backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Nak Kulit Lawa? Susu Kambing Ada 6 Kebaikan Untuk Wajah Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/11/2022

Nak Kulit Lawa? Susu Kambing Ada 6 Kebaikan Untuk Wajah Anda

Selain susu lembu, di pasaran juga ditawarkan pilihan susu kambing. Tetapi tahu tak sebenarnya ada manfaat susu kambing untuk kulit muka anda?

Susu kambing adalah bahan semula jadi untuk kulit anda tanpa sebarang risiko kesan sampingan. Ia menawarkan kebaikan untuk kecantikan kulit.

Ia telah digunakan selama beribu-ribu tahun untuk mendapatkan kulit yang lembut, bersih dan cerah.

Jika kulit anda jenis sensitif dan anda hanya akan menggunakan produk yang telah dilakukan penyelidikan dan maklumat lengkap, maka susu kambing adalah pilihan terbaik!

Tak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai manfaat susu kambing? Ayuh, teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Kenapa susu kambing? 

Ramai yang tidak tahu bahawa susu kambing sebenarnya bahan semula jadi yang amat baik untuk kulit, bahkan ia boleh digunakan tanpa sebarang risiko kesan sampingan.

Susu ini umumnya mengandungi lebih banyak asid lemak penting berbanding susu lembu. Ia merupakan sumber kalsium, magnesium, kalium, vitamin A dan vitamin C yang baik.

Cara penggunaannya juga amat mudah, di mana anda boleh menyapu susu kambing terus pada kulit muka sebagai masker wajah atau boleh dicampurkan dengan bahan lain bagi penyediaan topeng muka.

Melalui penggunaan berkala pada wajah setiap hari, ia pastinya akan dapat memberikan anda hasil yang terbaik.

manfaat susu kambing

Manfaat susu kambing untuk kulit 

Berikut antara kebaikan pada wajah yang boleh diperolehi jika menggunakan susu kambing ini:

Lembut & berkesan untuk kulit muka 

Bahan ini sering digambarkan sebagai produk penjagaan kulit semula jadi. 

Ia mempunyai tahap pH yang sama dengan kulit manusia. Asid semula jadinya tidak akan menyebabkan sebarang ketidakseimbangan.

Jadi apabila membersihkan wajah dengan produk susu kambing, anda tidak akan mengganggu mantel asid atau mikrobiom semula jadi kulit.

Jika anda mengalami sebarang masalah kulit sensitif termasuklah psoriasis dan ekzema, maka susu kambing boleh berfungsi seperti magik!

Walaupun banyak produk penjagaan kulit biasanya akan memburukkan keadaan kulit tersebut, tetapi ia tidak berlaku dengan susu kambing.

Mencegah penuaan pramatang, manfaat susu kambing untuk kulit 

Penggunaan susu kambing secara tetap boleh mencegah penuaan pramatang kerana ia kaya dengan antioksidan yang kuat seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin E. Selain itu, ia juga menyingkirkan lapisan kulit mati.

Merawat jerawat dan jeragat pada kulit muka 

Susu kambing boleh membantu anda merawat jerawat dan juga masalah jeragat.

Ini kerana protein susu kambing bersifat antimikrob dan akan menghalang bakteria penyebab jerawat.

manfaat susu kambing

Manfaat susu kambing untuk kulit, kurangkan kerengsaan dan keradangan 

Susu kambing mempunyai asid lemak di dalamnya. Asid lemak ini – capric, caprylic dan caproic – mempunyai ciri antibakteria, antikulat dan antiradang yang kuat. 

Secara tidak langsung boleh dikatakan ia mempunyai sifat yang dapat menenangkan kulit muka dengan mengurangkan kemerahan dan kegatalan.

Merangsang asid lemak penting, probiotik dan vitamin 

Asid lemak dalam susu kambing ini juga berfungsi untuk membantu memperbaiki penghalang kulit, probiotik untuk menggalakkan pertumbuhan flora kulit normal dan vitamin A bagi menolong proses pengelupasan kulit yang tidak menyakitkan.

Asid lemak tersebut juga akan menyumbang kepada kulit yang lebih lembut.

Manfaat susu kambing boleh mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit

Antara keistimewaan lain susu kambing adalah kandungan asid laktiknya. Asid alfa-hidroksi (AHA) ini terkenal dengan sifat penghidratan dan pengelupasan yang lembut. 

Penyelidikan juga mencadangkan bahawa kepekatan AHA yang rendah mungkin berguna dalam merawat kulit yang rosak kesan cahaya matahari.

Bukan itu sahaja, asid laktik juga telah terbukti dapat meningkatkan pengeluaran ceramide, yang boleh anda anggap sebagai mortar antara sel-sel kulit muka. 

Kesannya ia membantu mengekalkan kualiti yang baik dalam kulit – seperti kelembapan dan lipid, dan menyingkirkan kualiti yang tidak baik – seperti bakteria dan alergen, menjadikan kulit kekal lembut, licin dan anjal.

Baca juga:

Kaedah mendapatkan manfaat susu kambing 

Sekiranya anda ingin memasukkan susu kambing ke dalam rutin penjagaan kulit, carilah pembersih, pelembap dan serum yang terdapat bahan ini.

Menggunakan serum yang mengandungi susu kambing akan mempunyai tahap kepekatan bahan paling tinggi, sekali gus menjadikan ia kaedah rawatan kulit paling mujarab.

Jika anda ingin memasukkan susu kambing ke dalam diet pula, dapatkan susu, yogurt dan keju yang diperbuat daripada bahan ini.

manfaat susu kambing

Namun sebaik sebelum anda mula menggunakan susu kambing ini pada kulit muka atau ke dalam diet, lakukan rundingan dengan doktor untuk memastikan tahap kesesuaian diri. 

Ini kerana jika anda tidak boleh minum susu kambing kerana alergi atau masalah intoleransi laktosa, kemungkinan besar anda akan mengalami tindak balas alahan jika menggunakan produk seperti sabun mahupun losen yang menggunakan susu kambing sebagai bahan aktif.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan