Cara simpan bawang agar tahan lama

Selain daripada bawang kisar, anda juga perlu mengetahui teknik untuk menyimpan bawang yang betul.
Jika anda membeli bawang dengan kuantiti yang agak banyak, anda mungkin perlu menyimpannya dengan baik agar tidak mudah rosak.
Antara kaedah menyimpan bawang yang boleh anda cuba ialah:
#1. Bawang belum dikupas
- Elakkan menyimpan bawang jenis ini dalam peti sejuk
- Bawang yang belum dikupas lebih tahan lama jika disimpan di tempat yang kering dan terbuka
- Elakkan menyimpan bawang di kawasan yang gelap, lembap atau tiada aliran udara
- Elakkan juga menyimpan bawang dalam bekas kedap udara. Bakul yang berlubang adalah tempat menyimpan bawang terbaik
- Jangan simpan bawang bersama-sama sayuran lain kerana ia hanya akan membuatkan kedua-dua sayur dan bawang cepat rosak
#2. Bawang yang sudah dikupas
- Sebelum menyimpan bawang yang telah dikupas, elakkan membasuhnya dengan air kerana air akan merosakkan bawang dengan cepat
- Sebolehnya, simpan dalam bekas bertutup sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Ini untuk mengelakkan bawang cepat kering dan peti sejuk berbau bawang
- Elakkan menyimpan bawang dalam satu bekas bersama bahan lain seperti buah atau sayuran
- Anda juga boleh meletakkan tisu dalam bekas bawang bagi menyerap lembapan atau wap air yang mungkin ada dalam bekas nanti. Pastikan anda kerap menukar tisu tersebut terutamanya apabila ia sudah basah
Kesimpulan
Untuk membuat bawang blend yang tahan lama tidaklah sukar. Anda hanya perlu tahu teknik yang betul seperti yang kami kongsikan di atas ini.
Tapi elakkan juga menyimpan bawang blend terlalu lama kerana ia mungkin sudah terlalu berair, berubah rasa dan mempunyai tekstur yang kurang menarik.
Cuba buat stok bawang blend hanya untuk kegunaan satu atau dua minggu sahaja. Apabila sudah habis, anda boleh membuat stok baharu yang lebih segar.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen