Ramai yang memperkatakan mengenai manfaat golden garlic. Ada menyebut ia adalah ulas bawang putih yang rare dan memberikan pelbagai khasiat jika memakannya. Adakah benar ia memberikan pelbagai manfaat dan betul-betul berkhasiat? Lihat penerangan kami di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Trend golden garlic di Malaysia
Bawang putih emas atau lebih dikenali sebagai golden garlic kini menjadi tular dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya kaum ibu.
Ia merupakan ulas bawang putih yang mempunyai warna kekuningan dengan tekstur agak lembut berbanding ulas bawang putih yang biasa kita lihat.
Bukan sahaja kerana cara makan bawang putih yang sedap, tetapi juga ia dikatakan mempunyai kebaikan seperti khasiat minyak bawang putih yang luar biasa.
Menurut beberapa laman web berbahasa Melayu, bawang putih jenis ini dikatakan mempunyai khasiat dalam menyihatkan jantung.
Ini kerana sifat antioksidan yang terkandung di dalamnya berperanan dalam mencegah penyakit kardiovaskular.
Selain itu, ulas bawang putih ini juga dikatakan dapat membantu dalam mengurangkan kolesterol dalam badan.
Selain daripada kegunaannya dalam masakan, ada juga yang memilih untuk memakannya secara mentah bagi mendapatkan manfaat kesihatan sepenuhnya.
Boleh dikatakan ramai yang menyebutnya sebagai ulas bawang rare dan agak sukar untuk didapati, justeru ia kadangkala dijual dengan agak mahal.
Adakah manfaat golden garlic ini benar?
Sebenarnya, jika kita meneliti istilah golden garlic ini, ia boleh merujuk kepada dua jenis bawang putih yang ada di pasaran.
Pertama, ulas bawang putih berwarna kuning dengan tekstur yang lembik seperti yang tular di media sosial.
Kedua, bawang putih yang telah difermentasi dan mempunyai warna kehitaman.
Untuk makluman anda, bawang putih kehitaman mengandungi mineral seperti:
- kalium
- zat besi
- magnesium
- kalsium
Kandungan seperti inilah yang membuatkan bawang putih hitam mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh.
Dengan kandungannya itu, bawang putih hitam dipercayai dapat mencegah kanser, menjaga kesihatan jantung, memelihara kesihatan otak dan pelbagai khasiat lain.
Bawang putih kuning juga mempunyai khasiat yang lebih kurang sama dengan bawang putih hitam.
Walau bagaimanapun, rasanya mungkin tidak seenak bawang putih hitam jika dimakan begitu sahaja.
Ini kerana bawang putih hitam mempunyai rasa yang lebih manis berbanding bawang putih kuning ini.
Mengapa ia berwarna kuning dan agak lembik?
Pernahkah anda terfikir bagaimana satu ulas bawang putih mempunyai warna dan tekstur berbeza berbanding ulas bawang yang lain? Ini jawapannya.
Dalam bahasa Inggeris, keadaan ini dikenali sebagai waxy breakdown garlic.
Ini kerana pembentukannya disebabkan oleh perubahan fisiologi bawang putih.
Mengikut satu artikel daripada Oregon State University Plant Clinic, bawang putih boleh mengalami keadaan waxy breakdown ini disebabkan oleh suhu yang tinggi dan kekurangan oksigen semasa pokok bawang putih membesar.
Hal ini kerap berlaku sewaktu musim panas dengan perubahan suhu yang ekstrem.
Oleh itu, tidak hairanlah petani bawang putih mendapati hampir kesemua hasil tanaman mereka menjadi lembik dan melekit semasa musim panas.
Memandangkan perubahan fizikal ini berlaku dari dalam disebabkan oleh keadaan pertumbuhan, fermentasi pada bawang putih berlaku secara semula jadi tanpa bantuan mikroorganisma dari luar.
Ini menjadikan golden garlic masih selamat untuk dimakan dan boleh digunakan dalam masakan atau dimakan secara langsung.
Bolehkah golden garlic bawang putih ini disimpan lama?
Ramai yang bertanya, berapa lamakah golden garlic boleh disimpan dan selamat untuk dimakan?
Seeloknya, jangan simpan bawang putih jenis ini terlalu lama selepas anda meletakkannya di dapur.
Dikhuatiri keburukan bawang putih ini akan menyebabkan kontaminasi atau pencemaran silang dan menjadi berkulat dan tidak lagi sesuai untuk dimakan.
Jadi, adakah anda masih boleh menyimpan dan memakan bawang putih yang telah tersimpan lama?
Jika ia sudah berair atau berbau busuk, adalah lebih baik untuk tidak memakannya atau menjadikan ia bahan dalam masakan.
Kesimpulan
Walaupun bawang putih emas ini sedang viral di media sosial, penting untuk kita sentiasa berhati-hati dengan apa yang hendak dimakan.
Pastikan anda memilih bawang putih yang berkualiti baik.
Kesegaran dan kualiti bahan makanan perlu sentiasa menjadi kunci utama dalam penyediaan makanan yang sihat dan selamat.
[embed-health-tool-bmr]