Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi ini terkenal sebagai antara penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi membahayakan.

Untuk pengetahuan anda, kira-kira 37% daripada populasi penduduk Malaysia menghidapi penyakit berbahaya yang boleh membawa maut ini.

Apa yang lebih menakutkan, ia boleh jadi punca kepada kegagalan atau kerosakan organ seperti jantung, otak dan ginjal untuk berfungsi secara baik, lantas mengakibatkan risiko serangan jantung atau strok.

Jadi, kita perlu tahu cara menurunkan darah tinggi di usia muda sekarang juga!

Apa punca tekanan darah tinggi?

Secara umumnya, penyakit hipertensi tidak mempunyai penyebab yang khusus.

Tekanan darah boleh meningkat dalam beberapa keadaan tertentu seperti kepenatan, kesakitan, kegelisahan atau selepas melakukan aktiviti fizikal.

Walau bagaimanapun, individu tidak akan dianggap menghidapi hipertensi jika tekanan darahnya mampu kembali ke tahap yang normal.

Jadi, untuk mengetahui jika anda sendiri menghidapi penyakit ini, sila dapatkan diagnosis daripada doktor dalam jangka masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan sekali.

Pun begitu, ada beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi termasuklah:

  • Sejarah ahli keluarga
  • Jantina (lelaki lebih berisiko berbanding wanita)
  • Umur (lebih tua, lebih berisiko)
  • Stres
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Tahap kolesterol dalam badan tinggi
  • Merokok
  • Pemakanan
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan
  • Pengambilan garam & lemak secara berlebihan
  • Pola tidur tidak teratur
  • Gaya hidup sedentari

tanda darah tinggi

Apa komplikasi tekanan darah tinggi?

Secara umumnya, hipertensi boleh mengakibatkan tekanan atau bebanan kepada organ dalam badan sekali gus merosakkannya.

Ia seterusnya akan menyebabkan beberapa kondisi kesihatan seperti:

  • Strok
  • Penyakit jantung seperti penyakit jantung koronari, kegagalan jantung kongestif, hipertropi ventrikular kiri
  • Komplikasi pada mata
  • Komplikasi pada buah pinggang
  • Aneurisma

Dalam erti kata yang lebih mudah, penyakit tekanan darah tinggi ini memang berbahaya jika tidak dikesan dan dikawal dengan kadar segera.

Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mencegah penyakit ini daripada menjadi lebih teruk. 

Cara menurunkan darah tinggi di usia muda!

Berikut merupakan beberapa cara menurunkan darah tinggi di usia muda:

#1. Elakkan stres berlebihan

Ya, dengan tekanan hidup zaman sekarang yang semakin tinggi dan kuat dalam kehidupan seorang anak muda, agak sukar untuk merealisasikan hasrat ini.

Pun begitu, anda perlu tahu bahawa stres adalah antara punca utama hipertensi berlaku. 

Jadi, anda perlu cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari sebarang tekanan serta dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi untuk meminimumkan risiko anda menghidapi penyakit tekanan darah tinggi.

#2. Kawal berat badan

Umum mengetahui bahawa obesiti juga adalah faktor risiko penyakit tekanan darah tinggi berlaku.

Jadi, cara menurunkan darah tinggi di usia muda adalah jaga berat badan anda.

Maksudnya di sini adalah anda perlu sentiasa memiliki berat badan yang ideal – seimbang BMI.

Untuk mengetahui berapakah berat badan yang anda perlu dapatkan, sila klik pautan berikut: https://hellodoktor.com/ms/alatan-ukur-kesihatan/kalkulator-bmi/ 

cara menurunkan darah tinggi di usia muda

#3. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

Bersesuaian dengan niat anda untuk mengawal berat badan, anda perlu menjaga pemakanan anda.

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan makan makanan yang bergoreng, bergaram dan berlemak tinggi serta yang mengandungi bahan pengawet.

Dalam pada itu, anda juga perlu hadkan atau berhenti terus dari mengambil alkohol. Seperti mana yang anda sudah tahu, ia adalah antara faktor risiko hipertensi.

#4. Lakukan banyak aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal di sini bermaksud anda perlu bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari sebagai usaha atau cara menurunkan darah tinggi di usia muda.

Ia mungkin akan mendatangkan kesan yang perlahan namun berkesan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh American College of Sports Medicine (ACSM), aktiviti fizikal secara sederhana seperti berjalan, berjoging atau melakukan kerja-kerja rumah sahaja sudah mampu untuk menurunkan tekanan darah anda.

Dalam pada itu, anda juga boleh membuat latihan kardiovaskular seperti berlari atau berenang sebagai rutin harian anda untuk melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kapasiti paru-paru serta menambah baik kesihatan jantung. 

#5. Berhenti merokok

Tahukah anda bahawa nikotin dan pelbagai lagi racun berbahaya yang terdapat dalam rokok tembakau dan rokok elektronik boleh jadi punca saluran darah anda menjadi sempit?

Ini sekali gus akan mengakibatkan tekanan darah anda meningkat. Ini bukan sahaja boleh berlaku kepada perokok tegar sahaja ya! Perokok pasif juga turut ada risikonya.

Jadi, sentiasa amalkan 5 cara menurunkan darah tinggi ini untuk meminimakan risiko hipertensi dalam usaha mengejar kehidupan yang lebih sihat!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi terbahagi kepada beberapa tahap. Pengelasan ini dibuat berdasarkan kepada nilai tekanan darah. Jika lebih nilai normal, ia mungkin darah tinggi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Hipertensi 15/05/2020 . 3 minit bacaan

Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

Berdengkur 1 perkara biasa. Tetapi jika anda tidur berdengkur semasa hamil, ia mungkin petanda masalah gangguan tidur. Ada risiko perlu anda ambil tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/05/2020 . 3 minit bacaan

Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!

Mereka yang berusia muda tidak terjamin selamat daripada cengkaman jangkitan virus korona baharu (COVID-19). Langkah pencegahan masih perlu ditekankan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 01/04/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

strok

Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
pentingkah-hubungan-asmara-kepada-setiap-pasangan

Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
risiko-masalah-kesihatan-lelaki

Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
jenis penyakit jantung

Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan