backup og meta

Nak Jantung Lebih Sihat Dan Kulit Glowing? Makan Sebiji Epal Sehari Sudah Cukup!

Nak Jantung Lebih Sihat Dan Kulit Glowing? Makan Sebiji Epal Sehari Sudah Cukup!

Epal merah merupakan makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja mudah didapati, malah harganya yang murah juga membuatkan buah epal warna merah amat popular di dalam kalangan penggemar buah. Tetapi, tahukah anda berapa banyak kalori epal merah?

Untuk pengetahuan anda, sebiji epal warna merah mengandungi 95 kalori. Oleh sebab itu, makan sebiji dua epal tidak akan menjadi masalah untuk mereka yang menghidap diabetes jenis 1 atau jenis 2.

Bukan itu sahaja, makan epal warna merah merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan jantung anda. Menurut kajian, makan sebiji epal sehari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sebenarnya, ada banyak lagi kebaikan epal warna merah yang anda mungkin tidak tahu. Tetapi, sebelum kita bercakap lebih lanjut mengenainya, mari baca mengenai mitos yang paling popular mengenai epal di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Epal merah VS epal hijau, mana lebih baik?

kalori epal merah

Persoalan di atas sudah lama menjadi perdebatan umum. Mana yang lebih berkhasiat, epal merah atau epal hijau?

Sebenarnya, perbezaan utama di antara kedua-dua jenis epal ini ialah rasanya yang sedikit berbeza. Jika anda suka makan epal yang manis dan berjus, maka epal merahlah yang paling sesuai untuk anda.

Tetapi, jika anda sukakan epal yang sedikit masam dengan kulit yang tebal, pilihlah epal hijau yang lebih rangup.

Walaupun begitu, bagaimana pula dengan kandungan nutrisi epal warna merah dan epal hijau? 

Sebenarnya, kedua-dua epal ini tidak mempunyai sebarang perbezaan yang ketara dari segi nutrisinya.

Jika anda sedang menjaga kadar gula dalam darah, pilihlah epal hijau yang mempunyai jumlah gula yang kurang. 

Ia juga mempunyai serat yang lebih banyak dan jumlah karbohidrat yang lebih sedikit berbanding epal warna merah.

Epal merah pula mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi. Oleh sebab itu, epal merah merupakan makanan yang amat baik untuk mencegah kanser.

Kebaikan makan epal merah

kalori epal merah

Epal merah merupakan makanan yang amat versatil. Jika anda bosan mengambilnya secara mentah, epal merah boleh dibuat jus atau dimakan bersama salad.

Tidak kiralah apa pun cara anda makan buah epal, manfaat yang terkandung di dalamnya tidak berubah. Antara kebaikan makan epal merah yang anda perlu tahu ialah:

1. Baik untuk jantung anda

Salah satu cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan jantung adalah dengan mengamalkan pengambilan buah epal setiap hari.

Menurut kajian, epal boleh merendahkan tahap kolesterol jahat (LDL) di dalam darah. Secara tidak langsung, pengambilan epal boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan strok.

Selain itu, menurut sebuah lagi kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Stroke pada tahun 2013, setiap 7 gram serat yang diambil boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 7%.

Sebiji epal mengandungi 5 gram serat. Oleh sebab itu, anda boleh mengamalkan pengambilan 2 biji epal sehari sebagai salah satu cara untuk mengurangkan risiko sakit jantung atau strok.

2. Epal bagus untuk kulit

Epal warna merah mengandungi banyak vitamin C yang membantu badan menghasilkan kolagen, sejenis protein yang penting untuk kesihatan kulit.

Kolagen dapat membantu mengekalkan lapisan kulit yang kalis air. Lapisan ini akan membuatkan kulit anda nampak lebih cantik dan sihat. Vitamin C juga penting untuk mengekalkan kekuatan kuku dan rambut.

3. Boleh menguatkan otak

Menurut kajian, mereka yang kerap makan epal kurang berisiko untuk mengalami penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson.

Jika anda suka makan epal warna merah, jangan buang kulitnya! Sejenis antioksidan yang terdapat pada kulit epal iaitu quercetin boleh mengurangkan tekanan oksidatif dengan cara menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel otak.

Kesimpulan

kalori epal merah

Tidak dinafikan lagi, epal warna merah mempunyai pelbagai manfaat dari segi kesihatan. Ia bukan sahaja baik untuk jantung anda, epal warna merah juga bagus untuk kulit dan boleh menguatkan ingatan.

Jika boleh, makanlah buah epal sehari sekali. Ia boleh menjadi cara yang terbaik untuk anda kekal sihat, langsing dan menjaga kesihatan jantung. 

Kalau boleh, makan epal sekali dengan kulitnya! Kulit epal mengandungi 1001 kebaikan yang boleh memberi manfaat terhadap kesihatan. Jika anda jemu makan epal mentah, cubalah buat jus!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Heart Association. n.d. Fruits and Vegetables Serving Sizes Infographic. Accessed February 25, 2021. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/add-color/fruits-and-vegetables-serving-sizes.
  2. Koutsos, A., K.M. Tuohy, and J.A. Lovegrove. 2015. “Apples and cardiovascular health–is the gut microbiota a core consideration?” Nutrients 3959-3998.
  3. Mayo Clinic. 2021. Dietary fiber: Essential for a healthy diet. January 6. Accessed February 25, 2021. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/fiber/art-20043983.
  4. FoodData Central. 2020. Apple, raw. October 30. Accessed February 25, 2021. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/1102644/nutrients.
  5. Benefits of red apple. .https://healthbenefitsof.org/11-benefits-of-red-apple/ April 4. Accessed February 25, 2021. 

Versi Terbaru

13/06/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

10 Manfaat Makan Buah Anggur, Salah Satunya Mencegah Pertumbuhan Kanser & Banyak Lagi!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan