backup og meta

Semua Makanan Mekdi Tak Sihat? Anda Silap! Ada 6 Menu Yang Rendah Kalori

Semua Makanan Mekdi Tak Sihat? Anda Silap! Ada 6 Menu Yang Rendah Kalori

Apabila bercakap mengenai menu sihat, pasti kita tidak tergambarkan makanan daripada restoran makanan segera seperti McDonald’s, betul? Tetapi berdasarkan pengiraan kalori McD, terdapat hidangan yang seimbang.

Tak percaya? Teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Betul ke makanan di McDonald’s menyihatkan?

Amnya ia bergantung kepada apa yang dimaksudkan dengan sihat. Ini kerana makna kesihatan itu sendiri adalah berbeza bergantung kepada keperluan individu. 

Berita baiknya di laman web McDonald’s atau menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun di gajet, membolehkan anda melihat dan menyesuaikan maklumat pemakanan.

Keadaan ini sekali gus memudahkan kerja anda untuk mencari hidangan berkalori rendah di sana.

Apabila ingin mengimbangi pilihan menu sihat dan hidangan makanan segera, kuncinya adalah untuk mengekalkan kiraan kalori McD dan lemak yang rendah, serta bilangan protein tinggi. 

Selain itu, anda juga harus mengekalkan paras natrium atau garam serendah yang mungkin terutamanya jika sedang menjalani diet menyihatkan jantung.

Dengan maklumat pemakanan yang betul, sesiapa sahaja boleh membuat pilihan lebih baik dan sihat di mana sahaja, termasuklah di McD.

Pilihan menu sihat rendah kalori McD

Mana-mana makanan adalah baik jika diambil secara sederhana termasuklah beberapa pilihan hidangan di bawah ini:

Filet-O-Fish

kalori mcd

Jangan terkejut kerana di McDonald’s terdapat burger ikan yang rendah kalori. Sama ada anda percaya atau tidak, menu ini diperbuat daripada ikan asli.

Burger ini mengandungi kepingan isi ikan, roti bun, sos tartar dan separuh keju cheddar. Semuanya membawa kepada 341 kalori, 13.1 gram lemak, 40.2 gram karbohidrat, 15 gram protein dan 4.6 gram gula. 

Sememangnya sos tartar dan ikan adalah padanan yang sesuai, tetapi jika anda ingin menjadikan hidangan ini lebih sihat, pilihlah tanpa sos.

4 ketul Chicken McNuggets, antara hidangan rendah kalori McD

Ye betul, ia menu kanak-kanak – Happy Meals – adalah pilihan yang bagus dan sihat untuk individu dewasa juga! 

Tidak dinafikan McNuggets ini dilapisi tepung roti dan digoreng – antara unsur-unsur yang dikaitkan dengan makanan tidak sihat.

Secara sederhana, nuget ayam dianggap menu sihat kerana mempunyai beberapa nilai pemakanan yang baik.

kalori mcd

Dari aspek maklumat pemakanan, pesanan 4 ketul nuget ini mempunyai 171 kalori dan 8.9 gram protein, menjadikan ia pilihan hidangan ringan padat. 

Sudah tentu ia juga mengandungi 10.3 gram lemak dan 10.9 gram karbohidrat.

Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, kebanyakan makanan adalah elok diambil secara sederhana, begitu juga dengan nuget ayam ini. 

Namun, awas! Elakkan daripada mencicahnya dengan sos secara berlebihan kerana tidak dinafikan sos McDonald’s amat menggoda.

Hidangan rendah kalori McD #Beefburger

Jika sesekali terasa mengidam burger, Beefburger pilihan terbaik anda!

Dengan 13.1 gram protein dan hanya 249 kalori, burger ini boleh memuaskan keinginan anda tanpa menjejaskan bajet kalori untuk hari itu. 

Hidangan ini juga mempunyai kandungan 8 gram lemak dan 31.5 gram karbohidrat.

Baca juga:

Hash browns

Sekeping hash browns lazimnya tidak dianggap sebagai hidangan penuh. Tetapi makanan lazat ini kebetulan menjadi salah satu pilihan menu sihat di McDonald’s.

Hanya terdapat 156 kalori bagi setiap keping hash browns, selain mengandungi 9.9 gram lemak, 15.6 gram karbohidrat dan 1.2 gram protein.

Walaupun item ini lebih kepada merupakan menu sampingan sarapan pagi daripada hidangan penuh, tetapi ia membekalkan nilai nutrisi.

Dan apabila ia dimasak sempurna – ranggup di luar dan gebu di dalam – sudah tentu menjadikannya pilihan hebat untuk dinikmati.

Corn cup

Sekali lagi, ia bukanlah hidangan penuh dan lebih kepada snek sampingan. 

Namun tidak boleh dinafikan corn cup bersaiz kecil ini adalah antara pilihan sihat yang menawarkan 52 kalori, 8.4 gram karbohidrat, 3 gram protein, 3.7 gram gula dan hanya 0.7 gram lemak.

McChicken, pilihan makanan rendah kalori McD

McChicken boleh dianggap sebagai antara hidangan klasik yang bernilai bagi setiap sen.

kalori mcd

Ia terdiri daripada kepingan patty ayam yang dilapisi roti bun, daun salad yang dicincang dan mayones. Tetapi jika anda ingin menjadikan ia hidangan lebih sihat, boleh sahaja meminta tanpa mayones. 

Burger ini adalah pilihan yang baik kerana ia rendah kalori, dengan hanya 418 kalori – bersama mayones.

Walaupun ia menawarkan 14 gram protein, tetapi penting untuk anda ketahui McChicken juga mengandungi 17.1 gram lemak, 47.2 gram karbohidrat dan 5.7 gram gula.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi gaya hidup sihat, dan walaupun McChicken bukanlah pilihan terbaik, namun ia masih rendah kalori dan tinggi protein.

Ringkasnya… 

Restoran makanan segera mungkin tidak terkenal dengan pilihan menu sihat, tetapi pastinya ada sesuatu yang boleh anda pesan jika ingin menukar diet sekali-sekala.

Anda boleh menemui pelbagai pilihan rendah kalori yang tersedia di francais makanan segera, ini tidak terkecuali di McDonald’s.

Penting untuk diingatkan, setiap pengiraan kalori di atas adalah tanpa minuman, okay?

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Khogilavaanni Pathmanathan, Daisy Mui Hung Kee, Sivanesswaren A/L T. Pandiyan Pandiyan, Jeyvendranathan Yuganathan, Pria Nanthini A/P Sivakumaran and Yousef Talal Alrashed. Health Threats by McDonald’s (2019). https://www.researchgate.net/publication/336849703_Health_Threats_by_McDonald’s, Accessed on Jan 24, 2022
  2. Is there such a thing as healthy fast food? https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/healthier-fast-food.htm#, Accessed on Jan 24, 2022
  3. Fast food: Tips for choosing healthier options. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/fast-food/art-20047179, Accessed on Jan 24, 2022
  4. Here’s How Fast Food Can Affect Your Body. https://health.clevelandclinic.org/heres-how-fast-food-can-affect-your-body/, Accessed on Jan 24, 2022
  5. Are There Healthy Fast-Food Options? https://kidshealth.org/en/teens/healthier-ff.html, Accessed on Jan 24, 2022 
  6. Making Healthy Choices at Fast Food Restaurants. https://familydoctor.org/making-healthy-choices-fast-food-restaurants/, Accessed on Jan 24, 2022 

 

Versi Terbaru

03/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Terlebih Gula Punca Hiperaktif, Mitos @ Fakta? Ini Kebenarannya…

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan