backup og meta

Alzheimer VS Demensia, Penyakit Mana Yang Digelar Nyanyuk? Ini Perbezaannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 01/09/2023

    Alzheimer VS Demensia, Penyakit Mana Yang Digelar Nyanyuk? Ini Perbezaannya!

    Tahukah anda apa itu kesan penyakit Alzheimer dan demensia, serta beza di antara dua penyakit tersebut?

    Untuk pengetahuan anda, kedua-dua penyakit yang biasa dipanggil nyanyuk ini sebenarnya amat berbeza antara satu sama lain.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otak dan Saraf, anda boleh klik di sini.

    Apa maksud kondisi Alzheimer dan demensia?

    Demensia dan Alzheimer merupakan dua jenis penyakit yang sangat berbeza.

    Individu yang menghidap demensia mempunyai masalah berkaitan dengan memori. Mereka juga sukar untuk berfikir dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah.

    Demensia merupakan penyakit yang boleh mengganggu kehidupan seharian penghidapnya.

    Individu yang menghidap demensia tidak lagi dapat menjaga dirinya sendiri dan perlukan pertolongan daripada orang lain.

    Alzheimer pula ialah salah satu jenis demensia yang mempengaruhi memori, keupayaan seseorang untuk berfikir dan juga tingkah laku seseorang.

    Alzheimer itu sendiri merupakan salah satu punca demensia. 60 hingga 80 peratus kes demensia adalah berpunca daripada Alzheimer.

    Ramai yang anggap kesan penyakit Alzheimer merupakan satu perkara yang normal dan sebahagian daripada proses penuaan.

    Sebenarnya, kenyataan tersebut adalah tidak benar! Kesan penyakit Alzheimer bukanlah sesuatu yang normal ataupun semula jadi.

    kesan penyakit alzheimer

    Malah, ia merupakan satu penyakit yang amat serius. Selalunya, pesakit yang didiagnosis dengan demensia akan meninggal dunia dalam masa 3 tahun.

    Demensia bukan nama penyakit

    Ramai yang anggap demensia merupakan sejenis penyakit. Tetapi, penyakit yang ramai orang panggil sebagai nyanyuk ini sebenarnya merupakan gabungan beberapa jenis penyakit yang berbeza.

    Demensia hanyalah satu terma yang digunakan untuk menjelaskan penyakit yang berkenaan dengan kehilangan memori dan juga masalah pemikiran seseorang secara menyeluruh.

    Ada banyak lagi cabang penyakit lain di bawah demensia. Antara jenis demensia ialah:

    1. Penyakit Alzheimer
    2. Lewy body dementia
    3. Vascular dementia
    4. Frontotemporal dementia
    5. Lain-lain; Parkinson, Huntington

    Simptom penyakit Alzheimer dan demensia boleh menyerupai satu sama lain. Sebagai contoh, kedua-dua keadaan boleh mengakibatkan:

    1. Penurunan dalam fungsi berfikir
    2. Masalah untuk mengingat
    3. Sukar untuk berkomunikasi

    Namun, simptom Alzheimer yang lain ialah:

    1. Sukar untuk mengingat kejadian yang baru berlaku.
    2. Tidak ada sebarang minat dalam hidup dan tidak mahu berinteraksi dengan orang lain.

    Lama-kelamaan, individu yang menghidap penyakit Alzheimer akan mengalami simptom hilang ingatan yang lebih teruk. Mereka akan mula berjalan-jalan tanpa sebarang destinasi untuk dituju dan kemudiannya sesat.

    kesan penyakit alzheimer

    Pesakit Alzheimer juga sukar untuk mengira duit dan melakukan ativiti seharian yang memerlukan transaksi wang seperti bayar bil ataupun membeli barang.

    Pada masa inilah ahli keluarga akan mula mengesyaki mereka sedang mengalami Alzheimer.

    Lama-kelamaan, plak yang terbentuk di dalam otak disebabkan oleh penyakit Alzheimer akan mula merebak ke seluruh bahagian otak.

    Mereka akhirnya tidak boleh berkomunikasi dan terpaksa bergantung kepada orang lain sepenuhnya untuk menjaga mereka.

    Pada akhir hayat mereka hanya akan terbaring sehinggalah fungsi badan mati secara perlahan-lahan.

    Bagaimana kesan penyakit Alzheimer kepada otak?

    Saintis masih lagi menyiasat tentang perubahan pada bahagian otak pesakit Alzheimer.

    Saintis percaya bahawa perubahan tersebut mungkin telah berlaku selama sedekad sebelum individu tersebut mengalami apa-apa masalah berkaitan dengan memori.

    Individu yang menghidap penyakit Alzheimer pada awalnya tidak akan mengalami apa-apa simptom. Namun, perubahan telahpun berlaku pada sekitar kawasan otak.

    Kerosakan otak banyak berlaku pada bahagian hippocampus dan entorhinal cortex – kawasan yang penting untuk membentuk memori.

    Kesan penyakit Alzheimer peringkat akhir, kerosakan pada kawasan otak telah berlaku secara ektensif. Akibatnya, tisu otak mengecut dan menjadi lebih kecil daripada saiz sebelumnya.

    kesan penyakit alzheimer

    Alzheimer juga boleh berlaku kepada individu yang berusia di bawah 65 tahun. Ini juga dikenali sebagai younger-onset Alzheimer.

    Oleh itu, jangan anggap Alzheimer merupakan penyakit yang menyerang orang tua sahaja ya!

    Penyakit Alzheimer, penjagaan dan perawatan

    Individu yang menjaga pesakit Alzheimer pasti merasa tekanan dari segi mental dan fizikal ketika menjaga ahli keluarga.

    Itu tidak termasuk lagi masalah kewangan serta masalah lain yang mungkin timbul.

    Disebabkan kesan penyakit Alzheimer tidak mempunyai sebarang penawar, pesakit demensia akan menghidap kondisi ini hinggalah ke akhir hayatnya.

    Ada banyak program dan juga bantuan yang diberikan khusus kepada penjaga pesakit demensia.

    Selain itu, penting untuk penjaga cuba untuk menghubungi ataupun berkenalan dengan orang lain yang sedang dalam keadaan yang sama dengan anda.

    Kumpulan sokongan, sebagai contoh boleh memberikan sokongan secara atas talian kepada individu yang sedang rawatan penyakit Alzheimer.

    Jika anda merupakan salah seorang penjaga individu yang mempunyai penyakit Alzheimer ataupun demensia, anda boleh dapatkan tip, mendengar pengalaman dan berkongsi masalah dengan mereka.

    Ini supaya penjaga dapat kenali apa kesan penyakit Alzheimer atau demensia, dan kenali cara terbaik untuk menjaga pesakit dengan kondisi ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 01/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan