#3. Guna krim retinoid

Sesetengah penyelidik mengesyorkan penggunaan krim retinoid topikal untuk menghilangkan biji kolesterol di muka.
Krim retinoid mengandungi vitamin A dan vitamin ini penting untuk kesihatan kulit anda.
Gunakan mana-mana produk yang mengandungi retinoid atau retinol hanya sekali dalam sehari.
Pakai apabila muka telah dicuci bersih dan kering.
Sewaktu menggunakan krim retinoid atau retinol, adalah penting untuk menggunakan krim pelindung matahari setiap hari.
Ini kerana, retinoid atau retinol boleh menjadikan wajah anda lebih terdedah kepada kerosakan kulit yang disebabkan oleh pendedahan matahari.
#4. Wapkan kulit muka anda
Selepas anda mencuci wajah dengan bersih, anda boleh cuba mewapkan kulit bagi membuka liang-liang untuk menyingkirkan bahan perengsa kulit.
Apa yang boleh anda lakukan ialah:
- Duduk dalam bilik mandi dan buka air pancuran dengan suhu panas. Bilik mandi anda akan dipenuhi dengan wap panas.
- Duduk dalam bilik mandi tersebut selama 5 hingga 10 minit. Wap panas akan membuka liang kulit dan menyingkirkan kulit mati serta bahan perengsa yang terperangkap pada bawah kulit.
- Setelah itu, tutup air pancuran dan duduk dalam beberapa minit lagi dalam bilik mandi anda. Kemudian, lap kering kulit anda dan bilas dengan air suam.
#5. Gunakan krim pelindung matahari yang ringan
Anda perlu memakai krim pelindung matahari setiap hari untuk melindungi kulit muka daripada sinaran ultraungu matahari.
Antara manfaat tambahan pelindung matahari yang betul adalah boleh mengurangkan kerengsaan kulit yang menyebabkan biji kolesterol.
Cari krim pelindung matahari yang direka khusus untuk digunakan pada muka.

Pastikan SPF krim adalah 30 atau lebih tinggi. Jika kulit anda sangat sensitif kepada matahari, pertimbangkan untuk menggunakan produk dengan SPF 100.
Krim pelindung matahari yang paling mesra kulit mempunyai minyak mineral sebagai asasnya berbanding minyak lain yang boleh menyumbat kulit.
Baca bahan krim pelindung matahari dengan teliti sebelum digunakan untuk memastikan ia tidak mengandungi apa-apa bahan yang anda alah atau sensitif.
Kesimpulan
Cuba buat 5 cara hilangkan biji kolesterol di muka ini agar bintik dan benjolan kecil pada wajah anda hilang.
Ini sekali gus membuatkan kulit lebih cantik dan licin.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen