backup og meta

Ini 5 Makanan Tinggi Protein Untuk Mereka Yang Ingin Cepat Kurus!

Ini 5 Makanan Tinggi Protein Untuk Mereka Yang Ingin Cepat Kurus!

Siapa kata kita tidak perlu mengambil makanan protein untuk kurus? Sebenarnya, diet tinggi protein merupakan salah satu cara pemakanan yang terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Malah, jika kita mengambil makanan yang kaya dengan protein, kita akan rasa lebih bertenaga dan kenyang lebih lama!

Pada masa yang sama, kita juga tidak akan kerap mengambil makanan ringan di antara waktu makan.

Tetapi, mengapakah makanan berprotein perlu diambil oleh mereka yang sedang berdiet?

Diet dan makanan protein untuk kurus

makanan protein untuk kurus

Tidak dinafikan, badan manusia perlukan protein sebagai tenaga. Setiap orang dari semua peringkat umur memerlukan protein untuk terus hidup. Malah, setiap sel dalam badan kita mengandungi protein.

Bukan itu sahaja, protein juga merupakan komponen penting untuk memperbaiki dan menghasilkan sel baharu.

Selain itu, protein juga sangat penting untuk memupuk tumbesaran kanak-kanak, remaja dan juga bayi dalam kandungan.

Mereka yang melakukan diet tinggi protein tidak perlu meninggalkan makanan yang disukai semata-mata untuk berdiet.

Dengan memilih makanan yang betul, anda akan nampak dan rasai perbezaannya dalam masa beberapa bulan.

Dalam artikel kali ini, kami akan kupas lebih lanjut mengenai makanan tinggi protein yang dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih efektif.

Tetapi, jangan lupa, mereka yang ingin menurunkan berat badan perlu menambah protein dalam makanan. Pada masa yang sama, jangan lupa juga untuk mengurangkan karbohidrat yang diambil!

5 makanan protein untuk kurus

Apabila bercakap mengenai makanan tinggi protein, pasti ramai yang akan bayangkan daging dan produk lain yang berasaskan haiwan.

Benar, semua makanan tersebut tergolong dalam kategori protein. Namun, ada makanan lain seperti kekacang yang turut mempunyai kandungan protein yang tinggi!

Tetapi, apakah yang istimewa tentang diet tinggi protein dan bagaimana ia dapat membantu menurunkan berat badan?

Diet ini dapat mengekalkan jisim otot, mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisme badan.

Malah, diet tinggi protein juga amat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.

Jika digabungkan bersama senaman, diet tinggi protein ini bukan sahaja dapat membuatkan anda kurus dan langsing, ia juga dapat membina otot dan membuatkan anda lebih kuat dan sihat!

Di bawah, kami senaraikan 5 makanan tinggi protein yang wajib diambil oleh mereka yang sedang berdiet. 

1. Dada ayam, tinggi protein rendah lemak

makanan protein untuk kurus

Ayam merupakan antara makanan wajib dalam kebanyakan diet.

Manakan tidak, ia merupakan sumber protein yang bagus serta mengandungi lemak yang lebih rendah berbanding daging merah dan daging proses lain.

Bahagian dada merupakan potongan ayam yang mempunyai kandungan protein terbanyak dan lemak yang paling sedikit.

Selain protein, dada ayam juga mengandungi nutrisi penting seperti selenium dan kolin yang memainkan peranan penting untuk memori, kawalan otot dan kesihatan jantung.

2. Bertukar kepada daging kisar

Daging kisar merupakan sumber protein, vitamin B dan zat besi yang sangat baik untuk badan. Jika anda ingin berdiet, pilih daging kisar yang mempunyai 95% nisbah daging kepada lemak.

Walaupun daging kisar dan daging merah mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi, ia merupakan salah satu makanan protein untuk kurus yang terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran.

Malah, daging juga merupakan salah satu bahan yang popular dalam masakan kita setiap hari.

Anda boleh gunakan daging kisar untuk membuat bebola daging, burger atau padankannya dengan cili dan masak bersama spageti.

Tambah lagi, daging kisar juga boleh dibeli dengan mudah di pasar raya dengan harga yang berpatutan.

Walau bagaimanapun, pastikan anda baca dulu informasi pada pek pembungkus. Pastikan anda beli daging kisar yang mempunyai nisbah daging yang lebih tinggi berbanding lemak.

3. Produk tenusu dan yogurt

makanan protein untuk kurus

Menurut kajian, produk tenusu juga dapat membantu menurunkan berat badan.

Malah, makanan seperti yogurt dan keju kotej juga mempunyai protein yang tinggi tetapi rendah gula, sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.

Malah, produk tenusu juga merupakan makanan yang versatil dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Anda boleh nikmati yogurt dengan buah-buahan pilihan anda atau tambah kekacang untuk jadikannya sarapan pagi yang mengenyangkan.

Susu juga boleh menjadi salah satu makanan tinggi protein untuk mereka yang berdiet. Secawan susu mengandungi 8 gram protein.

Tambah lagi, disebabkan kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D dan A, anda akan mendapat nutrisi tambahan setiap kali anda menikmati minuman ini.

4. Kacang tanah sebagai snek

Tahukah anda, satu hidangan kacang tanah (28 gram) mengandungi 7 gram protein? Sebagai perbandingan, kacang lain seperti walnut, almond dan pistachio masing-masing mempunyai sekitar 5-6 gram protein untuk satu hidangan.

Jika anda suka mengunyah, kacang tanah boleh menjadi alternatif yang sihat berbanding makanan ringan.

Malah, kacang tanah juga didapati boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

Makanan protein untuk kurus #5. Telur

Walaupun telur mempunyai kolesterol yang tinggi, ia masih lagi merupakan salah satu makanan protein untuk kurus yang terbaik. 

Sebiji telur mengandungi 6 gram protein dan 1 gram karbohidrat. 

Walaupun putih telur mempunyai kandungan protein yang terbanyak, kuning telur pula kaya dengan vitamin penting seperti vitamin A, zat besi dan selenium.

Malah, telur juga merupakan satu bahan yang popular, murah dan mudah untuk disediakan. Anda boleh menyediakannya dengan cara merebus, goreng atau separuh masak.

Namun, hati-hati ya. Menggoreng telur boleh meningkatkan kandungan lemaknya sebanyak 50%!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Protein in diet. https://medlineplus.gov/ency/article/002467.htm. Accessed Jan 25, 2022.
  2. The healthy way to eat eggs. https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/eggs-nutrition/. Accessed Jan 25, 2022.
  3. Yogurt. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/yogurt/. Accessed Jan 25, 2022.
  4. Is Yogurt Good for You? https://health.clevelandclinic.org/is-yogurt-good-for-you/. Accessed Jan 25, 2022.
  5. Lean Meat. https://www.diabetes.co.uk/food/lean-meat.html. Accessed Jan 25, 2022.
  6. Lean Meat and poultry, fish, eggs, tofu, nuts and seeds and legumes/beans. https://www.eatforhealth.gov.au/food-essentials/five-food-groups/lean-meat-and-poultry-fish-eggs-tofu-nuts-and-seeds-and. Accessed Jan 25, 2022.

Versi Terbaru

17/06/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Ada Sebab Daging Ayam Kampung Itu Lebih Sedap & Sihat! Telurnya Juga Bagus?

Nak Kulit Lawa? Susu Kambing Ada 6 Kebaikan Untuk Wajah Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan