backup og meta

Lupakan Atkins, IF @ Keto, Ada Diet Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan!

Lupakan Atkins, IF @ Keto, Ada Diet Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan!

Mungkin anda tidak pernah mendengar berkenaan diet Pritikin sebelum ini seperti mana diet Atkins dan diet Keto. Jenis diet ini tidak kurang menariknya kerana ia boleh bantu mencegah penyakit kardiovaskular. 

Ia bukan sahaja berperanan mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiovaskular, tetapi juga boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenainya di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apakah jenis diet Pritikin ini?

jenis diet

Diet Pritikin ini mula diperkenalkan pada tahun 1970 dan lebih popular sebagai jenis diet yang mengurangkan pengambilan lemak.

Kandungan lemak yang disarankan dalam pelan pemakanan diet Pritikin hanyalah kurang daripada 10%, manakala protein diambil antara 10% hingga 15%, selebihnya adalah karbohidrat kompleks.

Pada awalnya, diet Pritikin diamalkan bertujuan sebagai langkah pencegahan dan juga rawatan bagi penyakit kardiovaskular dengan cara merendahkan kolesterol dan tekanan darah.

Selain itu, ia juga diamalkan sebagai pelan diet bagi menurunkan berat badan, dan mengawal paras gula darah bagi penghidap pradiabetes dan diabetes jenis 2.

Adakah jenis diet Pritikin ini benar-benar berkesan terhadap risiko penyakit kardiovaskular?

Apabila anda mengamalkan diet pritikin, akan berlaku pengurangan kolesterol yang bukan sahaja melibatkan pengurangan pengambilannya, malah pengambilan kalori secara keseluruhan.

Ia dilakukan dengan cara mengehadkan kesemua jenis makanan yang tinggi kandungan lemak dan juga kalori.

Kajian ada menunjukkan, terdapat penurunan jumlah kolesterol keseluruhan sebanyak 23% daripada 4,587 responden.

Selain itu, terdapat juga penurunan penanda keradangan kronik secara dramatik.

Keradangan pada arteri adalah antara faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular. 

Diet Pritikin berkesan untuk turunkan berat badan berlebihan

jenis diet

Selain daripada mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular, jenis diet ini juga memberikan hasil yang agak positif bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan berlebihan.

Dalam kajian yang dijalankan, kebanyakan responden lelaki kehilangan hampir 5 kg berat badan mereka manakala responden wanita pula mengalami penurunan sebanyak 3 kg dalam tempoh 3 minggu. 

Diet Pritikin boleh bantu panjangkan umur anda

Beberapa kajian dilakukan bagi meneliti populasi penduduk yang memiliki antara umur terpanjang di dunia.

Ini termasuklah di Okinawa, Jepun; Loma Linda, California; dan di Ikaria, Greek. Hasil penelitian telah merumuskan 2 perkara berikut:

#1. Pengambilan makanan

Salah satu persamaan yang didapati daripada populasi penduduk di kawasan-kawasan terbabit ialah pelan pemakanan mereka yang sebenarnya sama dengan pelan pemakanan diet Pritikin.

Ia adalah pelan pemakanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan selain mengambil makanan yang kaya dengan serat.

Mereka juga mengambil jenis bijirin penuh selain pengambilan sumber daging secara terhad. 

#2. Kehidupan yang aktif

Persamaan kedua yang didapati ialah populasi ini mengamalkan kehidupan yang aktif.

Walaupun mungkin sudah berusia, namun golongan ini didapati masih melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berkebun, bersiar-siar, menunggang basikal malah menari bersama ahli keluarga. 

Apa yang boleh saya makan dalam diet Pritikin?

diet pritikin

Pelan diet Pritikin mencadangkan anda untuk makan makanan yang banyak kandungan serat dan air seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh yang tidak diproses.

Untuk memudahkan anda memahami prinsip pemakanan dalam jenis diet ini, sila lihat senarai di bawah:

  1. Mulakan pemakanan anda dengan sup, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bijirin penuh. Dengan cara ini, anda akan berasa cepat kenyang dan anda akan mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kalori dan juga lemak.
  2. Tidak mengambil sebarang minuman berkalori tinggi terutamanya air berkarbonat. Elakkan juga pengambilan minuman beralkohol.
  3. Elakkan pengambilan jenis makanan berkalori tinggi.
  4. Ambil snek pada waktu yang ditetapkan sahaja dengan makanan yang sihat seperti kekacang.
  5. Ambil jenis makanan penuh yang tidak diproses. Elakkan pengambilan makanan segera.
  6. Kerap bersenam dan gabungkan antara berjalan dan juga latihan kekuatan.
  7. Kurangkan pengambilan sumber daging terutamanya daging merah. 
  8. Elakkan makanan bergoreng dan sebarang sos yang berlemak.
  9. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan.
  10. Jangan merokok.
  11. Uruskan tekanan dan stres dengan baik.

Amaran sebelum mula melakukan jenis diet ini

Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang perubahan pelan pemakanan.

Begitu juga dengan mereka yang mengambil ubat-ubatan, jangan sesekali menghentikan pengambilannya tanpa kebenaran doktor walaupun anda ingin melakukan perubahan kepada diet Pritikin. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pritikin N. The Pritikin diet. JAMA. 1984;251(9):1160-1161

Barnard RJ. Effects of Life-style Modification on Serum Lipids. Arch Intern Med. 1991;151(7):1389–1394. doi:10.1001/archinte.1991.00400070141019

Wegge JK, Roberts CK, Ngo TH, Barnard RJ. Effect of diet and exercise intervention on inflammatory and adhesion molecules in postmenopausal women on hormone replacement therapy and at risk for coronary artery disease. Metabolism. 2004;53(3):377-381. doi:10.1016/j.metabol.2003.10.016

Roberts, C. K., Won, D., Pruthi, S., Kurtovic, S., Sindhu, R. K., Vaziri, N. D., & Barnard, R. J. (2006). Effect of a short-term diet and exercise intervention on oxidative stress, inflammation, MMP-9, and monocyte chemotactic activity in men with metabolic syndrome factors. Journal of applied physiology (Bethesda, Md. : 1985), 100(5), 1657–1665. https://doi.org/10.1152/japplphysiol.01292.2005

Barnard RJ. Effects of Life-style Modification on Serum Lipids. Arch Intern Med. 1991;151(7):1389–1394. doi:10.1001/archinte.1991.00400070141019

WILLCOX, B.J., WILLCOX, D.C., TODORIKI, H., FUJIYOSHI, A., YANO, K., HE, Q., CURB, J.D. and SUZUKI, M. (2007), Caloric Restriction, the Traditional Okinawan Diet, and Healthy Aging. Annals of the New York Academy of Sciences, 1114: 434-455. doi:10.1196/annals.1396.037

Fraser GE. Diet, Life Expectancy, and Chronic Disease: Studies of Seventh-Day Adventists and Other Vegetarians. Oxford/New York: Oxford University Press; 2003.

Versi Terbaru

05/05/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Jika Benar Mahu Turun Berat Badan, Ikut 7 Cara Diet Yang Betul Ini!

Last Anda Makan Jam Berapa? Rupanya Banyak Manfaat Kalau Makan Malam Sebelum Pukul 7!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan