Apa itu Demam tifoid?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Demam tifoid?

Demam tifoid merujuk kepada penyakit yang bersangatan (akut) disertai demam yang diakibatkan oleh bakteria Salmonella typhi, atau Salmonella paratyphi yang dijangkakan kadar penyakit yang kurang teruk. Bakteria ini biasanya dijumpai di dalam air atau makanan yang dikontaminasi oleh pembawa manusia dan disebarkan kepada orang lain di kawasan tersebut.

Apakah kebarangkalian Demam tifoid?

Demam tifoid adalah biasa terjadi dalam negara membangun, terutamanya pada kanak-kanak. Ia lebih cenderung terjadi pada kanak-kanak, tapi ia boleh terjadi kepada pesakit pada mana-mana usia. Ia boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko. Sila bincang mengenai ini bersama doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Demam tifoid?

Tanda biasa dan simptom demam tifoid muncul dalam seminggu ke tiga minggu selepas didedahkan kepada penyakit ini ialah:

  • Penyakit peringkat awal, penyakit peringkat akhir;
  • Demam yang bermula rendah dan meningkat secara harian, berkemungkinan mencecah setinggi 104.9 °F (40.5 °C)
  • Sakit kepala;
  • Lemah-lemah dan kepenatan;
  • Sakit-sakit otot;
  • Berpeluh;
  • Batuk kering;
  • Hilang selera makan dan hilang berat;
  • Sakit abdominal;
  • Cirit-birit dan sembelit;
  • Ruam-ruam;
  • Bengkak teruk pada abdomen.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu hubungi doktor anda sekiranya mengalami mana-mana satu yang tersebut:

  • Mengesyaki bahawa anda mengalami demam tifoid;
  • Menjadi sakit semasa melawat negara asing;
  • Mengalami tanda-tanda dan simptom selepas kembali pulang.

Punca

Apakah Punca Demam tifoid?

Jangkitan virus Salmonella typhi, yang boleh berlaku melalui pengambilan minuman dan makanan tercemar, adalah punca biasa yang menyebabkan demam tifoid.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Demam tifoid?

Ada banyak faktor risiko untuk demam tifoid, contohnya:

  • Tinggal dalam negara membangun, contohnya India, Asia tenggara, afrika, Amerika selatan dan kawasan-kawasan lain;
  • Kanak-kanak;
  • Kerja atau melancong ke negara yang mengalami endemic demam tifoid;
  • Menjadi ahli mibkrobiologi klinikal yang berurusan dengan bakteria Salmonella typhi.
  • Berhubungan dengan orang yang dijangkiti atau baru pernah dijangkiti demam tifoid.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Demam tifoid didiagnosis?

Demam tifoid boleh didiagnosis berdasarkan simptom anda serta sejarah medical atau sejarah tempat lawatan anda.

Untuk menentukan keadaan anda, pengenalpastian S. Thyphi di dalam kultur darah atau cecair badan atau tisu adalah diperlukan.

Ujian antibodi untuk menguji kandungan DNA Tifoid di dalam darah anda.

Bagaimana pesakit Demam tifoid dirawat?

Cara yang berkesan bagi merawat demam tifoid ialah terapi antibiotik, seperti:

  • Ciprofloxacin (Cipro) sekiranya anda tidak hamil;
  • Ceftriaxone (Rocephin) bagi kanak-kanak.

Ada pelbagai lagi rawatan bagi demam tifoid, termasuklah:

  • Minum lebih banyak air untuk mengelak kejadian dehidrasi disebabkan oleh demam berpanjangan dan cirit birit.
  • Pembedahan bagi membaiki lubang sekiranya usus mengalami kebocoran.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Demam tifoid?

Gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda berhadapan dengan demam tifoid:

  • Basuh tangan;
  • Elakkan pengambilan air yang tidak dirawat;
  • Elakkan meminum bersama ais;
  • Elakkan buah dan sayuran mentah;
  • Pilih makanan hangat (dimasak).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.