backup og meta

Alami Tekanan Darah Tinggi? Ini Masanya Untuk Anda Bertukar Kepada Diet DASH

Alami Tekanan Darah Tinggi? Ini Masanya Untuk Anda Bertukar Kepada Diet DASH

Terdapat sejenis diet hipertensi yang direka khas bagi mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Diet ini dikenali sebagai diet DASH.

Ingin tahu apakah maksud diet DASH yang sebenarnya? Artikel ini ada menerangkannya dengan lebih lanjut. 

Kenali diet DASH, diet hipertensi khusus untuk kurangkan risiko darah tinggi

Pada masa sekarang, masalah tekanan darah tinggi bukan lagi sekadar penyakit orang tua. Ia sudah kerap berlaku dalam kalangan mereka yang lebih muda di seluruh dunia.

Diet atau gaya pemakanan merupakan penyumbang utama kepada peningkatan kes-kes tekanan darah tinggi ini.

Oleh itu, saintis telah membuat satu strategi diet khusus bagi mengurangkan risiko tekanan darah tinggi yang disebut sebagai diet DASH.

Diet hipertensi atau diet DASH ini merupakan singkatan daripada Dietary Approaches to Stop Hypertension.

Ia merupakan sejenis diet yang disyorkan untuk mereka yang ingin mencegah atau merawat hipertensi, selain mengurangkan risiko penyakit jantung mereka.

Diet DASH memberikan tumpuan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian dan juga daging tanpa lemak.

Diet ini direka khas setelah para penyelidik menyedari bahawa tekanan darah tinggi kurang berlaku dalam kalangan mereka yang mengamalkan diet berasaskan tumbuhan.

Oleh sebab itu, diet DASH menekankan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran selain mengandungi beberapa sumber protein tanpa lemak seperti ayam, ikan dan kekacang.

Diet hipertensi ini kurang mengambil daging merah, garam, gula dan juga lemak tambahan.

Para saintis percaya bahawa salah satu sebab utama penghidap hipertensi mendapat manfaat daripada diet ini ialah disebabkan pengurangan pengambilan garam.

Diet DASH menggalakkan kita untuk tidak mengambil lebih daripada 1 sudu teh (2.300 mg) garam sehari.

Pro dan kontra diet hipertensi ini

diet hipertensi

Diet hipertensi ini menawarkan pelbagai manfaat terhadap kesihatan.

Ini termasuklah penurunan tekanan darah, membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko kanser.

Diet DASH terbukti menurunkan tekanan darah dalam kalangan individu yang sihat dan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Berdasarkan kajian, individu yang menjalani diet DASH masih mengalami tekanan darah yang lebih rendah walaupun mereka tidak menurunkan berat badan atau mengurangkan pengambilan garam.

Namun, jika pengambilan garam dikurangkan, diet DASH dilihat dapat menurunkan tekanan darah dengan lebih baik.

Selain itu, diet hipertensi ini juga dilihat dapat membantu menurunkan berat badan kerana kurang pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan juga lemak.

Ini akan menjadikan pengamalnya mengurangkan pengambilan kalori harian secara automatik dan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada penurunan berat badan. 

Diet hipertensi ini juga boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat kanser.

Kajian ada menunjukkan bahawa individu yang mengikuti diet DASH mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap beberapa jenis kanser.

Ini termasuklah kanser kolorektal dan kanser payudara.

Daripada segi kekurangannya, diet ini bukanlah sejenis diet yang direka khusus jika anda mahu menurunkan berat badan. Malah, ia juga mungkin tidak begitu sesuai untuk semua peringkat umur.

Bagaimana diet DASH berfungsi?

Diet ini memerlukan sebilangan hidangan setiap hari daripada pelbagai kumpulan makanan.

Jumlah hidangan yang anda perlukan mungkin berbeza-beza, bergantung kepada berapa banyak kalori yang anda perlukan setiap hari.

Anda boleh membuat perubahan secara beransur-ansur dan tidak perlu secara mengejut.

Sebagai contoh, mulakan dengan mengehadkan pengambilan garam sekitar 1 sudu teh sehari. 

Kemudian, setelah tubuh badan anda dapat menyesuaikan diri dengan diet ini, kurangkan kepada 1.500 miligram garam sehari (kira-kira 2/3 sudu teh).

Jumlah ini merangkumi semua garam yang ada dalam produk makanan dan juga apa yang anda masak. 

Apa yang boleh dimakan dalam diet ini?

diet hipertensi

Diet DASH adalah sejenis rancangan pemakanan fleksibel dan seimbang yang membantu mewujudkan gaya pemakanan yang sihat untuk kehidupan anda.

Ia sangat mudah untuk diikuti kerana kesemua bahan makanan ini boleh didapati di pasar dan pasaraya berdekatan. 

Diet ini amat kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan biji-bijian.

Ia turut merangkumi produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak, ikan, ayam, dan kekacang.

Diet ini mengehadkan makanan yang tinggi lemak tepu, seperti daging berlemak dan produk tenusu tinggi lemak.

Sekiranya anda mengikuti diet ini, amat penting untuk anda memilih makanan yang kaya dengan kalium, kalsium, magnesium, serat dan juga protein.

Selain itu, makanan yang hendak dimakan juga perlulah rendah lemak tepu dan rendah kandungan garam. 

[embed-health-tool-bmi]

Kesimpulan

Diet DASH ternyata sejenis diet yang baik untuk kesihatan jantung anda.

Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah selain mempunyai beberapa manfaat lain kepada tubuh.

Jika anda berhasrat untuk mengawal tekanan darah maka anda boleh mencuba diet hipertensi ini.

Kongsikan juga maklumat ini kepada individu lain di sekitar anda yang mungkin memerlukannya. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://my.clevelandclinic.org/health/articles/16907-dash-diet

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/dash-diet/art-20048456

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/dash-diet/art-20047110

https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/dash-eating-plan

https://dashdiet.org/

Versi Terbaru

02/12/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini Cara Yang Tepat Nak Tahu Tahap Keterukan Hipertensi, Baru Boleh Rawat!

Tip Pemakanan DASH dan Pemakanan Intuitif


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan