
Benarkah dakwaan bahawa makan lebih kerap berpotensi mengurangkan selera makan, kerana perut anda akan diisi sebelum sempat untuk merasa lapar antara waktu makan? Artikel ini akan memberikan anda maklumat lanjut mengenai perkara ini.
Apa kata kajian mengenai perkara ini?
Terdapat banyak dakwaan serta kajian yang menyatakan bahawa jika seseorang makan lebih kerap, mereka akan dapat mengurangkan selera makan kerana tidak melalui jangka waktu yang panjang di antara waktu makan.
Ini disokong oleh kajian terdahulu yang dibuat pada tahun 1999, di mana lelaki obes dan berlebihan berat badan telah diuji untuk melihat jika selera makan mereka akan berkurang jika makan lebih kerap. Hasilnya mendapati bahawa selera makan pesakit memang menurun selepas mereka makan dengan lebih kerap.
Di samping itu, menurut ringkasan kolektif beberapa kajian berkaitan selera yang lain, makan kurang daripada 3 kali sehari menyebabkan peningkatan rasa lapar dan akibatnya, boleh menyebabkan pengambilan kalori yang lebih tinggi melalui snek.
Sebaliknya, kajian terbaru mungkin menunjukkan dapatan berbeza. Satu kajian dijalankan oleh University of Missouri terhadap 27 lelaki obes dan berlebihan berat badan melalui diet 12 minggu untuk menurunkan berat badan. Penyelidik mendapati pesakit hanya dapat lebih mengawal kelaparan dan keinginan jika hidangan makanan mengandungi lebih protein. Dalam erti kata lain, semakin tinggi pengambilan protein, semakin tinggi keupayaan mereka mengawal selera makan.
Sebaliknya, apabila penyelidik meningkatkan bilangan hidangan pesakit setiap hari untuk menguji jika mereka boleh mengawal keinginan mereka, hanya sebilangan kecil dapat mencapai sasaran.
Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada selera anda
Walaupun terdapat banyak kesimpulan sama ada kekerapan makan yang lebih tinggi bermakna penurunan selera, ringkasnya terdapat banyak sebab-sebab yang boleh menyumbang kepada hasil kajian yang berbeza iaitu, kualiti makanan, faktor-faktor psikologi, serta bukti klinikal.
Kesimpulannya, adalah jelas bahawa topik ini memerlukan pertimbangan lanjut daripada penyelidik dan ahli sains, kerana sehingga kini, tiada jawapan tepat sama ada peningkatan dalam kekerapan makan memang boleh membawa kepada kawalan lebih baik atas keinginan, kelaparan, dan selera makan. Tidak diragukan lagi bahawa kaitan kekerapan makan dengan kawalan selera makanan akan terus diteliti pada masa akan datang. Oleh itu, jika anda merancang untuk menurunkan berat badan, jangan percayai semua yang anda baca di akhbar. Sebaliknya, rujuklah kepada doktor, pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk maklumat yang sah dan juga pelan yang paling sesuai untuk diri sendiri.
Ternyata, terdapat banyak kontroversi sekitar idea bahawa kekerapan makan yang lebih tinggi boleh membawa kepada kawalan selera makan yang lebih baik. Oleh itu, nantikanlah penyelidikan dan kajian lanjut sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh membahayakan kesihatan anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.