai dengan petikan dalam perenggan di atas tadi, setiap 1 paun yang anda berjaya kurangkan akan turut membuat tekanan berkurang sebanyak 4 paun.

Ini bermakna jika penderita obesiti berjaya kurangkan berat badan sebanyak 10 paun, maka tekanan pada sendi lutut juga akan berkurang sebanyak 40 paun.

Dengan ini, anda mungkin akan berjaya mengurangkan risiko masalah artritis pada sendi lutut.

#2. Mengurangkan risiko radang sendi

Masalah artritis diketahui sebagai kondisi yang boleh melarat dan membawa kepada keadaan kesihatan lain seperti keradangan pada sendi-sendi yang telah terjejas lama.

Ditambah pula dengan masalah obesiti yang memberi lebih tekanan pada sendi-sendi anda, maka mengurangkan berat badan adalah pilihan terbaik untuk merawat.

Dengan ini, anda mungkin akan berjaya mengurangkan risiko terkena sakit lutut dan radang sendi.

punca sakit lutut

#3. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya

Selain dapat elak punca sakit lutut, usaha untuk menurunkan berat badan juga tentu sahaja dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya akibat obesiti.

Ini kerana obesiti seringkali dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti sakit sendi, diabetes kanser, penyakit berkaitan organ dan sebagainya.

Oleh itu, sila berusaha untuk menurunkan berat badan untuk mengelak komplikasi lain kelak.

Bagaimana cara rawat sakit lutut dengan senaman?

Sebagai tambahan, punca sakit lutut yang disebabkan oleh obesiti ini mungkin boleh dirawat dengan melakukan lebih banyak aktiviti fizikal yakni senaman.

Antara aktiviti-aktiviti yang disarankan buat anda yang mengalami kedua-dua masalah obesiti dan sakit lutut adalah seperti berikut:

  • Berjalan
  • Berjoging
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Yoga
  • Tai Chi

Di samping dapat membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan, aktiviti di atas ini mampu mengurangkan stres yang juga tidak bagus buat anda.

punca sakit lutut

Prosedur pembedahan adalah jalan yang terakhir?

Sekiranya anda telah mencuba menurunkan berat badan untuk elak punca sakit lutut ini namun masih tidak berjaya, pembedahan adalah jalan yang terakhir.

Terdapat 2 jenis prosedur pembedahan yang mungkin akan dicadangkan buat anda iaitu:

  • Pembedahan buang lemak – Ia dapat membantu anda membuang lemak dan jisim tubuh badan yang tidak perlu untuk mengurangkan tekanan pada sendi di lutut
  • Pembedahan ganti sendi – Ia dapat membantu anda mengganti sendi lutut yang telah rosak dengan menggunakan bahan seperti besi atau plastik yang berkualiti

Namun, sudah pasti tiada siapa yang mahu untuk melakukan jalan terakhir ini, jadi sila berusaha untuk kurangkan berat badan agar tiada lagi masalah sakit lutut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://health.clevelandclinic.org/if-you-lose-weight-you-can-lose-joint-pain-too/
  2. https://medicine.umich.edu/dept/orthopaedic-surgery/patient-care-services/hip-knee-replacement/obesity-anterior-knee-pain
  3. https://www.health.harvard.edu/pain/why-weight-matters-when-it-comes-to-joint-pain
  4. https://www.hopkinsarthritis.org/patient-corner/disease-management/role-of-body-weight-in-osteoarthritis/
  5. https://www.arthritis.org/health-wellness/healthy-living/nutrition/weight-loss/weight-loss-benefits-for-arthritis

Versi Terbaru

06/03/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini 8 Tip Yang Anda Boleh Ikut Jika Mahu Elak Obesiti Dengan Berkesan!

7 Makanan Yang Boleh Jadi Punca Obesiti! Siapa Sangka #5 Termasuk Dalam Senarai?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan