backup og meta

8 Makanan Yang Orang Ingat Menggemukkan, Tapi Sebenarnya Sesuai Untuk Diet!

8 Makanan Yang Orang Ingat Menggemukkan, Tapi Sebenarnya Sesuai Untuk Diet!

Bagi mereka yang baru memulakan diet, pasti anda tertanya-tanya mengenai makanan diet yang betul. Selalunya, carian di laman sesawang akan mencadangkan pengambilan sayur-sayuran hijau, buah-buahan, bijirin serta serat.

Benar… Apa yang dicadangkan di atas merupakan contoh makanan yang sihat. Namun, tahukah anda, ada beberapa makanan yang selalunya dicanangkan sebagai makanan yang tidak sihat, namun amat bermanfaat jika diambil ketika berdiet?

Mungkin ramai yang tidak sangka makanan yang disenaraikan di bawah boleh diambil untuk menurunkan berat badan.

Malah, tanggapan orang ramai bahawa makanan ini boleh menyebabkan kegemukan adalah tidak benar sama sekali!

Walau bagaimanapun, semua makanan perlulah diambil secara sederhana. Jika tidak, berdietlah sebanyak mana pun, berat badan pasti tidak akan turun!

Nak tahu lebih lanjut mengenai makanan diet yang betul? Jom ikuti kupasan kami di bawah mengenai 8 makanan yang sebenarnya sihat, namun ramai yang sangka sebaliknya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

8 makanan diet yang betul dan tidak menggemukkan!

Jika anda ingin lari daripada pelan makanan diet yang membosankan, anda boleh cuba salah satu daripada 8 makanan yang kami cadangkan ini.

Ia bukan sahaja mengandungi manfaat tersendiri terhadap kesihatan, pengambilannya juga tidak akan menyebabkan anda menjadi gemuk!

Antara makanan yang boleh diambil ketika berdiet ialah:

1. Bertih jagung sebagai snek

makanan diet yang betul

Adakah popcorn atau bertih jagung sihat untuk dimakan? Jawapannya adalah ya! Bertih jagung boleh menjadi makanan diet yang betul jika diambil secara sederhana.

Walaupun ramai yang anggap bertih jagung sebagai makanan ringan, ia sebenarnya ialah sejenis bijirin penuh yang kaya dengan serat.

Malah, bertih jagung juga mengandungi vitamin B, mangan, magnesium, serta pelbagai antioksidan yang boleh melindungi kita daripada penyakit dan kerosakan sel.

Cara untuk memastikan popcorn kekal sihat adalah dengan mengurangkan garam, gula dan mentega. Kalau manis, tak jadi juga!

[embed-health-tool-bmr]

2. Madu – Antara contoh makanan diet yang betul

Madu merupakan sejenis pemanis yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar dari tumbuhan berbunga.

Di dunia ini, terdapat lebih daripada 320 jenis madu yang berbeza dari segi warna, bau dan rasa.

Madu mengandungi gula, vitamin, mineral, zat besi, zink dan antioksidan.

Selain kegunaannya sebagai pemanis semula jadi, ia juga boleh digunakan sebagai agen antiradang dan antibakteria.

Malah, madu juga digunakan secara tradisional untuk merawat batuk dan menggalakkan penyembuhan luka.

Baca juga:

3. Ambil mentega kacang

Tidak dinafikan, mentega kacang mengandungi sedikit lemak. Namun, kebanyakannya adalah daripada jenis lemak tidak tepu.

Kajian menunjukkan, individu yang makan mentega kacang dengan kerap mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap sakit jantung atau diabetes jenis 2 berbanding mereka yang jarang mengambilnya.

Malah, ia juga merupakan sumber potasium yang baik. Untuk mendapatkan kebaikan maksimum daripada mentega kacang, beli produk yang tidak mengandungi garam atau kurang garam.

4. Makan coklat gelap ketika berdiet

makanan diet yang betul

Coklat, terutamanya coklat gelap, adalah amat baik untuk kesihatan badan. Sepotong coklat mengandungi banyak flavonoid yang dapat melindungi kita daripada kerosakan sel.

Pada masa yang sama, ia juga dapat merendahkan tekanan darah, memperbaiki pengaliran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Ada sebabnya mengapa coklat gelap adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang sedang diet. Coklat gelap mengandungi peratusan koko yang terbanyak dan gula yang paling sedikit.

Walau bagaimanapun, elakkan mengambil terlalu banyak coklat gelap. Cukuplah sepotong dua sebelum atau selepas makan. Barulah ia termasuk dalam kategori makanan diet yang betul!

5. Telur, sumber protein dan pelbagai vitamin

makanan diet yang betul

Walaupun telur mempunyai kolesterol yang tinggi, ia sebenarnya merupakan makanan yang sihat dan kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan asid amino.

Malah, telur juga mengandungi vitamin D dan selenium, yang tidak terkandung di dalam makanan lain!

Malah, telur juga merupakan salah satu makanan diet yang betul. Di samping khasiatnya yang pelbagai, telur juga sedap dan amat mengenyangkan!

6. Kopi, makanan diet yang betul dan sihat!

Kopi pernah menjadi minuman yang tidak sihat suatu ketika dahulu. Malah, ia juga dikatakan dapat meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Walau bagaimanapun, kajian terkini menunjukkan sebaliknya. Mereka mendapati, kajian sebelum ini adalah tidak benar sama sekali dengan syarat anda mengambil kurang daripada 5 cawan kopi setiap hari.

Selain itu, pastikan anda berpada-pada dalam pengambilan gula dan krim. Jangan ambil kopi terlalu banyak kerana ia boleh membuatkan anda jadi gementar dan anxiety!

7. Tambah lebih banyak kentang

kentang

Sebenarnya, kentang merupakan makanan yang sihat dan sesuai untuk mereka yang sedang diet jika ia tidak digoreng atau diselaputi mayones. Kentang mempunyai kalori yang rendah dan kaya dengan kerbohidrat yang mampu membakar lemak.

Kajian menunjukkan, individu yang menggantikan 5% pengambilan karbohidrat dengan kentang dapat membakar 20 hingga 30% lebih banyak lemak selepas makan.

8. Minum segelas susu setiap hari

Siapa kata susu merupakan minuman yang tidak sihat? Segelas susu mengandungi banyak vitamin A dan D.

Malah, susu skim dan rendah lemak yang dijual di pasaran selalunya diperkaya dengan pelbagai vitamin yang bermanfaat untuk tubuh badan.

Lemak tambahan dalam susu juga mungkin dapat membantu anda menurunkan berat badan.

Sebuah kajian yang dijalankan di Sweden mendapati wanita yang minum segelas cawan susu sehari mengalami penurunan berat badan yang lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Healthy diet. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/healthy-diet. Accessed on March 2, 2022.
  2. 8 tips for healthy eating. https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/eight-tips-for-healthy-eating/. Accessed on March 2, 2022.
  3. Healthy Eating for a Healthy Weight. https://www.cdc.gov/healthyweight/healthy_eating/index.html. Accessed on March 2, 2022.
  4. DASH diet: Healthy eating to lower your blood pressure. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/dash-diet/art-20048456. Accessed on March 2, 2022.
  5. Beyond Willpower: Diet Quality and Quantity Matter. https://www.hsph.harvard.edu/obesity-prevention-source/obesity-causes/diet-and-weight/. Accessed on March 2, 2022.

Versi Terbaru

24/05/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Tak Nak Berat Turun Masa Puasa? Ini 5 Menu Diet Tambah Berat, Pasti Berhasil!

Diet IF Sesuai Untuk Pesakit Diabetes? Tapi, Jaga-jaga! Ada Risiko Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan