Sediakan hidangan dan snek yang sihat
Untuk membantu si kecil anda mengetahui makanan yang sihat, anda perlu menjelaskan kepada mereka tentang makanan apa yang mempunyai banyak nutrisi dan makanan apa yang perlu dielakkan kerana mereka masih tidak pandai untuk memilih makanan mereka sendiri. Pertama sekali anda perlu mengurangkan makanan yang tinggi lemak, gula, kolesterol dan sodium yang mudah ditemui dalam piza, burger atau snek. Oleh itu, anda perlu memfokuskan penyediaan makanan yang diperbuat daripada daging dan ikan segar, sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu yang rendah lemak serta bahan makanan berasaskan gandum seperti pasta dan bijirin.
Ajar mereka untuk makan ikan
Individu yang makan ikan kebiasaannya akan hidup lebih lama berbanding individu yang makan daging. Ikan merupakan pilihan yang baik untuk perkembangan jantung dan otak. Anda boleh mula ajar si kecil anda makan ikan yang bertekstur lembut seperti salmon dan sardin. Tetapi harus diingatkan, tulang ikan perlu dibuang terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada si kecil. Selain itu, beberapa spesies perlu dielakkan kerana mempunyai toksin dan merkuri. Ikan dalam tin seperti tuna pula perlu diambil dalam amaun yang sedikit sahaja.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen