Jika anda merancang untuk mula mengamal diet Atkins, anda boleh mencuba contoh menu diet Atkins ini. Beberapa senarai makanan yang dicadangkan ini boleh membantu anda menyediakan menu diet Atkins untuk seminggu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.
Maklumat ringkas mengenai diet Atkins
Diet Atkins telah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Dr. Robert C. Atkins.
Beliau telah menulis sebuah buku yang amat terkenal mengenai diet Atkins ini.
Secara umumnya, diet Atkins merujuk kepada jenis diet yang mengurangkan pengambilan sumber karbohidrat.
Diet ini menyarankan untuk mengambil lebih banyak sumber protein dan juga lemak tetapi mengelakkan sebarang pengambilan karbohidrat.
Banyak kajian menunjukkan bahawa amalan diet Atkins ini berkesan untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.
Bukan itu sahaja, diet ini juga didapati membantu memperbaiki paras gula darah dan juga kolesterol di dalam tubuh.
Diet ini juga sangat berkesan menurunkan berat badan kerana anda akan kurang mengambil sumber karbohidrat tetapi banyak makan protein.
Sumber protein yang tinggi boleh menyebabkan selera makan anda berkurangan sekali gus mengurangkan pengambilan kalori harian.
Senarai jenis makanan yang sesuai untuk contoh menu diet Atkins
Telur adalah antara jenis protein yang boleh anda ambil ketika mengamalkan diet ini.
Anda boleh menggunakan jenis telur kegemaran anda seperti telur ayam atau telur itik.
Anda boleh menyediakannya dalam pelbagai jenis menu yang enak seperti telur dadar, telur rebus, telur poach, telur hancur atau telur kukus.
Selain daripada telur, anda juga boleh mengambil ayam, ikan dan juga daging.
Bagi jenis sumber protein seperti ini, anda boleh menyediakannya dalam bentuk digoreng, dikukus, direbus, dipanggang atau dibakar.
Anda juga disarankan untuk mengambil sayur-sayuran sebagai pelengkap hidangan.
Namun, sayuran yang dimakan itu perlulah rendah kandungan karbohidratnya.
Antara jenis sayuran yang rendah karbohidrat adalah seperti sawi, bayam, kangkung, salad, brokoli, cendawan tiram dan kubis bunga.
Jenis makanan yang dilarang untuk diet Atkins
Diet Atkins tidak menyarankan pengambilan sumber karbohidrat sebagai salah satu jenis makanan yang boleh dimakan.
Antara jenis makanan yang dilarang semasa anda mengamalkan diet ini ialah:
- Segala jenis nasi, bijirin, oat, mi, roti dan juga spaghetti.
- Segala jenis buah-buahan atau jus buah-buahan kerana buah-buahan juga mengandungi kandungan gula di dalamnya.
- Makanan yang diproses atau makanan segera.
- Segala jenis gula tidak kira sama ada ia adalah gula pasir atau gula perang.
- Sebarang jenis sos kerana sos juga mengandungi gula dan garam yang tinggi.
- Produk makanan yang berasaskan tepung seperti roti, kuih-muih, pastri, biskut atau kek.
- Segala jenis kekacang.
- Sayur-sayuran yang berkanji atau tinggi kandungan karbohidrat. Antara contohnya adalah seperti kentang, kacang, jagung dan lobak merah.
Contoh menu diet Atkins: Menu diet Atkins untuk seminggu
Untuk memudahkan anda mengamalkan diet ini, kami berikan resepi cadangan atau contoh menu diet Atkins.
Anda boleh menggunakan panduan ini bagi merancang menu diet Atkins untuk seminggu.
Contoh menu diet Atkins: Hari pertama
- Sarapan: Telur goreng hancur bersama hirisan ayam
- Makan tengah hari: Ayam goreng kunyit
- Minum petang/ snek: Tomato ceri
- Makan malam: Ikan bakar bersama air asam
Contoh menu diet Atkins: Hari kedua
- Sarapan: Telur rebus yang dilenyek bersama mayones
- Makan tengah hari: Ikan singgang
- Minum petang/ snek: Tauhu bakar
- Makan malam: Udang goreng
Menu diet Atkins untuk seminggu: Hari ketiga
- Sarapan: Telur separuh masak
- Makan tengah hari: Asam rebus ikan
- Minum petang/snek: Potongan timun bersama yogurt
- Makan malam: Sup daging
Menu diet Atkins untuk seminggu: Hari keempat
- Sarapan: Ayam kukus bersama brokoli
- Makan tengah hari: Sup ikan bersama brokoli
- Minum petang/ snek: Salsa buah tomato
- Makan malam: Ayam panggang
Menu diet Atkins untuk seminggu: Hari kelima
- Sarapan: Sup telur
- Makan tengah hari: Ayam panggang
- Minum petang/snek: Ayam goreng
- Makan malam: Daging panggang
Menu diet Atkins untuk seminggu: Hari keenam
- Sarapan: Telur goreng mata
- Makan tengah hari: Udang dengan sos mentega
- Minum petang/ snek: Jejari ikan
- Makan malam: Sup ayam
Menu diet Atkins untuk seminggu: Hari ketujuh
- Sarapan: Potongan ayam panggang
- Makan tengah hari: Tomyam ayam
- Minum petang/ snek: Ikan panggang
- Makan malam: Telur rebus bersama mayones
[health_tool_article id=”94632″]
[embed-health-tool-bmr]