Amalan pemakanan seimbang sering kali disebut-sebut sebagai satu cara yang banyak memberikan manfaat kepada tubuh badan. Namun, tidak ramai yang begitu mengetahui mengenai faedah pemakanan yang sihat ini.
Berikut ialah beberapa kepentingan pemakanan sihat yang kita semua mesti tahu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat sila dapatkannya di sini.
Kepentingan amalan pemakanan seimbang
Terdapat beberapa faedah atau manfaat amalan pemakanan seimbang kepada tubuh manusia.
Untuk memudahkan anda memahaminya dengan baik, kami senaraikan tujuh jenis manfaat utama pemakanan yang sihat.
Faedah pemakanan yang sihat 1: Untuk kesihatan jantung
Di Amerika Syarikat, penyakit jantung merupakan punca kematian utama bagi individu dewasa.
Kajian menyatakan bahawa, pemakanan yang sihat serta aktiviti fizikal boleh membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung sehingga 80%.
Antara makanan yang baik untuk jantung ialah tinggi kandungan serat.
Makanan tinggi serat amat baik untuk kesihatan jantung selain membantu mengawal paras kolesterol darah.
Faedah amalan pemakanan seimbang 2: Meningkatkan kesihatan usus
Sesetengah daripada bakteria ini menghasilkan vitamin K dan juga B yang baik untuk usus manusia.
Namun, pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi gula dan juga rendah serat boleh mengubah jumlah bakteria dalam usus ini.
Ini boleh menyebabkan keradangan berlaku dalam usus anda.
Faedah pemakanan yang sihat 3: Pengurusan diabetes
Selain itu, pemakanan yang baik juga berkaitan dengan pengurusan diabetes individu.
Pemakanan yang baik boleh membantu mengawal paras gula darah, tekanan darah dan paras kolesterol.
Kesemua ini boleh membantu melambatkan sebarang komplikasi lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes.
Faedah amalan pemakanan seimbang 4: Membantu meningkatkan mood
Ramai yang tidak tahu, pemakanan juga boleh mempengaruhi mood atau emosi seseorang individu tersebut.
Antara contoh makanan yang mempunyai nilai glisemik tinggi seperti kek, roti putih, minuman soda dan biskut.
Oleh kerana itu, kita digalakkan untuk mengambil jenis makanan yang rendah nilai indeks glisemiknya seperti sayuran dan buah-buahan.
Ini boleh bantu mengawal emosi kita kelak.
Faedah pemakanan yang sihat 5: Menguatkan tulang dan gigi
Pemakanan yang baik juga sangat penting untuk meningkatkan kesihatan tulang dan gigi anda.
Pemakanan dengan jumlah kalsium dan magnesium yang tinggi boleh membantu menguatkan struktur gigi dan juga tulang.
Dengan itu, penyakit seperti tulang reput atau osteoporosis dapat dielakkan.
Antara contoh makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju, ikan dalam tin dan tauhu.
Faedah amalan pemakanan seimbang 6: Mengurangkan risiko kanser
Makanan yang kita ambil setiap hari juga amat berkait rapat dengan risiko kanser.
Jika kita banyak mengambil makanan yang tinggi kandungan antioksidan, ia boleh membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan dan seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat kanser.
Faedah amalan pemakanan seimbang 7: Membantu meningkatkan tahap memori manusia
Selain daripada itu, salah satu kebaikan utama pemakanan yang seimbang adalah membantu meningkatkan memori kita.
Kajian pada tahun 2015 ada menyebut, terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu mengurangkan risiko penurunan fungsi kognitif dan juga demensia.
Makanan dan nutrien tersebut seperti ikan, polifenol, flavonoid, vitamin D, vitamin C, vitamin E, dan asid lemak omega-3.
Antara jenis diet yang kaya dengan nutrien-nutrien ini ialah diet Mediterranean.
Pengurusan berat badan
Pemakanan yang seimbang dan juga teratur sememangnya boleh mempengaruhi penurunan berat badan.
Berat badan yang ideal boleh mengurangkan risiko untuk mengalami penyakit kronik seperti masalah jantung, diabetes jenis 2 dan juga kanser.
Oleh kerana itu, kita amat disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan juga seimbang untuk mengawal berat badan kita.
Kita perlu mengambil makanan rendah kalori seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang berbanding makanan yang telah diproses.
Makanan yang telah diproses bukan sahaja tinggi kandungan lemak, tetapi juga tinggi kandungan gula dan juga garam.
Selain daripada itu, kita juga perlu banyak mengambil makanan yang tinggi dengan serat.
Ini kerana, serat pemakanan sangat membantu dalam mengawal berat badan manusia.
Makanan yang tinggi dengan serat pemakanan biasanya berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Serat pemakanan boleh membuatkan perut berasa kenyang dengan lebih lama.
Ini sekaligus boleh mengelakkan kita daripada terlebih makan atau kerap makan dengan pengambilan kalori yang berlebihan.
Kajian ada menyatakan, pemakanan yang tinggi dengan kandungan serat dan juga protein tanpa lemak boleh mengurangkan berat badan manusia.
[embed-health-tool-bmi]