backup og meta

5 Trik Mudah Ini Akan Buat Barang Dapur Basah Tahan Lebih Lama!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/10/2022

    5 Trik Mudah Ini Akan Buat Barang Dapur Basah Tahan Lebih Lama!

    Sekiranya anda sekeluarga gemar masak dan makan di rumah, maka stok bahan perlu sentiasa ada di dalam peti ais atau dapur. Tetapi, apa senarai barang dapur basah yang wajib kena ada dan bagaimana untuk buat ia tahan lebih lama? Jom baca artikel!

    Berapa kerap kena top up stok bahan?

    Sebenarnya, berapa kerap ketua isi rumah perlu pergi ke pasar untuk membeli-belah stok bahan? Ramai individu yang mungkin kata sebulan sekali, seminggu sekali bahkan sehari sekali turut ada.

    Untuk pengetahuan anda semua, ia amat bergantung kepada individu dan keluarga itu sendiri. Pun begitu, kekerapan yang paling ideal untuk tujuan di atas adalah sekali dalam masa sebulan.

    Ini kerana anda bukan sahaja bakal dapat menjimatkan masa dan tenaga malahan juga duit ekoran pembelian secara pukal sudah tentu lebih mudah dan jimat. Cuma, ia mungkin ada masalah.

    Masalah tersebut adalah barang dapur basah yang telah anda beli secara pukal mungkin terpaksa disimpan dalam tempoh lebih lama sekali gus mengakibatkan ia lebih cepat rosak atau tamat tarikh luput produk. Jadi, anda juga kena ambil perhatian aspek ini!

    barang dapur basah

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Senarai barang dapur basah yang wajib ada!

    Sebelum memikirkan berapa lama ia mampu tahan, anda juga kena tahu apa yang wajib dibeli dan ditambah ke dalam senarai barang dapur basah. Ia terbahagi kepada dua kategori termasuk:

    Barang dapur yang boleh tahan lama

  • Gas masak
  • Minyak masak
  • Beras
  • Garam
  • Gula
  • Tepung
  • Rempah – cili, tomato, bawang, lada dan lain-lain
  • Mi
  • Bihun
  • Telur
  • Teh
  • Kopi
  • Kicap
  • Sos
  • Mayones
  • Mentega
  • Susu pekat
  • Sup bunjut
  • Biskut kering
  • Barang dapur yang tidak tahan lama

    • Daging sumber darat – ayam, lembu, kambing dan lain-lain
    • Daging sumber laut – ikan, udang, sotong dan lain-lain
    • Roti putih
    • Sayur-sayuran
    • Buah-buahan
    • Produk sejuk beku

    Diingatkan, senarai di atas ini hanya sekadar contoh stok bahan yang wajib ada di dapur anda jika gemar makan di rumah. Sedikit penambahan, pengurangan dan pengubahsuaian juga penting.

    Mungkin bagi barang dapur yang boleh tahan lama, tiada masalah untuk anda beli sebulan sekali. Namun buat barang dapur yang tidak tahan lama, sehari atau seminggu sekali sudah memadai.

    barang dapur basah

    Trik untuk buat ia tahan lebih lama lagi!

    Bagi kategori barang dapur basah yang boleh tahan lama, anda mungkin tidak perlu risau kerana jangka hayatnya lebih panjang dan boleh disimpan serta digunakan walaupun sudah agak lama.

    Buat kategori barang dapur basah yang tidak tahan lama, beberapa trik berikut boleh membantu:

    #1. Kaji label pada produk

    Pertama, anda perlu kaji label produk seperti roti dan biskut dan lain-lain kerana ia adalah perkara paling penting. Dengannya, anda mampu untuk rancang waktu bila boleh ambil atau kena buang.

    #2. Asingkan lauk dengan sayur dan buah

    Untuk pengetahuan anda semua, lauk-pauk tidak kira daging sumber darat atau laut dengan sayur dan buah tidak boleh disimpan di dalam satu bekas yang sama. Jadi, ia harus diasingkan.

    Ini kerana kaedah penyimpanan untuk kedua-duanya adalah tidak sama. Apabila anda terlupa dan menyimpan ia bersama, maka salah satu daripada stok bahan ini akan jadi lebih cepat rosak.

    #3. Simpan sayur dan buah dalam bekas kering

    Sebenarnya, aneka jenis sayur-sayuran serta buah-buahan masih boleh disimpan selama seminggu atau lebih. Syaratnya, anda perlu simpan ia di dalam bekas serba kering tanpa ada sedikitpun air.

    Kehadiran cecair sama ada di dalam bekas ataupun daripada sayur dan buah itu sendiri boleh jadi punca ia rosak lebih cepat. Jadi, simpan ia bersama tisu agar ia mampu serap air yang ada.

    barang dapur basah

    #4. Simpan barang basah dalam bekas bertutup

    Inginkan barang basah seperti daging dan ayam mentah tahan lama dan lebih segar? Caranya adalah simpan dalam bekas yang bertutup. Sebelum anda memasukkan daging-daging ini ke dalam peti ais, cuci dahulu sehingga bersih.

    Sekiranya anda mahu daging tersebut tahan lebih lama, perap dengan garam dan kunyit jika anda bercadang ingin menggorengnya. Namun, jika tidak, anda boleh perap dengan garam ataupun lada hitam sahaja. Hasilnya, daging-daging itu masih segar semasa anda ingin memasak.

    #5. Beli produk tinggi kualiti

    Akhir sekali, barang dapur basah yang anda beli itu wajar tinggi kualiti dan masih di dalam tempoh segarnya. Berbalik pada trik pertama tadi, pertimbangkan dua perkara penting ini terlebih dahulu.

    Dalam pada itu, turut waspada juga dengan kondisi dan suhu peti sejuk di rumah anda. Jika anda perasan ia sudah mula rosak dan kurang kualiti, sila selenggara dengan kadar segera ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan