backup og meta

Idamkan Badan Sado & Ada 'Six Pack', Perlu Amal Diet Protein Tinggi Ke? Ambil 10 Makanan Ini!

Idamkan Badan Sado & Ada 'Six Pack', Perlu Amal Diet Protein Tinggi Ke? Ambil 10 Makanan Ini!

Semua orang pasti memasang impian untuk memiliki tubuh badan yang sempurna lalu membuatkan mereka ingin mencuba diet protein untuk kurus dan tegap.

Kenapa diet protein ini yang sering menjadi pilihan? Ia disebabkan manfaat protein untuk diet itu tidak dapat dinafikan malahan telah terbukti secara saintifik.

Persoalannya, apakah antara contoh jenis makanan yang boleh diambil di dalam diet protein untuk kurus dan tegap ini? Jom teruskan membaca artikel!

Apa itu diet protein untuk kurus dan tegap?

Untuk pengetahuan anda, protein merupakan antara zat yang sangat penting lagi perlu untuk tubuh badan kita semua berfungsi dan bekerja dengan baik.

Antara peranan zat ini yang utama adalah menyokong sistem pertumbuhan, perkembangan, ketahanan, hormon, enzim dan pelbagai jaringan tubuh badan.

Disebabkan itu, mereka yang mengidamkan untuk memiliki tubuh badan yang kurus dan tegap selesa memilih diet tinggi protein. Apakah diet ini yang sebenarnya?

Sesuai dengan namanya, diet ini memerlukan individu menambahkan pengambilan protein dan mengehadkan pengambilan karbohidrat di dalam pemakanan.

Kebiasaannya, diet ini akan melibatkan 25% hingga 35% daripada keseluruhan keperluan kalori dalam sehari, lebih daripada kebiasaan yakni 10% hingga 15% sahaja.

diet protein untuk kurus

Tujuannya? Ia mungkin boleh membuat anda kurang berasa lapar!

Diet ini boleh buat anda kurang lapar?

Kebanyakan doktor dan pakar diet mempercayai bahawa pengambilan makanan atau minuman berunsurkan protein boleh membuat anda kurang berasa lapar.

Ini kerana amalan pemakanan sebegini dikatakan mampu untuk meningkatkan tahap leptin – hormon yang mengawal nafsu makan dalam tubuh badan.

Namun di sebalik manfaat utama dalam usaha mendapatkan badan kurus dan tegap ini, diet protein tinggi juga mungkin membawa mudarat seperti boleh menyebabkan:

  • Kerosakan ginjal – Mereka yang mempunyai masalah organ ini akan disarankan untuk tidak mengamalkannya ekoran mampu membawa komplikasi lebih teruk
  • Kerosakan hati – Mereka yang mempunyai masalah organ ini juga disarankan untuk tidak mengamalkannya ekoran mampu membawa komplikasi lebih teruk
  • Penyakit kanser – Risiko kematian akibat kanser boleh meningkat 4 kali ganda jika anda sudahpun mempunyai penyakit kanser sebelum amalkan diet ini

Pun begitu, ia bukanlah bermakna manfaat protein untuk diet ini langsung tidak boleh dicuba terutamanya buat mereka yang memiliki tubuh badan sihat dan kuat.

Contoh jenis makanan dalam diet protein tinggi

Jangan risau, anda yang mahu tubuh badan kurus dan tegap masih boleh cuba diet protein tinggi dengan berpandukan kepada contoh jenis makanan seperti berikut:

#1. Ikan salmon

diet protein untuk kurus

Selain tinggi protein, ikan ini juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dipercayai mampu membuat individu itu lebih puas dan kenyang selepas menikmati hidangan ini.

#2. Daging

Daging haiwan darat seperti lembu, kambing dan sebagainya memang tinggi dengan protein namun juga tinggi dengan lemak. Jadi, sila ambil jenis makanan ini dengan lebih berwaspada.

#3. Ayam

Daging ayam terutamanya bahagian dada adalah sumber protein yang terbaik namun sila pastikan anda kurangkan mengambil kulitnya yang kurang bagus untuk tubuh badan.

Diet protein untuk kurus #4. Tempeh

Berita baik buat vegetarian! Anda yang tidak ambil produk haiwan masih boleh ambil tempeh yang juga kaya dengan protein sama seperti tofu, kimchi dan sebagainya.

#5. Susu

Jika anda sudah penat untuk mengunyah, mungkin anda boleh mengambil susu haiwan seperti lembu dan kambing buat mereka yang tidak ada intoleransi susu.

#6. Keju

Selain susu, produk tenusu seperti keju juga sangat tinggi dengan protein dan apa yang menariknya, ia juga kaya dengan pelbagai lagi nutrien lain yang diperlukan.

Diet protein #7. Oat

diet protein untuk kurus

Sukar untuk percaya namun hidangan sarapan popular, oat juga adalah sumber protein yang baik di mana ia akan menyajikan sekitar 17 gram protein di setiap hidangan.

#8. Telur

Banyak kajian telah membuktikan bahawa pengambilan telur ayam boleh membuat individu tidak terlebih makan lantas boleh membawa manfaat tubuh badan yang sihat.

#9. Beberapa jenis tumbuhan

Ada beberapa jenis sayur, buah dan kekacang seperti jagung, tomato, jambu, avokado, badam dan kentang yang juga dipercayai sangat bagus diambil dalam diet ini.

Diet protein #10. Suplemen

Akhir sekali, anda mungkin mahu menambahkan pengambilan suplemen protein sama ada dalam bentuk pil, kapsul, cecair atau serbuk bagi meningkatkan lagi keberkesanan diet ini.

Konklusinya, diet protein untuk kurus dan tegap ini sangat sesuai diambil oleh anda yang ingin menurunkan berat badan dan mencantikkan otot badan.

Namun sila berbincang dengan doktor atau pakar diet terlebih dahulu sebelum mencuba kerana khuatir ia boleh membawa kepada komplikasi yang lain pula.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/high-protein-diets/faq-20058207
  2. https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/choosing-healthy-protein.htm
  3. https://www.health.harvard.edu/nutrition/when-it-comes-to-protein-how-much-is-too-much
  4. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/protein/
  5. https://tbrhsc.net/nutrition-articles-whats-beef-high-protein-diets/

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Asyik Rasa Lapar? Ini Antara 7 Petanda Badan Anda Kurang Protein, Boleh Buat Perut Gendut Juga!

Benarkah Ada Risiko Penyakit Jantung Jika Amalkan Diet Tinggi Protein? Ini Jawapannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan