Apa yang dimaksudkan dengan anemia kurang zat besi? Lihat penerangan lanjut di bawah ini.
Apa yang dimaksudkan dengan anemia kurang zat besi? Lihat penerangan lanjut di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Zat besi, sejenis mineral di dalam badan kita, adalah sebahagian daripada hemoglobin, bahan di dalam sel darah merah yang membantu darah untuk membawa oksigen ke seluruh badan.
Hemoglobin tidak boleh dihasilkan jika badan anda kekurangan zat besi, yang mana boleh menyebabkan anemia. Anemia berlaku apabila darah anda tidak mengandungi hemoglobin yang mencukupi. Kekurangan zat besi, kurang vitamin tertentu, dan beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan anemia.
Bagi mana-mana kes sekalipun, anda akan mengalami simptom seperti letih, panas baran, sesak nafas, pengsan akibat jumlah oksigen di dalam aliran darah berkurang.
Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak juga berisiko untuk mengalami anemia kurang zat besi disebabkan kekurangan nutrisi atau kehilangan banyak darah.
Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu mengambil makanan tinggi zat besi untuk mengelakkan kejadian anemia.

Membawa oksigen ke seluruh badan adalah salah satu fungsi utama zat besi. Ia merupakan komponen major dalam hemoglobin yang menghantar oksigen daripada paru-paru ke semua bahagian badan anda. Hati dan otot adalah dua tempat di mana zat besi disimpan.
Zat besi boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan tinggi zat besi dan terdapat di dalam dua bentuk: zat besi heam, dijumpai dalam produk haiwan seperti ikan dan daging, dan zat besi tanpa heam, kebanyakannya boleh dijumpai di dalam sumber tumbuhan seperti kekacang dan sayur-sayuran berdaun hijau.
Badan menyerap zat besi heam lebih mudah berbanding zat besi tanpa heam. Roti, bijirin dan tepung juga boleh mempunyai zat besi.
Anemia kurang zat besi disebabkan tidak mengambil makanan tinggi zat besi. Anemia kurang zat besi boleh dielakkan jika badan anda mengambil makanan yang kaya dengan zat besi.
Berikut merupakan makanan tinggi zat besi:
Zat besi daging lebih mudah diserap berbanding zat besi daripada sumber lain. Jika daging bukan salah satu daripada pilihan anda, anda perlu meningkatkan pengambilan makanan berasaskan tumbuhan yang kaya dengan zat besi bagi membolehkan anda menyerap jumlah zat besi yang sama.

Penyerapan zat besi boleh ditingkatkan dengan mengambil makanan dan jus yang tinggi dengan vitamin C dan pada masa yang sama anda juga mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Vitamin C kebanyakannya boleh didapati dalam:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anemia. https://kidshealth.org/en/parents/anemia.html. Diakses pada Disember 23, 2024.
Anemia. https://anemia.org/. Diakses pada Disember 23, 2024.
Anemia. https://www.hematology.org/education/patients/anemia. Diakses pada Disember 23, 2024.
Anemia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anemia/symptoms-causes/syc-20351360. Diakses pada Disember 23, 2024.
Anemia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/3929-anemia. Diakses pada Disember 23, 2024.
Versi Terbaru
23/12/2024
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor