backup og meta

WOW! Ini 7 Khasiat Kacang Kuda Yang Tak Ramai Orang Tahu!

WOW! Ini 7 Khasiat Kacang Kuda Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Turut popular dengan nama kacang putih atau kacang arab, kacang kuda adalah antara keluarga kekacang yang bukan sahaja sedap, tetapi juga sihat. Tetapi, apa manfaat yang kacang ini boleh bawa? Jom terus baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apa yang ada di dalam kacang kuda?

Cicer arietinum adalah sejenis kekacang yang memiliki bentuk bulat dan warna cerah serta biasa dijadikan sebagai kudapan oleh masyarakat Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

Bukan sahaja dalam bentuk kacang kuda rebus, ia juga biasa dimasak atau disediakan dengan banyak cara seperti bakar, kukus, goreng atau turut boleh dimakan dengan begitu sahaja.

Menurut sorotan kajian, setiap 100 gram kacang ini akan mengandungi nutrien seperti berikut:

  • Air – 11.6 ml
  • Kalori – 330 kcal
  • Karbohidrat – 60.2 g
  • Protein – 23.8 g
  • Serat – 17.4 g
  • Lemak 1.4 g

Dalam pada itu, ia juga memiliki rangkuman jenis vitamin dan mineral yang penting termasuk:

  • Beta karotena – 40 mkg
  • Kalium – 874.3 mg
  • Fosforus – 388 mg
  • Kalsium – 57 mg
  • Natrium – 24 mg
  • Zat besi – 4.7 mg
  • Zat zink – 3.4 mg

Berdasarkan maklumat nutrisi di atas ini, maka mungkin kita akan dapat gambaran awal bahawa kacang ini boleh bawa banyak khasiat terhadap tahap kesihatan tubuh badan.

kacang kuda

Khasiat kacang kuda yang mengagumkan!

Hanya dengan kerap dan banyak ambil kacang putih, anda mungkin akan memperolehi manfaat ini:

#1. Mengawal selera makan individu

Menurut kajian terbitan Nutrition and Metabolism, kacang yang sangat tinggi dengan serat dan protein ini bukan sahaja mampu untuk memenuhi keperluan nutrien, malahan membantu individu mengawal selera makan ketika sedang berdiet.

Maka dengan itu, ia mungkin sangat sesuai buat anda yang ingin cuba untuk menurunkan berat badan!

Khasiat kacang arab #2. Baik untuk tulang

Seperti mana yang kami nyatakan di atas tadi, kita mungkin sudah tahu bahawa ada banyak vitamin dan mineral di dalam kacang ini termasuk fosforus, kalsium selain juga kaya vitamin K.

Vitamin inilah yang akan memainkan peranan penting dalam aspek kesihatan tulang kerana ia mampu meningkatkan penyerapan kalsium sekali gus membuat ia lebih kuat dan tumpat.

Khasiat kacang arab #3. Baik untuk jantung

Penelitian pengkaji dari Seminars in Nephrology menunjukkan bahawa kandungan kalium di dalam kacang ini mungkin mampu menurunkan jumlah kolesterol di dalam darah.

Dipercayai juga bahawa individu yang mengambil sekitar 4,000 mg kalium setiap hari, maka risiko kematian akibat sakit jantung angkara kolesterol tinggi itu 50% akan lebih rendah.

kacang kuda

#4. Menyeimbangkan gula dalam darah

Nutrien kacang kuda mungkin agak tinggi dengan karbohidrat namun juga kaya dengan serat. Ini bermakna ia adalah sangat sesuai buat mereka yang ada penyakit kencing manis.

Ini kerana karbohidrat yang diambil itu mampu diserap oleh serat dengan lebih baik sekali gus menyeimbangkan gula dalam darah – usaha paling penting jika anda ada diabetes.

#5. Mengawal masalah darah anemia

Tanpa zat besi yang cukup, maka tubuh badan anda akan ada masalah untuk menghantar oksigen kepada sel-sel yang memerlukan sekali gus menyebabkan masalah darah anemia.

Anemia akan mengakibatkan simptom seperti tubuh badan mudah penat dan lemah. Maka, anda perlu mengambil zat besi dengan cukup dan kacang putih adalah salah satu sumber.

Khasiat kacang putih #6. Bagus untuk otak

Jika anda sangka kacang arab ini hanya bagus untuk aspek fizikal, anda silap kerana ia juga baik untuk aspek mental kerana ia mungkin mengandungi zat tersembunyi iaitu choline.

Jika anda masih belum tahu, choline itu akan memainkan peranan penting dalam mengawal mood, memori, pembelajaran, pergerakan dan lain-lain. Jadi, ia sangat penting untuk otak.

kacang kuda

#7. Makanan untuk mengurangkan risiko kanser

Akhir sekali, kacang ini turut popular sebagai salah satu daripada makanan untuk elak kanser!

Ini kerana ia turut kaya dengan antioksidan selenium – pakar menyarankan agar individu dewasa mengambil sekitar 55 mikrogram selenium setiap hari untuk menyingkirkan radikal bebas di dalam tubuh badan sekali gus menurunkan risiko kanser.

Konklusinya, kacang dengan banyak nama ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat tidak kira jika ia diambil dengan cara masak kacang kuda rebus, kukus, bakar atau goreng.

Pun begitu, ia mungkin cuma boleh dijadikan sebagai alternatif untuk memperoleh manfaat di atas tadi. Sebaiknya, dapatkan rawatan dan ubatan klinikal untuk sebarang jenis kondisi.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Chickpeas (Garbanzo Beans), https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/chickpeas-garbanzo-beans/, Accessed Apr 26 2022.
  2. Science-Based Health Benefits Of Chickpeas, https://www.organicfacts.net/health-benefits/other/chickpeas.html, Accessed Apr 26 2022.
  3. Garbanzo Beans: Health Benefits, Downsides, & Best Uses of Chickpeas, https://foodrevolution.org/blog/garbanzos-chickpeas/, Accessed Apr 26 2022.
  4. What Are Chickpeas and Are They Healthy?, https://health.clevelandclinic.org/health-benefits-of-chickpeas/, Accessed Apr 26 2022.
  5. Chickpeas – Health Benefits, https://beminehf.fi/?cpt_services=cheese-broccoli, Accessed Apr 26 2022.

Versi Terbaru

26/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Kekal Kurus Tapi Tak Tahu Bagaimana? Makan Kacang Boleh Bantu Usaha Anda!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan