Ramai orang mungkin terfikir dan tertanya jenama popular termasuk buttercup mentega atau marjerin? Dalam pada itu, mana satu lebih sihat untuk dimasak dan dimakan? Apa keburukan marjerin? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Apakah perbezaan antara mentega atau marjerin?
Mentega atau marjerin?
Walaupun nampak serupa, mentega atau marjerin itu tidak sama!
Mentega diperbuat daripada apa?
Mentega adalah salah satu produk tenusu yang dihasilkan daripada krim yang dipukul.
Ia biasa digunakan sebagai bahan untuk menggoreng, sapuan pada roti atau sebahagian daripada bahan-bahan untuk membuat kek, sos dan juga pastri.
Sebahagian besar kandungan mentega terdiri daripada lemak tepu.
Marjerin yang biasa kita gunakan di rumah pula sejenis makanan terproses yang dihasilkan agar mirip dan mempunyai rasa yang sama dengan mentega.
Jika mentega terbuat daripada sumber tenusu, marjerin pula diperbuat daripada sumber tumbuhan iaitu minyak sayuran.
Ia mengandungi lemak tidak tepu yang boleh membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh apabila digunakan.
Jadi, mana yang lebih baik di antara mentega atau marjerin?
Manfaat pemakanan mentega
Mentega mengandungi beberapa jenis nutrien yang mungkin tidak dapat dijumpai dalam makanan lain.
Sebagai contoh, mentega yang dihasilkan daripada susu lembu yang diberi makan rumput, mempunyai kandungan vitamin K2.
Apakah manfaat vitamin K2 ini? Ia dikaitkan dengan fungsinya yang menjadikan kesihatan tulang semakin meningkat.
Nutrien yang terkandung dalam mentega sememangnya bergantung kepada diet atau jenis pemakanan lembu tersebut.
Ada sesetengah lembu yang diberi makan rumput, manakala ada sesetengah yang lain diberi makan dengan makanan yang berasaskan bijirin.
Mentega yang dihasilkan daripada susu lembu yang diberi makan rumput adalah lebih bernutrisi berbanding jenis yang lain.
Selain vitamin K2, ia turut mengandungi beberapa nutrien khusus lain seperti:
- Conjugated Linoleic Acid (CLA): Asid lemak ini mengandungi ciri antikanser selain membantu mengurangkan peratusan lemak dalam tubuh anda
- Butirat: Asid lemak rantaian pendek dalam mentega jenis ini boleh melawan keradangan, memperbaiki kesihatan pencernaan dan membantu mengelakkan pertambahan berat badan
- Omega-3: Mentega jenis ini juga kurang mengandungi omega-6 dan lebih kandungan omega-3. Omega-3 ini amat penting kerana kebanyakan kita telah mengambil terlalu banyak lemak omega-6
Risiko pengambilan
Mentega mengandungi 50% kandungan lemak tepu, manakala bakinya adalah kandungan air dan lemak tidak tepu.
Kajian ada menunjukkan, jika anda kurang mengambil lemak tepu, maka anda akan mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih sedikit.
Kolesterol yang tinggi dalam darah juga dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mendapat penyakit jantung.
Manfaat pemakanan marjerin
Jika manfaat pemakanan mentega bergantung kepada diet lembu tersebut, manfaat daripada marjerin pula bergantung kepada jenis minyak sayuran yang digunakan dan bagaimana marjerin tersebut diproses.
Kebanyakan jenis marjerin tinggi dengan kandungan lemak tidak tepu, dan jumlahnya yang tepat adalah bergantung kepada jenis minyak sayuran yang digunakan.
Sebagai contoh, marjerin yang dibuat daripada minyak kacang soya dianggarkan mengandungi sekitar 20% lemak tidak tepu.
Lemak tidak tepu bukanlah seperti lemak tepu kerana lemak tidak tepu ini adalah sejenis lemak yang sihat.
Ia mempunyai manfaat terhadap kesihatan jantung berbanding lemak tepu.
Risiko untuk anda mengalami penyakit berkaitan jantung juga akan berkurangan sekiranya anda menggantikan penggunaan lemak tepu dengan lemak tidak tepu.
Selain itu, sesetengah marjerin juga diperkaya dengan kandungan phytosterols dan stanols.
Marjerin yang diperkaya dengan phytosterols ini boleh membantu mengurangkan kolesterol jahat, tetapi ia juga mungkin mengurangkan kolesterol baik dalam badan.
Risiko pengambilan
Apa keburukan marjerin?
Walaupun marjerin diketahui mengandungi nutrien yang baik untuk jantung, ia juga mengandungi kandungan lemak trans yang sering dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Ini antara keburukan marjerin.
Memandangkan minyak sayuran tidak bertukar menjadi pepejal pada suhu bilik, saintis makanan menukarkan struktur kimia dalam minyak sayuran agar ia boleh menjadi pepejal dalam suhu bilik.
Proses ini dikenali sebagai hidrogenasi.
Hidrogenasi melibatkan proses pendedahan minyak kepada haba yang tinggi, tekanan yang tinggi, gas hidrogen serta pemangkin logam.
Akibat daripada proses ini, sesetengah lemak tidak tepu yang terdapat dalam minyak sayuran bertukar menjadi lemak tepu.
Hasil daripada proses ini juga telah menyebabkan kemunculan produk sampingan di dalam marjerin iaitu lemak trans. Ini keburukan marjerin.
Jadi, perlu pilih mentega atau marjerin?
Jadi, mentega atau marjerin?
Dari aspek kesihatan jantung, sememangnya marjerin lebih baik berbanding mentega kerana ia mengandungi lemak tidak tepu yang lebih sihat berbanding lemak tepu yang banyak dalam mentega.
Fakta menarik
Semakin beku marjerin tersebut, maka semakin tinggilah lemak trans di dalamnya.
Oleh itu, jika anda ingin mencari jenama marjerin yang baik, pilihlah jenama yang tidak mengandungi lemak trans.
Jika ingin menggunakan mentega, hadkan penggunaannya dalam pemakanan harian anda.
Ini kerana mentega mengandungi kandungan lemak tepu yang agak tinggi dan ia tidak begitu baik untuk jantung anda.
Mentega dan marjerin, kedua-duanya ada pro dan kontra.
[embed-health-tool-bmr]