Ramai yang tahu bahawa tekanan darah tinggi boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan kita terutamanya jantung. Pun begitu, mungkin ramai yang belum tahu bahawa ia juga boleh beri kesan kepada kesihatan seksual.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Ramai yang tahu bahawa tekanan darah tinggi boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan kita terutamanya jantung. Pun begitu, mungkin ramai yang belum tahu bahawa ia juga boleh beri kesan kepada kesihatan seksual.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih mendalam lagi!
Salur darah yang rosak akibat daripada tekanan darah tinggi (HBP atau hipertensi) akan mengurangkan aliran darah ke seluruh tubuh anda.
Pengurangan aliran darah ke pinggul sudah tentu akan menjejaskan aktiviti seks lelaki dan wanita. Berikut merupakan kesan yang mungkin akan berlaku:
Dalam erti kata yang lain, ia memang berbahaya buat individu tidak kira lelaki atau wanita. Namun, kami lebih tertarik akan kesan tekanan darah tinggi pada lelaki kerana kesannya yang lebih serius.
Sesetengah orang bimbang bahawa mereka akan mendapat serangan jantung semasa bersetubuh. Amat bernasib baik kerana risiko itu sangat kecil.
Walaupun seks menaikkan tekanan darah anda, namun aktiviti tersebut sama seperti berjalan kaki atau menaiki tangga. Walau bagaimanapun, anda harus mendapatkan rawatan tentang masalah ereksi anda.
Sekiranya anda mempunyai kedua-dua tekanan darah tinggi dan ereksi yang tidak berfungsi (ED), anda perlu berjumpa doktor anda untuk mencari penyelesaian.
Anda boleh membincangkan tentang kehidupan seks anda dengan doktor, tetapi yakinlah, bahawa doktor anda telah mendengarnya sebelum ini dan tahu bagaimana untuk membantu anda.
Satu kajian dalam Journal of the American Geriatrics Society mendapati bahawa 49% lelaki berusia lebih 40 tahun menghadapi darah tinggi akan mempunyai ED.
Di samping itu, fungsi ereksi juga mempunyai kaitan dengan penyakit vaskular, kesan sampingan ubat, dan kadang-kadang mungkin berkaitan dengan depresi atau tekanan.
Tekanan darah tinggi akan menghalang arteri mengalirkan darah ke dalam zakar. Ia juga akan menyebabkan otot lembut dalam zakar kehilangan daya mengendur.
Oleh sebab itu, aliran darah ke dalam zakar akan tidak mencukupi untuk menjadikannya tegak.
Di samping itu, lelaki yang mempunyai tekanan darah tinggi juga mempunyai tahap testosteron yang rendah. Testosteron adalah hormon utama bagi lelaki yang memainkan peranan besar dalam rangsangan seksual.
Akhir sekali, anda boleh mengawal tekanan darah dan kesihatan seksual anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta bekerja dan tentu saja, anda mesti mematuhi nasihat doktor anda.
Baca juga:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen